Pages

Showing posts with label ZINC. Show all posts
Showing posts with label ZINC. Show all posts

June 04, 2014

SET KESIHATAN LELAKI

assalammualaikum dan selamat pagi...

sharing hari ini, sempena bulan June'14...ialah bulan #vitaminE ... satu botol tahan 4 bulan...
anda macam2 set:-
set keintiman, set lelaki, set kesuburan, set kulit dan lain2

promo buy 6 free 1

ayu akan update setiap set yang ada vitamin e from time to time.
kami ingin kongsikan set yang laris dikalangan kaum adam...

#setkesihatanlelaki
set ini sesuai untuk para lelaki diluar sana yang sentiasa menjaga kesihatan mereka..
dan juga, ramai para girlfriend, tunang,isteri belikan untuk kaum lelaki tersayang mereka...
jom tengok fungsi setiap vitamim ini.

#omega
kaya dengan DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan:-
-keradangan
-mengalakkan fungsi otak,sistem saraf dan mata
-mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah

#vitaminE
-mengandugi vitamin E asli dari minyak sayuran.
-Antioksidan dan menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas.
-mengurangkan risiko sakit jantung.

#zinccomplex
-membantu dalam metabolisme karbohidrat,lemak dan protein.
-mengawal masalah keguguran rambut.
-menjaga kesihatan prostat untuk orag lelaki

ok anda semua sudah tahukan kebaikan #setkesihatanlelaki ini.. apakah kata jom hadiahkan untuk mereka yang tersayang.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, DLL

#codshakleeklang
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee 

[atau]
pembelian produk Shaklee
[atau]
menjana pendapatan dengan Shaklee dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
GMAIL : nhmi2011@gmail.com ♛ Call/Whatsapp : 019-378-9778♛
#sharing
#shakleeklang
#codshakleeklang
#eijamsfamilyteam
#eijamsfamilyblog
#shakleebest
#shakleemalaysia
#ayushaklee
#ayusupermom
#wahm




Posted via Blogaway

July 17, 2012

NAIK ANAK RAMBUT BARU... DAN TAK HAUS LAGI DENGAN PERFORMANCE DRINKS


Kali nie ayu nak kongsikan pengalaman seorang pengguna yang consume Zinc, Esp dan Performance drinks... Beliau mengalami masalah keguguran rambut.

Jika seorang wanita ibu baru lepas melahirkan cahaya mata, pasti mereka alami masalah keguguran rambut. Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. Benarkah?



Zinc dikatakan bertanggungjawab serta terlibat di dalam melebihi 100 proses enzim badan. Enzim ialah kimia-kimia penting yang menjadikan asas kepada fungsi-fungsi tubuh badan. Enzim membantu mengawalselia (regulate) semua proses –proses biokimia badan. Umpamanya enzim berkerja dengan sel darah merah untuk memindahkan carbon dioxide dari tisu-tisu ke paru-paru, proses pengeluaran tenaga dan Synthesis Protein (pembinaan protein) dan metabolisma.



Sukacita saya mahu berkongsi dengan para pembaca antara tanda-tanda KEKURANGAN ZINC:-
- Deria rasa dan bau hilang atau menurun sensitivitinya.
- Terdapat tanda putih di bahagian kuku jari.
- Kurang selera/ tidak boleh mengawal selera.
- Muka kelihatan pucat.
- Ketidak suburan atau mandul (Infertility)
- Mudah/ sering di serang infansi
- Kulit bermasalah – Jerawat, jeragat, jangkitan kulit,
- Keguguran rambut


Zinc boleh musnah disebabkan oleh
• Stress
• Merokok
• Peminum
• Berpeluh yang banyak
• Kekerapan seks

RISIKO KEKURANGAN ZINC:-
Kekurangan zinc boleh menyebabkan penyembuhan luka menjadi lambat – penyembuhan akan berlaku dengan cepat sekiranya sel baru lagi kuat dapat dibina untuk mengganti sel yang telah rosak dan musnah
Kehilangan deria rasa dan bau – ia mengubahkan kimia air liur (saliva). Akibatnya apa yang di rasa dan dihidu terasa berlainan / pelik berbanding dengan orang normal. Ia juga memberi kesan pada otak untuk memproses maklumat-maklumat untuk deria rasa dan bau. Kesannya ia akan mempengaruhi cara makan dan minum --akhirnya menyebabkan individu itu hilang selera (anorexia), dan Bulimia
Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility)
Selain itu kekurangan zinc boleh mengakibatkan ruam (Rashes),pembesaran yang tak optimal (kerdil), rambut mudah gugur,masalah buah pinggang, masalah hati, penyakit usus dan rheumatoid arthritis .

Secara ringkasnya dapat saya nyatakan

Zinc sangat penting dari pertumbuhan sel sehingga ‘sex maturation’, membantu mengukuhkan system pertahanan badan dan membantu dalam deria rasa dan bau ( taste & smell)

Apabila system pertahanan kuat ia membantu mencegah batuk (colds), selsema(flu), sakit mata (conjunctivitis), rheumatoid arthritis, lupus (sejenis sakit kulit), fibromyalgia, sclerosis, AIDS...
Zinc juga memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif dan yang nyata zinc membantu pengeluaran insulin – sangat berguna bagi pengidap kencing manis

Berkesan untuk kebanyakan sistem badan. Ia berguna untuk pengeluaran tenaga – B6 diperlukan untuk proses pengeluaran tenaga dari makanan. Zinc membantu merawat acne – jerawat/jeragat, kebakaran kulit (burns), eczema, psoriasis (sakit kulit – bersisik), kekuatan rambut, scalp, penglihatan (vision loss people over 50 years), tinnitus (ringing in the ear), osteoporosis ( kekuatan tulang), haemorrhoids, ulcers
and also inflammatory bowel disease


Siapa sebenarnya yang memerlukan zinc? Pada hakikatnya semua orang dan terutama kanak-kanak yang membesar , mereka yang berumur lebih 55 tahun ke atas, ahli sukan,orang yang Diet (Dieters),penyalahggunakan arak dan drugs, perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, pengamal pil perancang, mereka menjalani pembedadahan,kulit terbakar dan kecederaan (severe burns or injuries), mereka yang menghadapai stress yang berpanjangan, berkerja di tempat panas dan pekerjaan yang menyebabkan individu itu sentiasa berpeluh


SUMBER ZINC

Kita boleh memperolehi zinc daripada daging – kambing juga lembu, oyster, ikan haruan, kuning telur, makanan tenusu ( Dairy Products), kekacang, gandum hitam dan juga bijiran seperti oats. Bagi mereka yang mempunyai kekangan untuk mengambilnya dari sumber asli boleh mendapatkannya dalam bentuk tablet.




Jom kiter tgk testimoni beliau:

click for large review




Oh ya tidak lupe jugak testimoni beliau dan suami yg sukakan performance drinks.. supplement wajib bulan puasa.




Apakah Performance Drink?
Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

    * OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
    * Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
    * Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Siapa yang digalakkan untuk mengambil Performance Drink?

    * Anda yang berkerja di bawah matahari terik
    * Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan
    * Ibu mengandung atau menyusu
    * Anda yang demam dan selesema
    * Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan
    * Anda yang mengidap penyakit kencing manis

DISCLAIMER
*Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit.
 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hubungi saya untuk dapatkannya hari ini. Harga yang sangat menarik !
Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/SMS/Whatsapps: 019-3789778 





November 18, 2011

BAGAIMANA MENGATASI JERAWAT

Apa itu jerawat? Jerawat adalah masalah kulit yang disebabkan oleh lebihan produksi kelenjar minyak (sebaceous gland) yang menyebabkan saluran folikel rambut dan pori-pori tersumbat.  Selalunya jerawat mudah tumbuh di bahagian muka, dada, belakang dan bahu (http://id.wikipedia.org/)

Jerawat sering muncul  antara umur 14 – 19 tahun yang dipengaruhi oleh perubahan hormon pada remaja lelaki dan juga perempuan.


Dari hasil penelitian menunjukkan sebanyak 85% populasi mengalami jerawat pada usia 12-25 tahun, 15% populasi mengalaminya hingga usia 25 tahun. Jika tidak diatasi dengan baik, gangguan jerawat adalah hingga usia 40 tahun.


Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.


Beberapa faktor penyebab munculnya jerawat antara lain:

  • ----> Stres
  • ---->Faktor keturunan dari orangtua
  • ---->Hormon : Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh lelaki maupun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh lelaki maupun wanita menyebabkan timbulnya jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk memproduksi minyak kulit (sebum) secara berlebihan.
  • ---->Kelenjar minyak yang hiperaktif
  • ---->Bakteri di pori-pori kulit
  • ---->Iritasi kulit
  • ---->Anabolic steroid
(*credit to ghs)

Cara mencegah jerawat:

--->Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
--->Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
--->Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
--->Dapatkan rehat secukupnya.
--->Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
  • B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
  • Vitamin C – menjaga kesihatan kulit  
  • Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
--->Supplement untuk merawat Jerawat:
  • Vitamin E – membantu mengurangkan parut
  • Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
  • GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

credit:- mommamia


Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


August 06, 2011

TERDEDAH KEPADA ASAP ROKOK DAN EKZOS KENDERAAN JOM LINDUNGI TUBUH KAMU


Apakah anti-nutrien?
Anti-nutrien adalah bahan yang bertindak menjadikan tubuh kita kurang keupayaan untuk menyerap dan menggunakan nutrien perlu, ataupun menjadikan tubuh kita kehilangan nutrien.

Apakah jenis dan punca anti-nutrien?
Adakah anda sendiri pernah mengalami perkara di atas? Saya pasti dari sumber-sumber yang disenaraikan, kita mengalami hampir kesemuanya.

Jadi, apakah langkah-langkah untuk melindungi tubuh kita dengan anti-nutrien ini?
1. Pengambilan vitamin C yang berterusan, bantu melindungi tubuh dari tindakan plumbum dan kadmium. Tahukah anda??!! Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
2. Pengambilan vitamin E dengan Selenium, bagi melindungi tubuh dari tindakan merkuri.
3. Pengambilan magnesium, juga untuk melindungi tubuh dari tindakan merkuri.
4. Pengambilan zinc, untuk melindungi tubuh dari kuprum, tatrazin, aluminium, plumbum dan kadmium.
Jom lindungi tubuh anda dengan sumber nutrisi dari bahan semulajadi, dan berhenti menjadikan tubuh badan kita dirosakkan oleh bahan-bahan pencemaran alam sekitar dan bahan tambahan makanan.

*Credit To Vitamin Semulajadi., mommamia
Jika anda ingin mengetahui promo bulan ini, jangan segan untuk hantarkan email kepada nr_yu86@yahoo.com atau nhmi2011@gmail.com agar anda tidak melepas peluang keemasan dan lebih penjimatan yang saya tawarkan. SMS pun boleh 019-3789778



MASALAH KESUBURAN DAN CARA MENANGANINYA

SUMBER ASAL: http://buahatikusayang.blogspot.com/

Musim cuti sekolah akan datang lagi. Masa ni ramailah pasangan yg akan mengakhiri zaman bujang masing2. Teringat pulak masa saya & en billy dulu, bulan mei tahun 2007 kononnya nak buat musim cuti sekolah, tapi disebabkan ramai sgt nak kenduri time tu, kami buat awal seminggu. Kiranya, kenduri kat rumah saya bukan time cuti sekolah. Takpelah, yg penting selesai dgn selamat :)
Tiga bulan usia perkahwinan, saya sah mengandung :) Kak Fynne, biras saya ckp babah Aien ni sharp shooter hehehe. (Tapi tak sharp sgtla sebab 3bln baru berjaya hahaha). Namun, rezeki tak menyebelahi kami sebab kandungan saya disahkan 'MOLAR' (atau kandungan ANGGUR).

So, saya kena jalani D&C utk buang kandungan tu. Prof Hatta yg rawat saya mengingatkan supaya saya tak boleh pregnant dalam tempoh 6 bulan. Sampailah tahap beta HCG dlm darah saya normal, baru saya dikatakan selamat utk mengandung semula.

Macam serius je cerita saya ni hehehe. Ok ok. Kita gelak2 sikit. Sambung balik cerita.

Belum pun 6 bulan berlalu (dlm 5 bulan lepas D&C) tapi Prof Hatta ckp darah saya dah ok, so boleh dah kalau nak peknen balik. Ohhh..happynya kitorg dengar! Apa lagi, org baru kahwin lah katanya, dan Alhamdulillah saya terus pregnant lepas tu. Takyah tunggu2 dah. masa nilah Aien kat dlm perut saya :) Kali ni baru babah Aien pemenang sharp shooter! hehehe :)

Itu cerita saya yg mudah nak mengandung. Alhamdulillah.. rezeki kurniaan Allah setelah Dia tarik nikmat kegembiraan masa kandungan pertama saya dulu. Saya sedih punyalah tak igt. tapi Dia kan Maha Mengetahui segalanya. Jadi, saya redha & teramat gembira dgn anugerah kali kedua ini.

Bagaimana pula dgn pasangan2 lain yg dah terlalu lama mengharapkan kehadiran cahayamata sebagai pelengkap & penyeri hidup mereka?

Jom kita kongsi tentang masalah ketidaksuburan di kalangan pasangan yg dah lebih setahun berkahwin tapi belum berjaya dikurniakan cahayamata. Credit to MommyLyna :)

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seseorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah ada sehingga membawa kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca dari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:

* Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
* Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
* Penyakit berkaitan kelamin.
* Penyakit berkaitan masalah pelvik.
* Merokok.
* Pengambilan kafein yang berlebihan.
* Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
* Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Punca lelaki tidak subur:

* Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
* Sperma kurang cergas
* Sperma yang tidak sempurna
* Sekatan pada saluran semen
* Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:

* Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
* Pendedahan terhadap punca radiasi.
* Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

Antara cara-cara untuk menanganinya
Pengambilan Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:

Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil Set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

Di samping itu, kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :) Amin