Pages

October 13, 2016

HAMIL KALI KE EMPAT DENGAN MASALAH CYST IN PLACENTA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Syukur Alhamdulillah , Mama Ayu diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk hamil kali ke-4. Rezeki Allah S.W.T nak bagi kan. Bila cerita bab rezeki nie setiap orang rezeki yang Allah tetapkan tue tak sama. Begitu jugaklah dengan ujian. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. 

Kali ke- 4 hamil nie, Mama Ayu ada pengalaman yang pertama. Mama Ayu di sah kan hamil dengan masalah cyst di uri.  Doktor dapat kesan masalah cyst nie masa Mama Ayu follow up check ketika kandungan 16 minggu. Ya Allah , masa memula Mama Ayu dapat tahu perasaan nie jangan cakap lah macam mana. Gelisah tahap apa ntah.

Tapi bila doktor nasihatkan Mama Ayu jangan risau, jangan stress baru lah lega sikit perasaan gelabah Mama Ayu nie. Doktor cakap masalah ibu hamil dengan cyst nie sejak ke belakangan nie banyak berlaku. Antara faktor utama adalah pemakanan. Ada orang yang ada cyst sebelum hamil, ada jugak orang yang alami masalah cyst ketika bujang lagi. Hakikat nya kiter semua kena berjaga-jaga dan berhati-hati dalam pengambilan pemakanan yang betul.

Masalah ibu hamil nie ada macam-macam tau ikut kata doktor. 

Contohnya:-
*Ibu hamil masalah kencing manis
*Ibu hamil masalah HB rendah
*Ibu hamil masalah darah tinggi
*Ibu hamil masalah cyst

dan sebagai nya..

Nie gambar scan Mama Ayu ketika 16 minggu. Baru dapat kesan kewujudan cyst. sebelum nie memang xde. Takpe yang penting kiter dapat tahun dari awak kandungan.

Pesanan doktor pada Mama Ayu, kiter kena terima setiap perkara tue dengan positive. Syukur Alhamdulillah cyst yang dikesan semasa scan tue ikut kata doktor tak besar. Sekarang nie bila dapat tahu ada masalah semasa hamil ini, pemantaun yang lebih teliti akan doktor ambil.  Doktor berharap yang cyst Mama Ayu ini takkan membesar. Doa yang terbaik In Sha Allah semua nya akan baik-baik ameen. 

Lepas jerk balik dari check up, Mama Ayu pun saja up status di facebook. Mana tahu ada kekawan yang pernah alami masalah ketika hamil dengan cyst macam Mama Ayu kan. Alhamdulilah kekawan Mama Ayu sangat membantu dan positive . 

Feedback diorang sangat membantu.

Jom Baca comment kekawan Mama Ayu di facebook.

Setiap orang masalah cyst yang di orang alami tak sama, sebab tue perlu pantuan dari doktor dari semasa ke semasa.


doktor pun ada nasihatkan Mama Ayu jangan over risau sebab doktor cakap nasib baik dekat uri, ada orang ada masalah cyst di ovari. betul apa yang sahabat saya katakan itu.



petua dari sahabat Mama Ayu nie pun boleh di amal kan. Kiter istiqamah apa yang terbaik dan tawakal sahaja.




Alhamdulillah semua feedback kekawan Mama Ayu positive. Sekarang ini Mama Ayu teruskan kehidupan macam biasa, lagipun Mama Ayu dah 20 minggu. Kiter kena redha setiap ketentuan oleh Allah  S.W.T. Mohon doakan Mama Ayu dalam keadaan baik - baik sahaja. Mama Ayu suka sangat dengan hadiah DOA, sebab hadiah paling best adalah doa yang hebat.

Semoga perjalanan urusan kehamilan Mama Ayu di permudahkan dan dapat bersalin dengan normal dan lancar.

Terima Kasih buat yang sudi membaca.

August 15, 2016

SERING KEKEJANGAN ATAU ANDA TAK SUKA MINUM SUSU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari nie , sempena bulan Ogos 2016 Shaklee buat promosi Ostermatrix.

Jadi Mama ayu nak share pengalaman sendiri pasal kekejangan kaki yang melampau.

Mama ayu kan, Dahulu kala kalau setiap kali mengandung, mama ayu paling takut tau kalau kaki mama ayu nie kena kekejangan atau tarik mengkarung. Ya Allah sakit sangat-sangat, mama ayu boleh meraung-meraung menangis tengah-tengah malam. Biasa nya, kekejangan akan berlaku bila mama ayu sedang tido. Masa nie mengandung anak pertama mama ayu masih belum kenal lagi Shaklee.

Tapi bila mama ayu google, mama ayu terjumpa shaklee ada cara dan boleh bantu mama ayu untuk elakkan kekejangan kaki ibu hamil. Mama ayu terus beli SHAKLEE OSTERMATRIX.

KENAPA PERLU SHAKLEE OSTERMATIX???

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Dan yang paling best sambil mama ayu consume ostermatrix nie, Mama ayu tak perlu risau kalau mama ayu hamil tak cukup kalsium atau kurang minum susu. Banyak kebaikan yang mama ayu dapat dari pengambilan ostermatrix secara konsisten. Antara nya, masalah sembelit berkurangam, kekejangan kaki sudah tiada pengalaman hamil anak kedua dan ketiga pun. Syukur Alhamdulillah sesangat.

Ok jika anda pernah alamai masalah macam mama ayu dan ingin  mencuba Ostermatrix Shaklee yang best nie.

Bulan Ogos 2016 Shaklee Ostermatrix ada harga istimewa.. Bolehlah rebut peluang promosi ini untuk mencuba kehebatan Ostermatrix.

Macam biasa anda boleh hubungi mama ayu.

019-378-9778 (Mama Ayu)
Pengedar Shaklee Anda

July 26, 2016

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 2016

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar semua buat pembaca yang masih setia bersama Eijam's Family Blog.. Lama sungguh blog ini terbiar.. Sebelum mama ayu teruskan menulis, Mama ayu wakil dari Eijam's Family Blog nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang masih sudi singgah di blog yang bersawang ini..

Memandangkan kiter semua masih lagi di bulan Syawal, Mama Ayu ingin mengucapkan jugak

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

jika selama ini dalam tulisan blog ini banyak tersalah, menyinggung perasaan kalian pembaca. Mama Ayu dan family ini hanya insan kerdil yang banyak lakukan kesalahan.. Mohon Maaf ya.. 😭😭😭😭😭

Mama ayu dan keluarga sekarang nie masih macam biasa. Jika di halaman blog tidak active, mama ayu masih active di facebook dan instagram.. 

Oh ya masih ramai yang tanya Mama Ayu masih active dengan Shaklee ke??

Jawapan nya ya , Mama Ayu masih active, cuma masa tempoh suami accident dan waktu recover kesihatan beliau Mama Ayu slow down sikit. Sekarang nie Mama Ayu baru ligat sikit ... In Sha Allah klu ada rezeki tak kemana. Itulah sumber rezeki Mama Ayu sejak jadi suri rumah. 😀😀😀

Tentang tahap kesihatan suami yang accident tempoh hari. Syukur Alhamdulillah beliau makin sihat dan masih under fisioterapy lagi..  Apa2 syukur sangat2 sebab suami masih mampu berjalan walaupun dah tak normal macam dulu lagi ada kecacatan kekal. Oh ya Mama Ayu akan update new entry macam2 nak share tentang pengalaman sepanjang suami sakit.. In Sha Allah dalam waktu terdekat ini.

Yang pasti Mama Ayu dan anak2 tak kisah sebab Allah S.W.T masih beri peluang untuk kami masih bersama..

Akhir kata sampai disinie untuk entry kali ini.. In Sha Allah lepas nie akan Mama Ayu teruskan menulis secara kerap di Eijam's Family Blog.