Pages

Showing posts with label ILMU. Show all posts
Showing posts with label ILMU. Show all posts

March 13, 2012

GAGAL??? KENAPA SAYA GAGAL??? JOM BACA

Jujurnya pada pendapat ayu secara peribadi:

Supplement membantu ibu menjayakan penyusuan. Ibu nampak hasil yang ketara ke atas puteri ayu,  Ayu klu lambat jek pam breast ayu bengkak macam dalam pantang dan masa tue dah basah dah baju nie susu mengalir.. nasib baik ade medela collection milk nie



.. tue pun sekejap jerk menampung susu yg mengalir hehehe, tapi syukur  atleast adalah jugak dari xde kan.. hehehe . Jadi jom kiter study kenapa jika anda yg pernah consume shaklee gagal mungin perkongsian nie dapat membantu kalian.. klu ayu boleh kalian pun boleh yg penting kite tanam aura positif so that feedback yg datang kepada kita pun positif. Jom baca kes-kes dibawah

Namun terdapat beberapa kes  si ibu yang mendapati supplement tidak membantunya dalam penyusuan; setelah ibu study kes mereka dan hasil yang ibu dapati ialah:

KES SATU; 
Selepas mengambil vitamin, mata mudah mengantuk dan badan letih.

Golongan ini adalah golongan yang KURANG MINUM AIR ATAS ALASAN MALAS KE TANDAS. Jika ini berlaku pada anda, better jangan amik supplement kerana pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi kita ialah 2 liter air..keadaan ini hanya sesuai jika kita tidak mengambil apa2 supplement. Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.
Maka kesimpulannya: kes pertama ini ialah kerana kekurangan air yang kritikal.


KES KEDUA :

Pengambilan supplement membuatkan susu saya PEKAT tetapi kurang dari segi kuantiti.

Ini adalah kesan normal bagi mereka yang baru dengan supplement. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang sekata dan banyak.  Seperti yang kita sedia maklum setiap badan adalah tidak sama.
Macam ayu sendiri....ayu suka makan vitamin sekaligus pada waktu malam after dinner. Tetapi sebelum tido ayu pastikan ayu minum 2 liter. Ada orang yang makan sekaligus pada waktu pagi bersamaan dengan 5 biji contohnya. Si ibu ini akan mendapati susunya pada perahan jam 10am dan 1pm adalah pekat dan sedikit in term of kuantiti. Namun kuantiti susu perahannya akan back to normal selepas jam 5 pm dan perahan berikutnya.
Mengapa ianya terjadi?
Ini kerana kepekatan darah adalah dikemuncak antara waktu jam 10 pagi sehingga jam 2pm. Mungkin waktu ini si ibu kurang minum air....namun selepas jam 2 pm si ibu mula minum semula pada kadar yang lebih seimbang.
Bagaimana nak mengatasi masalah ini?
Jika kalian adalah ibu yang mempunyai masalah dalam kes KEDUA ini apa yang boleh ibu sarankan ialah:
Selepas makan pagi, amik mana-mana 2 jenis vitamin dalam set B. Manakala bakinya diambil selepas makan tengahari....ini akan membantu keseimbangan air di dalam badan dan dapat mengurangkan kepekatan darah yang tertumpu pada sesetengah masa.
Memang jika ada yang bertanya, pada waktu bilakah terbaik untuk mengambil vitamin, ibu akan menjawab ibu mengambil waktu malam kerana sel badan akan rejuvenate sewaktu kita sedang tidur namun ibu sentiasa memastikan pengambilan air adalah sekurang2nya 2 liter sebelum ibu tidur. Sehingga kini sudah menjadi amalan bagi ibu walau tidak menyusu lagi. alhamdulillah.

KES KETIGA
Tiada perubahan langsung

Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab dan musabab namun berapa ramai antara kita yang melakukan MUHASABAH  atas segala yang terjadi dalam kehidupan sehariannya?
Ada satu kes yang ibu study...si ibu ini tidak mendapat apa2 manfaat langsung dari pengambilan vitamin. Setelah ditanya dan diselidiki...si ibu ini adalah golongan peminum kopi yang tegar. Sehari mesti minum 3 cawan kopi kerana padanya kopi membantu diirinya menjadi cergas dan kurang mengantuk. TANPA disedarinya pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa2 ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein tadi.

Tidak kurang juga si ibu yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778





February 23, 2012

YANG BARU BERGELAR IBU

 Buat tatapan wanita yang baru bergelar ibu serta mereka yang bakal menjadi ibu.....

Penghasilan Susuibu

Payudara adalah kelenjar yang terdiri dari jaringan ikatan dan lemak yang menyokong dan melindungi kawasan-kawasan pengeluaran susu dari payudara. Susu ini dihasilkan dalam kumpulan kecil sel yang disebut alveolus. Susu bergerak ke bawah saluran ke puting.

Kejayaan pemberian ASI tidak ada hubungannya dengan saiz payudara atau puting. saiz payudara adalah sifat yang diturunkan dan ditentukan oleh jumlah sel-sel lemak yang anda miliki. Payudara akan membesar dengan kehamilan dan menyusui. Penyusuan adalah proses tawaran dan permintaan. Oleh kerana itu, semakin banyak/kerap anda menyusu@ mengepam, lebih banyak susu yang dihasilkan!





Kolostrum


Kolostrum, susu awal yang dibuat oleh payudara si ibu, biasanya ini hadir selepas bulan kelima atau keenam dari kehamilan. Setelah bayi anda lahir, kolostrum hadir dalam jumlah kecil bagi tiga hari pertama sesuai dengan saiz kecil perut bayi anda. Kebanyakan bayi tidak perlu nutrisi tambahan selama waktu ini. Mulailah menyusui secepat mungkin setelah melahirkan. Menyusui sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali pada 24 jam sehingga bayi anda menerima ini susu berharga. Kolostrum dan susu matang direka untuk memenuhi keperluan khusus bayi yang baru lahir. Kolostrum mempunyai warna kuning, kental dalam konsistensi, dan tinggi protein dan rendah lemak dan gula. Kandungan protein adalah tiga kali lebih tinggi dari susu matang, kerana kaya dengan antibodi yang  disalurkan dari si ibu. Antibodi ini melindungi bayi  dan ia bertindak sebagai laxative, membantu bayi membuang najis pertama yang dikenali sebagai mekonium.
 

Lagi info tentang susuibu

Susuibu akan mengalami perubahan dan peningkatan jumlah sekitar 48 sampai 72 jam selepas melahirkan anak. Perlu masa yang lebih lama bergantung pada masa anda mula menyusui dan seberapa kerap bayi disusukan. Perubahan dalam kuantiti susu berlaku sedikit lebih awal jika terdapat sesi perahan sebelumnya.

    
* Foremilk
      
Ketika pertama kali mulai menyusui, susu pertama bayi menerima disebut foremilk. Susu ini nipis dan cair dengan seakan-akan biru muda. Foremilk mengandungi sebahagian besar air yang diperlukan untuk menghilangkan rasa dahaga bayi.


    
* Hind-Milk
      
Hind-milk dilepaskan selepas beberapa minit menyusui. Susu ini serupa dalam tekstur krim dan mempunyai konsentrasi tertinggi lemak. Hind milk ini mempunyai kesan relaksasi pada bayi anda. Hind-milk membantu bayi anda merasa puas dan menaikkan berat badan bayi. Susukan bayi anda sehingga anda melihat pada wajahnya, seakan-akan mengantuk dan kekenyangan.



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778






February 14, 2012

SUSU IBU: KUANTITI , KUALITI DAN PAM

Orang selalu kata, kalau nak jimat, masak di rumah. Beras kalau tidak ditanak manakan bertukar menjadi nasi. Berapa banyak nasi yang kita mahu maka tahu lah kita mengagak berapa sukat beras yang perlu. Saiz periuk itu juga, bukannya boleh mengembang dan menguncup sesuka kita. Maka jika perlu nasi yang banyak.... jika saiz periuk kita kecil maka perlu lebih kerap beras yang perlu ditanak.

Beras pula, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Bagi yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras ini akan tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.

Periuk...bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna. Periuk ini selain memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana, periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu mahukan beras bertukar menjadi nasi.
Ini cerita mereka yang masak di rumah.

Bagi yang nak cepat dan duit lebih, mereka rasa makan diluar lagi mudah. Dapur tak bersepah dan hidup lebih mudah. Namun ada juga yang sekadar beli lauk di luar dan tanak nasi di rumah. Lebih jimat katanya.

Namun hari ini setelah kesedaran dalam diri timbul, apabila berlaku macam-macam gelagat peniaga seperti meludah dalam nasi sebagai petua pelaris, bayar harga nasi mahal walhal hanya beras biasa....sudah pasti menanak nasi di rumah menjadi pilihan.

Apa yang ibu cuba sampaikan di sini ialah menanak nasi untuk keperluan ialah ibarat menyusukan anak dengan susuibu. Jika kita tidak menanak beras , masakan beras akan bertukar menjadi nasi. Sama dengan keadaan seorang ibu, masakan boleh air dalam tubuh ibu itu akan memancut dengan sendirinya menjadi susu jika tidak dihisap atau diperah? Bila bayi menghisap atau diperah barulah susu akan mengalir keluar. Lebih kerap beras ditanak menjadi nasi maka lebih banyak nasi yang dapat di makan. Maka samalah gambaran apabila lebih kerap bayi disusukan atau lebih banyak sesi perahan,maka  lebih banyak susu dihasilkan.

Bercerita tentang jenis beras....beras sendiri mempunyai gred yang tersendiri. Namun mengikut kemampuan individu masing-masing memilih jenis beras apa yang hendak ditukarkan kepada nasi.
Masih ingat zaman ibu kecil....memandangkan kami orang susah ditambah adik beradik saya ramai, adakala beras hancur pilihan terbaik. Namun bila dah besar dan dah ada keluarga, mak saya selalu pesan...jika mampu, belilah beras mahal....belilah sebab sendiri yang nak makan. Jangan berkira kecuali macam mak dulu....tak berkemampuan nak bagi beras yang bagus. Sayu juga bila ingat kata-kata mak....namun memang ada kebenarannya.
Sama dengan susuibu...apa yang ibu makan akan menghasilkan kualiti susu itu sendiri. Memang ada pihak yang menafikan dengan mengatakan susuibu itu semua sama....hakikatnya tidak. Susuibu itu khasiatnya sama. Macam nasi tadi, khasiatnya sama. Namun samakah nasi dari beras mahal dan beras biasa? Tepuk dada tanya selera. Nak hasil yang baik maka perlu beri yang baik. Jaga pemakanan selalu ditekankan supaya susu yang terhasil itu penuh dengan zat khasiat yang diperlukan tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Makanlah yang bagus2 agar hasilnya juga bagus.

Pam, adakah beza pam yang mahal atau yang murah? Saya tukarkan dalam konteks tanak nasi tadi....periuk. Adakah sama periuk yang multi-function ,periuk nasi elektrik biasa dan periuk biasa yang ditanak di atas dapur? Kalau yang mampu, pam yang hebat harganya setanding dengan fungsinya pasti menjadi keutamaan. Bagi golongan sederhana, memadai pam yang biasa asal boleh berfungsi. Namun saya cuba gambarkan teknik marmet itu adalah ibarat periuk biasa yang digunakan di atas api untuk menanak nasi. Memang nampak macam sedikit leceh namun hasilnya juga tidak mengecewakan cuma perlukan lebih usaha dan perhatian. Saya beri contoh jika tanak nasi atas dapur api, kita kena selalu berjaga dan beri lebih perhatian supaya nasi tidak hangit. Namun jika kena dengan cara, nasi ini lebih nikmat kerana ada tambahan kasih sayang yang dibubuh tanpa disedari.
Begitulah dengan teknik marmet....nampak macam leceh, tapi bila kena dengan cara yang betul....susu akan mengalir dan LEBIH HEBAT ditambah penuh kasih sayang kerana si ibu tadi memberi lebih perhatian dalam memastikan susu yang keluar masuk ke dalam botol tanpa menitik dan jatuh ke tempat lain.

Bagi mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi dari luar. Tidak salah sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Setiap orang mendapat taufik hidayah yang berbeza. Bagi yang menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang keemasan itu. Maka jangan sesekali kita menghina dan mengkritik ibu yang tidak menyusukan anaknya dengan susuibu. Kita mampu berdoa agar mereka ini diberi taufik hidayah untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.


Saya masih ingat sesi pembelajaran bersama arwah abah dulu. Abah suka mengajar dan memberi anologi supaya saya lebih faham atas perkara dan pelajaran baru yang diajarnya. Saya juga setiap hari cuba memikirkan apakah anologi yang dapat saya hasilkan agar teman seperjuangan saya dalam penyusuan lebih berjaya dalam perjuangan mereka. Namun alhamdulillah, makin hari makin ramai yang sedar tentang kebaikan susuibu. Kebaikan susuibu itu ibarat kebaikan menanak nasi dengan tangan sendiri. Pastinya lebih enak dan lebih sihat dan lebih selamat.

Maka harapan saya, penulisan saya ini membantu lebih ramai ibu yang menyusukan anaknya. Ingatlah, masakan mampu kita tukarkan beras kepada nasi jika tidak ditanak? Lebih kerap kita tanak, lebih banyak nasi yang dapat dihasilkan. Kesimpulannya, lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susuibu dihasilkan .

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya.

credit