Pages

September 08, 2015

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAMA AYU , DHIA ZULAIKHA KE 2 TAHUN DAN IMAN SUMAIYYAH 5 TAHUN


Assalammualaikum dan Sejahtera


Entry kali ini, kiter lupakn seketika cerita kes kemalangan suami. Masih ingat lagi sesi bercerita dengan suami pada akhir tahun lepas..

SUAMI:- YANG, TAHUN 2015 TAHUN YANG PENUH MENCABAR.
MAMA AYU:- KENAPA, YERK LAH KOS HIDUP MAKIN TINGGI, APRIL 2015 ADA GST   LAGI 
SUAMI: HARAP KITER MAMPU DAN KUAT HADAPI CABARAN SAMA-SAMA...
MAMA AYU: IN SHA ALLAH, ALLAH S.W.T KAN ADA BERSAMA KITER ..

Bulan January kami lakukan rutin macam biasa, Tup..Tup..Tup bulan February suami terlibat dalam kemalangan. Dan memang betul jangkaan suami yang tahun 2015 memang mencabar bagi kami sekeluarga.

Kiter lupakan kisah kemalangan, nanti mama ayu akan sambung di entry yang akan datang, macam-macam nak di sharekan kepada pembaca setia blog EIJAM'S FAMILY ini.

Bulan March 2015 
mama ayu punya bulan kelahiran, tiada apa yang menarik, tiada sambutan sebab kami sekeluarga berada di PUSRAWI teman kan suami tercinta.. lama kan suami tinggal di wad dari hari kemalangan 4 February 2015 -  4 March 2015 sebulan di tahan dalam wad. Cuma pada 1 March 2015, mak mertua, adik ipar dan isteri beliau datang melawat suami .. Tanpa disangka mak mertua punya lah baik hati, masakkan kami sekeluarga  pulut kuning, kari ayam dan rendang daging. Terharu sangat masa ini, menangis dibuat nya. 

Mama ayu saja turun lobby beli rainbow cake nie kat bakery PUSRAWI, saja bagi anak2 gembira.

oklah dah abis cerita birthday mama ayu, so sekarang kiter sambung ke birthday puteri-puteri mama ayu..

Bulan May 2015
20 May 2015, hari  kelahiran puteri ketiga mama ayu , biasa jugak tiada sambutan yang meriah jugak sebab keadaan suami yang terhad. So kami anak beranak sangat memahami, mama just belikan #saidatulnissadhiazulikha cake sahaja makan kat rumah.. mama ayu sempat lah update status di facebook ..


ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN DHIA ZULAIKHA
ALLAH SELAMAT KAN KAMU 


Bulan September 2015   
5 September 2015, hari kelahiran puteri kedua mama ayu pulark,  Tahun ini #saidatulnissaimansumaiyyah diberi kesempatan buat majlis potong cake di tadika beliau. Mama ayu cuba tunaikan kehendak anak sebab masa zaman puteri yang pertama #saidtulnissaainaumairah pun zaman kak long tadika buat majlis di tadika untuk 5 dan 6 tahun. Kali ini, giliran kak ngah pulark. 

Bukan apa, bagi anak-anak rasa gembira dan kawan mereka pun tumpang gembira sekali. Majlis potong cake di sekolah ini bukan acara wajib pun, cuma jika kiter sebagai ibu bapa ini berkemampuan tak salah sekali sekala nak ada kan majlis tersebut. Apa yang penting keikhlasan. 


ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN IMAN SUMAIYYAH
ALLAH SELAMAT KAN KAMU 


Jom kiter layan gambar sekitar majlis potong cake di tadika, mama ayu terlupa nak bagi mualimah camera, so gambar 2 di tadika atas ihsan dari mualimah #saidatulnissaimansumaiyyah.. kemain lagi anak mama ayu tersenyum

Sebenar nya xde tema pun , cuma cake tue #saidatulnissaimansumaiyyah nak tema frozen, mama ayu order cake rainbow dan deko frozen jerk.. Mama ayu order dengan kak rosilawati, kebetulan mama ayu teringin jugak makan cake cheese leleh tsunami kak ros nie buat, terus order jerk sekali cake anak ..



Untuk mereka yang ingin atau sangat cintakan cake cheese leleh tsunami  , mama ayu cadangkan kalian boleh lah membuat tempahan ngan kak ros nie. Tapi kalian kena kena pick up sendiri lah, sebab kak ros ini xde buat delivery service. Cake yang dibuat oleh kak ros ini memang cantik dan sedap. Gerenti kalian puas hati..




Oh ya, kak ros ini baker yang berada di klang, area beliau tepi sungai.. senang jerk nak cari rumah beliau masa mama ayu nak pick up cake hari tue.. Jadi jika anda warga klang dan sukakan kan cake cepat..cepat contact kak ros okay... Rugi kalau tak cuba, In Sha Allah nanti mama ayu nak ulang order lagi cheese leleh tsunami yang lemak sedap berkrim tue.. nikmat di makan ketika sejuk okay..

TERLELEH KAN

Cerita tentang cake kiter tutup, kang asyik ingat nak makan jerk.. Jom kiter cerita tentang goodie bag. Mama ayu sediakan 100 pax goodies bag untUk kekawan #saidatulnissaimansumaiyyah untuk sesi pagi, sebab #saidatulnissaimansumaiyyah sesi pagi dan 10pax  goodies bag  untuk mualimah-mualimah. 

Seronok budak2, senyum memanjang dapat goodies bag.. dalam goodies bag tue mama ayu sediakan seperti gambar dibawah, sekali sekala boleh lah makan jajan kalau selalu tak boleh tak bagus untuk budak.. ada corntoz, air tin, cake roll, lolipop dan bola ..
Alhamdulillah dapatkan laksana majlis potong cake di sekolah #saidatulnissaimansumaiyyah , harap mereka yang terlibat berpuas hati.

Tiada apa yang mama ayu harapkan, cuma sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan cahaya mata mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat.

Besar dah anak-anak mama ayu.. Sedihnya sekejap jerk dah membesar..

Tamat sudah entry kali ini..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA BLOG EIJAM'S FAMILY.. SAYANG KORANG





No comments:

Post a Comment

SILA LER COMMENT YERK DEAR BLOGGER'S... I LOVE YOU