Pages

March 28, 2011

PART 1:- PROBLEM PENYUSUAN SUSU IBU DAN BAGAIMANA HENDAK MENGATASINYA

MASALAH PAYUDARA

Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara

Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasaberlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar denganbetul.Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secarakerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah sedikit susu sebelum dan selepasmenyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkansusu ini; simpanlah untuk diberikan kepadabayidalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan olehposisi penyusuan yang tidak betul, jangkitankandida, penggunaan pengepam payudara yangtidak betul dan sebagainya. Untuk mendapatkepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuanpada puting yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruangkepada puting terdedah kepada udara danmelegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secarakerap dan gunakan pelindung puting untukmengelak puting daripada bergesel denganpakaian.Oleh kerana puting anda terlalu sensitif padawaktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas putinguntuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpadoktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini bermakna salah satu salur susu andatersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.
Sumber:Breastfeeding made simple(initiate by NUtrition Society Malaysia)

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com di sini atau sms kan kepada saya 013-6772007.





No comments:

Post a Comment

SILA LER COMMENT YERK DEAR BLOGGER'S... I LOVE YOU