Pages

Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

June 18, 2013

SUAMI SAYA SUPPORT BREASTFEEDING :)

Heeee, saja kali ini, share yg suami ayu beli storage nie banyak2, suruh ayu buat stock EBM macam dulu2 waktu iman, Walaupun die tahu isteri die ini dah tak berkeja..



Tapi memandangkan die dah beli ayu nak buat lah stock ini baru nak mula, memula malas nak buat sebab deep freezer dah let go.. tapi die cakap nanti beli baru apa lagi semangat nie..


Teringat zaman EBM dulu kat link sinie:-

https://www.facebook.com/nurhidayu.matishak/media_set?set=a.1658633909742.2089147.1353961662&type=3




ANDA HENDAK CUBA KEHEBATAN SHAKLEE??
OH YA ANDA NAK TAHU TAWARAN YANG MENARIK , 



JOM PM DAN DAPATKAN SPECIAL PRICE DARI SAYA






JEMPUT LIKE FAN PAGE SAYA



 
 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut dan konsultasi sila berhubung dengan saya melalui

*NUR HIDAYU (AYU)
*SHAKLEE DISTRIBUTOR ID:- 846826
*EMAIL: nhmi2011@gmail.com
*Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
*SMS/CALL/WHATAPPS: 019-3789778


October 26, 2011

EBM JULY DAN AUGUST 2011

EBM 0711 hasil perahan rajin dan malas ku heheehhehe





macam biasaler ayu baru nak update gambar2 ebm yg basi sudah heheheh.. walau apa2 pun sikit ke banyak ke ebm yg dikumpul yg penting bersyukur.. alhamdulillah sehingga ari nie ayu still dapat lagi menyusukan si iman... diploma dah dapat pada 05/02/2011 ari tue.. dan ayu pun baru jerk lepas terima ijazah breastfeed pada 05/09/2011.. semoga dapat diteruskan lagi ke master pulark... amin...


EBM 0811 nie jerk hasil utk bulan lapan...
seronok tau biler kiter menyusu kan anak nie, sekarang nie ramai dah yang buka minda bahawa susu ibu the best .. dan biler keluar jejalan mesti dapat kenalan baru.. susu ibu ini buatkan ayu bertambah ramai kawan lagi... hehehhe tahniah buat semua ibu yang menyusu...semoga  kiter semua berjaya dalam penyusuan susu ibu... amin..

October 17, 2011

JOM BELAJAR CARA MENYIMPAN EBM DENGAN BETUL

Entry ulangkaji... Buat yang bertanya... secebis info ~ Panduan untuk menyimpan EBM.. berapa lama ia bertahan untuk suhu yg tertentu dan apa yg ibu harus lakukan kat baki EBM yang dah digunakan..jom rujuk jadual ni

Reminder: Use clean containers, and wash your hands with soap and water before expressing. or pumping.

Panduan untuk menyimpan EBM..

Tempat simpanan
Suhu tempat penyimpanan susu
(Fahrenheit)
Suhu tempat penyimpanan susu
(degrees Celcius)
Berapa lama EBM boleh bertahan
Suhu bilik
60 degrees F
15 degrees C
24 jam
Suhu bilik
66-72 degrees F
19-22 degrees C
10 jam
Suhu bilik
79 degrees F
25 degrees C
4-6 jam
Dalam peti sejuk
32-39 degrees F
0-4 degrees C
8 hari
Dalam freezer *yg peti sejuk jenis satu pintu)


2 minggu
Dalam tempat beku (compartment asing..ie peti sejuk dua tiga pintu tu)


3-4 bulan
In a separate deep freeze with a constant temperature(ini yang deep freezer)
0 degrees F
-19 degrees C
6 bulan ke atas


Bagaimana dengan EBM yang dah dibuka atau dipanaskan? selebihnya nak disimpan atau dibuang?.. rujuk jadual ni yer

Type of Milk
Simpan atau buang?
Why
Baki susu (EBM) didalam botol yang dah diminum
Guna untuk next feeding (tapi dalam tempoh masa yang x terlalu lama), otherwise discard(buang)
Bacteria from the baby's mouth may have entered the milk during the feeding. This may lead to bacterial contamination if it sets too long
Susu yang dah dipanaskan
Save in the refrigerator for 24 hours after thawing, then discard. Jangan dibekukan semula
Milk that has been frozen has lost some of the immune properties that inhibit bacterial growth in fresh refrigerated milk.
Susu didalam peti sejuk yang dah berada selama 8hari
Transfer to storage in the freezer, or buang saja
Mungkin masalah pertumbuhan bakteria bukan isunya.. tapi susu tu dah angkut bau2 dan perasa2 luaran dlm petisejuk tu jadi efek kat rasa susu tu.





July 16, 2011

EBM APRIL,MAY DAN JUNE 2011


wow busy yerkkan mama ayu spai berkurun lama xberupdate pasal ebm hehhehe.. okies malas jugak nak type panjnag lebar so tgk jerk collection ebm ayu yg xseberapa nie.. ok gbr yg diatas tue ebm utk April 2011. mase nie kire ditahap rajin lagi coz xde banyak sgt skip sesi mengepam ketika di office.. heheheheh


nie pulark ebm May 2011, start may mmg busy giler dan memandangkan mama tinggal sorang jerk kat office nak handle dan cover keja org yg dah berhenti. kepala berserabut asyik tengok number2 jerk.... so jgn ckplah sesi mengepam mmg asyik skip jerk.. apa2 pun still bersyukur... 

 

dan last sekali utk jun 2011, pun sama banyak skip waktu pam dan banyak bekalan fresh ebm to iman... so setakat nie jerk citer ebm... nantikan collection ebm seterus yerk.. mama doa sgt supaya rezeki susu mama sentiasa melimpah ruah amin...




GERAK GEMPUR EBM BULAN RAMADHAN

Gerak Gempur EBM Ramadhan... tu adalah misi AYU bulan ni... InsyaAllah sesama kita berusaha... sesiapa yang berminat ayuh sesama kita bergempur!!!

Dalam usaha menyusukan bayi tidah semudah abc, 123... yer. Anda perlu sematkan 2B dalam minda iaitu payudara (breast) dan bayi (Baby). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh penyusuan 2 tahun, InsyaAllah.

Semua kena tahu konsep demand Vs supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan... Seterusnya bergantung kepada USAHA + MINDSET + DOA. Selamat mencuba!!

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. 
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4.  Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
 
11. Pengambilan suplemen  
dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya...
ESP! 
Tahukah anda "Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. "

Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’.Jom kita jengah satu lagi testimoni SET B bersama ESP oleh Puan Nur Ilham. (credit to Iffa Anuar) jom lihat..
Jadi dari sebelum ni, susu dpt pump 1 oz.. susu dari meleleh, dah memancut keluar dan jumlahnya ada peningkatan 2 oz... Alhamdulillah. 
Jadi, seperti yang selalu saya tekankan pada kawan2 saya, pengambilan suplemen memang sangat berbeza daripada pengambilan ubat-ubatan. Suplemen tidak bersifat dedicated tetapi ia memberi benefits secara menyeluruh. Pengambilan suplemen membantu memperbaiki taraf kesihatan kita, walaupun kesan yang didapati adakalanya agak lambat (kerana ia bergantung pada keadaan tubuh anda), namun ia bersifat memulihara.
Anda bagaimana? Mahu mencuba Set Penyusuan kami yang hot ini? Promo July lagi Fantas-the-best sedang berlangsung. Dapatkan Pakej Triple M yang terdiri daripada Set B, Ostematrix dan ESP... akan melayakkan anda menikmati EXTRA diskaun. Begitu juga dengan persediaan untuk berpuasa ESP + Performance Drink. Sangat membantu perjalanan penyusuan susu ibu.

Untuk mengetahui promosi terkini, anda boleh lakukan mana-mana satu di bawah :-
  • Email ke nr_yu86@yahoo.com ATAU nhmi2011@gmail.com dengan tajuk "PROMO JULY"
  • Tinggalkan email anda di komen entry ini.
  • Jadi rakan NUR HIDAYU di Facebook untuk mengetahui update terkini.
Jangan malu jangan segan yer... Hubungi AYU sekarang!

sumber : http://bidanbersalin.blogspot.com/  

MommaMia...

April 12, 2011

EBM MARCH 2011


biler korang tengok gambar nie sure korang tau kan... nak update pasal apa... sure ler pasal collection EBM kan.. okies kali nie gambar EBM March 2011.. so nie ler hasil yang berjaya dikumpulkan...walaupun busy dengan keja2 office.. sempat mama luang kan masa 3kali sesi pam di office..


 35packs X 7oz = 245oz and 15packs X 10oz = 150oz
total????????? cuba anda teka...



395oz for March 2011..okiesler syukur dengan rezeki yg diperolehi.. janji 3 perkara nie perlu ikuti PAM DGN KOSISTEN,MINUM AIR MORE THAN 3L DAN USAHA SERTA TAWAKAL... amin

HAPPY BREASTFEEDING....




CARA CAIRKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

1.  Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.

2Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....


3. ... lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip.

4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam.
 
5. AMARAN KERAS !!!
  • JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
  • JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
  • JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
  • Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos… kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
  • Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pandai budget supaya tak membazir.
TIPS
  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
  • Hold your baby when feeding EBM
  • Jadikan feedings an enjoyable time for you and your baby. Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
  • Sesudah minum, BURP kan baby anda.
INFO... INFO...


Chilled EBM (Susu yg dah perah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku)) normally akan terbahagi kepada 2 lapisan… atas dia bhgn lemak, bwh dia air.. this is perfectly normal, jangan pulak korang ingat susu tu basi and buang plak. Wat u need to do, is masa panaskan susu tu, GENTLY SWIRL the bottle to mix the lapisan.


Rujukan : 
http://alinalan.blogspot.com/2010/05/ebm-bagaimana-nak-cairkan-thawing.html
Gambar dari http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html
http://sweetstory.yuitsumuni.com/2010/03/bagaimana-nak-cairkan-ebm/




April 11, 2011

CARA PENYIMPANAN & PENGANDALIAN SUSU PERAHAN IBU (EBM)

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel. 
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari
  (selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
 
PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. 

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

p/s: Faham?? Next entry, nantikan Cara bagaimana nak cairkan EBM / Thawing frozen breast milk

Rujukan : 
http://alinalan.blogspot.com/2010/05/ebm-penyimpanan-dan-pengendalian.html
http://sereniety.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-asi-ebm.html
http://www.momschoice.com.my/blog/
http://mom2muzz.blogspot.com




March 24, 2011

EBM JANUARY & FEBRUARY 2011

aiyooo... awatlah lupa sangat tentang ebm nie..padahal bende nie lah yg patut di update every months..nie mama berjaga malam coz kena jaga tiga orang yg tersayang warded kat pantai klang hospital due to high fever... sekali dok belek2 blog baru perasan xde entry untuk ebm Jan & Feb 2011... apalah nie dah ujung bulan March dah... heheheh so tanpa membuang masa jom kiter lihat collection EBM mama untuk Jan & Feb 2011....jeng..jeng..jeng...


untuk Jan 2011.. mama malas sikit nak perah stock.. huhuh ukan malas cuma mama kurangkan sesi perahan.. dari 5 kali ke 3 kali sehari..so total sehari ada lah dalm 15 ke 20oz... klu 5 kali perahan mama dapat 20oz ke 40 oz sehari... ukan apa satu mama nak jimat tempat lagi satu mama memang tengah busy sesangat dekat ofis... so untuk Jan 2011 hanya dapat............... cuba teka berapa????????


jawapan korang semua salah..wkakkakakaak... okies collection ebm Jan 2011 mama hanya  7 oz X 50 liner = 350 oz jerk..... sikit kan..bertapa malas yerk mama...


tapi berbeza pulark dengan ebm Feb 2011.. mama terajin skit... so nie ler hasil yerk....


7 oz X 75 liner = 525 oz jerk..apa2 mama bersyukur dengan rezeki susu mama untuk iman..dan skrg nie iman baru jerk pakai ebm Dec 2010...