Pages

Showing posts with label HAMIL. Show all posts
Showing posts with label HAMIL. Show all posts

March 11, 2017

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE EMPAT UMMU MARYAM

assalammualaikum dan salam sejahtera.

pertama sekali syukur alhamdulillah sebab Mama Ayu dah selamat melahirkan anak yang ke empat pada hari Jumaat 3 March 2017 tepat pukul 17.06 pm.. 

Walaupun masih tak percaya anak dah empat tau.. apa-apa pun syukur alhamdulillah rezeki Allah S.W.T kurniakan buat kami suami isteri.. ameen 

hospital pilihan kali ini, ialah Shah Alam Specialist Hospital (SALAM). Kenapa pilih bersalin kat SALAM disebab kan doktor yang sama masa bersalin anak ketiga di Pusat Bersalin Barakah tahun 2013  nanti lepas cerita entry pengalaman bersalin , Mama Ayu buat review pasal SALAM hospital nie ok..
ok jom start tulis entry pasal pengalaman bersalin ke empat nie.. 

Jeng.. Jeng..Jeng.. 

Macam biasa, anak2 Mama Ayu memang terkenal dengan jenis yang lambat keluar dari perut kikiki..
Anak pertama:- 40 weeks 5 days
Anak kedua :- 39 weeks ngam
Anak ketiga :- 41 weeks 7 days
Anak keempat:- 39 weeks 5 days

ada sebab kenapa anak ke empat nie bersalin pada 39 weeks 5 days bersamaan hari Jumaat 3 March 2017 nie..macam biasa, hari tue normal check up, kalau ikutkan mood Mama Ayu malas nak datang check up dah kat SALAM nie.Sebab ingat sakit baru jerk terus ke hospital.Lagi pun Mama Ayu tak pernah miss check up di klinik kesihatam jugak. 

masa sesi menunggu giliran appointment Mama Ayu sempat update status di instagram direct link terus ke facebook..entah kenapa berdebar sangat dan berdoa semasa check up nanti terus buka 6 cm.. sebab tak larat dah nak bawa perut kikkikiki

Sekali tergerak hati nak pergi jugak check up kat SALAM nie pada hari Jumaat 3 March 2017, nasib baik suami minta tolong adik die drive kan bawa Mama Ayu check up. Kalau tak tak tahu lah.

Jumaat 3 March 2017
********************

9.00 pagi
Appointment dengan doktor, macam biasa doktor akan scan, sekali doktor terkejut bila scan perut baby estimate berat dah 4kg okay.. 

Doktor:- awak xde rasa sakit ke?

Mama Ayu:- xde pun doktor..

Doktor:- awak dah 39 weeks 5 days, baby pun besar nie risiko nak bersalin normal nie. bagi saya check jalan dulu.. kot2 buka dah ke..

Mama Ayu:- okay lah klu itu yang doktor rasa terbaik. 
proses VE pun bermula

Doktor:- awak dah 4cm nie.. kena masuk labour room nie .. baby besar ada risiko klu tunggu... tapi saya doakan urusan awak di permudahkan dan dapat bersalin normal..

Mama ayu:- hah, alamak doktor boleh tak saya balik dulu rumah tunggu suami..

Doktor:- saya nasihatkan jangan.. sebab hari nie jumaat jalan jem.. awak duduk Klang takut nak patah balik SALAM tak sempat. 

Mama ayu:- oklah bagi saya pergi makan dulu boleh tak doktor.

Doktor:- ok awak pergi jalan2 dulu, makan lepas tue terus buat deposit terus naik labour room nanti jumpa saya balik..

syukur alhamdulillah, apa yang di doakan dimakbulkan oleh Allah S.W.T, dah buka 4 cm dah.. terus macam tak percaya. Mama Ayu dah nak bersalin rupanya..
buat ibu-ibu hamil di luar sana, Mama Ayu saran kan amalan kan tips nie masa tunggu saat nak melahirkan. In Sha Allah dengan izin-NYA dipermudahkan urusan. Oh ya, teknik pernafasan yang betul jugak  perlu tau.

11.00 pagi 
Punyalah lama duduk dalam bilik doktor pukul 11 pagi baru keluar..Masa nie pergi kedai mamak sebelah ingat nak makan ngan adik ipar dan #dhiazulaikha puteri ketiga.. Sekali rasa tak selesa sebab buat VE tadi kan.. 

masa nie dah suruh baba balik keja half day sebab nak bersalin dah kan kikikiki.. baba terkejut hokey.. nasib pergi check up baba kata.. 

Mama Ayu beli nasi beriani bungkus dan milo ais kaw kikikiki.. sebab nak teran baby kan..

12.00 tengah hari
datang balik SALAM buat deposit, nasib ada adik ipar die bayarkan deposit dulu sebab Mama Ayu lupa bawa card yang baba kasi  boleh pulark teetinggal kat rumah okay..

1.00 petang
terus naik labour room, terus buat ctg.. sementara tue minta adik ipar balik bawa #dhiazulaikha sekali pergi amik si anak sulong #ainaumairah dan kak ngah #imansumaiyyah sebab hari Jumaat diorang balik awal kul 12.00 pm tapi terlambat sikit takpe. Klu hari isnin sampai khamis tak kisah sebab diorang balik kul 3.30pm. Tue sebab jumaat kelam kabut sikit. Nasib ada adik ipar .. urusan kan anak2 buah siap bagi makan siap2 sementara nak tunggu baba balik amik diorang kat rumah pulark.. 


paksu diorang siap bagi diorang lunch dulu.. nasib ada pak sue.. lega hati Mama Ayu nak berjihad bersalin kan baby

2.00 petang
lepas ctg, nurse2 kat labour room tanya.. 

nurse:- puan nak makan kat labour room ke ,kat wad ?

mama ayu:- klu nak makan kat wad boleh tak, sebab klu boleh tak nak bersalin lagi.. nak tunggu suami akak sampai dulu.

nurse:- macam nie, puan makan kat ward lepas makan datang balik labour room.

mama ayu:- ok boleh lah..

2.30 petang
dah masuk labour room, tukar baju pink, baring sambung ctg balik, berdebar-debar okay sebab tak tahu lah apa nasib.. 

macam-macam fikir, tapi fikir yang baik2 dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan..
doktor pun naik labour room pecahkan air ketuban.. tapi sayang nya.. baby dah terbuang najis dalam perut, air ketuban dah berwarna hijau. doktor cakap nasib dah buka 5 cm.. saya turun dulu lah sebab ada klinik nak periksa ibu2 hamil yang lain..

doktor target malam nanti awak bersalin In Sha Allah..

so mama ayu pun tunggu lah waktu kemuncak..  sambil tengok jam kat labour room, nurse offer nak buka tv pun mama ayu tak nak kikkikii

3.30 petang
baba pun sampai terus teman mama ayu dalam labour room. mama ayu sempat lah borak2 ngan baba.. sambil berzikir dalam hati supaya jalan cepat terbuka.. 

masa nie baru sakit yg boleh tahan lagi lah.. cuma bila bacaan sakit tue cecah 100 sekali sekala mama ayu terdiam.

4.30 petang
masa nie sakit tahap apa ntah.. tapi ada baba dan nurse tenang kan..

5.06 petang waktu kemuncak
mama ayu tengah menahan sakit, tapi kali nie rasa sakit yang boleh di kawal, mama ayu amalkan teknik penafasan dan fikir yang best2 jerk..

sekali nurse datang nak betulkan selimut kat kaki..sebab baru 5 cm kan.. sekali nurse selak jerk selimut kepala baby dah terkeluar.. 

nurse:-  *menjerit* puan oh puan tak sedar ke kepala baby dah keluar.

mama ayu:- hah tak sedar masa nie baby dah terkeluar abis dah.. dengar baba cakap syukur alhamdulillah..
doktor pun tak sempat nak naik.. so nurse yang sambut.. 

lahirlah baby girl kami yang ke empat..

nurse dan doktor terkejut sebab baby 3.9 kilo dan boleh bersalin normal..

Puteri ke empat " SAIDATULNISSA UMMU MARYAM"

masa nie mama ayu rasa lega sangat.. lepas tue terus kepenatan mamai nak tido ..
baba jerk yang borak ngan doktor.. masa proses nak tengok luka , nasib baik tak koyak tau..

syukur alhamdulillah Allah mudahkan urusan bersalin kali ke empat nie.. 

THROWBACK;-

Pengalaman Bersalin ;-

Puteri Pertama;- tengah cari link tak jumpe... kiki.. nanti edit balik kikiki



oklah rasa dah panjang lebar entry nie.. nanti mama ayu sambung lagi sebab ada pengalaman baby dah tertelan air ketuban hijau yang bernajis tue.. 

terima kasih banyak tau sebab kalian sudi singgah dan membaca  di "Eijam's Family Blog"


October 13, 2016

HAMIL KALI KE EMPAT DENGAN MASALAH CYST IN PLACENTA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Syukur Alhamdulillah , Mama Ayu diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk hamil kali ke-4. Rezeki Allah S.W.T nak bagi kan. Bila cerita bab rezeki nie setiap orang rezeki yang Allah tetapkan tue tak sama. Begitu jugaklah dengan ujian. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. 

Kali ke- 4 hamil nie, Mama Ayu ada pengalaman yang pertama. Mama Ayu di sah kan hamil dengan masalah cyst di uri.  Doktor dapat kesan masalah cyst nie masa Mama Ayu follow up check ketika kandungan 16 minggu. Ya Allah , masa memula Mama Ayu dapat tahu perasaan nie jangan cakap lah macam mana. Gelisah tahap apa ntah.

Tapi bila doktor nasihatkan Mama Ayu jangan risau, jangan stress baru lah lega sikit perasaan gelabah Mama Ayu nie. Doktor cakap masalah ibu hamil dengan cyst nie sejak ke belakangan nie banyak berlaku. Antara faktor utama adalah pemakanan. Ada orang yang ada cyst sebelum hamil, ada jugak orang yang alami masalah cyst ketika bujang lagi. Hakikat nya kiter semua kena berjaga-jaga dan berhati-hati dalam pengambilan pemakanan yang betul.

Masalah ibu hamil nie ada macam-macam tau ikut kata doktor. 

Contohnya:-
*Ibu hamil masalah kencing manis
*Ibu hamil masalah HB rendah
*Ibu hamil masalah darah tinggi
*Ibu hamil masalah cyst

dan sebagai nya..

Nie gambar scan Mama Ayu ketika 16 minggu. Baru dapat kesan kewujudan cyst. sebelum nie memang xde. Takpe yang penting kiter dapat tahun dari awak kandungan.

Pesanan doktor pada Mama Ayu, kiter kena terima setiap perkara tue dengan positive. Syukur Alhamdulillah cyst yang dikesan semasa scan tue ikut kata doktor tak besar. Sekarang nie bila dapat tahu ada masalah semasa hamil ini, pemantaun yang lebih teliti akan doktor ambil.  Doktor berharap yang cyst Mama Ayu ini takkan membesar. Doa yang terbaik In Sha Allah semua nya akan baik-baik ameen. 

Lepas jerk balik dari check up, Mama Ayu pun saja up status di facebook. Mana tahu ada kekawan yang pernah alami masalah ketika hamil dengan cyst macam Mama Ayu kan. Alhamdulilah kekawan Mama Ayu sangat membantu dan positive . 

Feedback diorang sangat membantu.

Jom Baca comment kekawan Mama Ayu di facebook.

Setiap orang masalah cyst yang di orang alami tak sama, sebab tue perlu pantuan dari doktor dari semasa ke semasa.


doktor pun ada nasihatkan Mama Ayu jangan over risau sebab doktor cakap nasib baik dekat uri, ada orang ada masalah cyst di ovari. betul apa yang sahabat saya katakan itu.



petua dari sahabat Mama Ayu nie pun boleh di amal kan. Kiter istiqamah apa yang terbaik dan tawakal sahaja.




Alhamdulillah semua feedback kekawan Mama Ayu positive. Sekarang ini Mama Ayu teruskan kehidupan macam biasa, lagipun Mama Ayu dah 20 minggu. Kiter kena redha setiap ketentuan oleh Allah  S.W.T. Mohon doakan Mama Ayu dalam keadaan baik - baik sahaja. Mama Ayu suka sangat dengan hadiah DOA, sebab hadiah paling best adalah doa yang hebat.

Semoga perjalanan urusan kehamilan Mama Ayu di permudahkan dan dapat bersalin dengan normal dan lancar.

Terima Kasih buat yang sudi membaca.

February 12, 2014

ANDA IBU HAMIL??? MASALAH HB RENDAH???

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. Hari ini ayu nak share sikit apa yg best nya VITALEA Shaklee terutama buat IBU HAMIL..

JOM BACA....

ANDA HAMIL??
MASALAH HB RENDAH??
CUBALAH VITALEA SHAKLEE.. 


HOT TESTIMONI:-
Saya sendiri alami... masa pengalaman anak pertama,kedua dan ketiga..
dulu masa anak pertama HB hanya 9 ke bawah sahaja ... Sejak consume VITALEA secara konsisten dan Istiqamah Alhamdulillah HB paling tinggi range 14 ke 13 dan paling rendah 10.5..

VITALEA..CUBALAH SEKARANG!!

Jangan Ambil mudah HB rendah. DAN Tips tingkatkan HB semasa hamil

Apa itu Anemia?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

ANEMIA BOLEH MEMBAWA MAUT!

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:
😭Badan letih dan lesu
😭Kulit kelihatan pucat
😭Sering hilang fokus
😭Semput
😭Sakit kepala da pening
😭Jantung berdebar dengan cepat
😭Sering lupa
😭Tersangat kurus
😭Loya

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Kepada ibu :
😭Keguguran
😭Bersalin Awal
😭Kematian janin dalam kandungan
😭Tumpah darah semasa & selepas bersalin

Kepada Janin :
😭Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
😭Lahir tidak cukup bula
😭Lemas semasa lahir
😭Pertumbuhan bayi terbantut

Tahap anemia
💜< 6.9 Sangat Teruk
💜6.9-8.0 Teruk
💜8.0-9.5 Sederhana
💜9.5-10.5 Ringan
💜10.5 - keatas bagus

# Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee
- Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

- Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan 

ANEMIA
- Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

- Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

- Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

- Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati
Jika Anda ada kekangan dr segi kewangan..kita boleh buat ikut bajet ANDA,boleh PM,saya akn cuba selesaikan masalah anda







February 05, 2014

FEBRUARY 2014 PROMO - VITALEA

Assalammualaikum... dan Salam Sejahtera..
Pejam celik..pejam celik.. sudah berakhir bulan January 2014.. Harap apa yang di hajati tercapai azam yg diimpinkan terlaksana...

Ok February menjelma, macam biasa kami nak announce kan promo untuk February ialah Multivitamin daripada Shaklee..

Sharing Sempena Promo Vitalea Feb 2014

Kebaikan Vitalea Shaklee ???
💜Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu memori dan foku
💜Pelengkap nutrisi akibat pengamalan diet yang tak seimbang
💜Keupayaan sistem proaktif bagi remaa yang sedang membesar
💜Membantu dalam stimulasimetabolisma dan melambatkan proses penuaan
💜Menyediakan asas nutrisi untuk sel-sel serta menjaga kesihatan tiroid
💜Melindungi fungsi jantung, buah pinggang dan hatiTiada pewarna, pemanis atau pengawet tambahan

Selalu orang cakap Shaklee ni mahal.
 
Ok, cuba kita tengok harga Vitalea Shaklee.
Sebotol Vita-lea (120 biji)
Harga Runcit RM88.75 

Kalau kita bahagi, satu biji cuma berharga 74 sen sahaja !!
Satu botol boleh bertahan sehingga 4 bulan, jadi, satu bulan anda hanya belanjakan RM 22 sahaja.

Kalau anda nak harga special atau lebih murah, hubungi saya ok.

Mahal ke??. Rasanya baju anda lagi mahal kut. Takkan la tak boleh spend sikit untuk kesihatan anda sendiri kan.

Renung-renungkan yer:😄😄😄

#shakleemalaysia
#shakeeklang
#sharingiscaring
#shakleeklang
#eijamsfamilyblog
#shakleedistributor
#shakleebest
#shaklee
#shakleebyeijamsfamilyblog
#vitaleashaklee
#vitalea
#sayajual
#sayajualshaklee 




 

January 24, 2014

SET BUDGET PALING LARIS - TAWARAN MENARIK

SET BUDGET ESP & ALFAFA ..

TAWARAN MENARIK SEMPENA MINGGU AKHIR JANUARY 2014..

HANYA 30 SET SAHAJA...

Kenapa saya dan ibu menyusu di luar sana memilih Set Penyusuan
Bajet Shaklee?

💜ESP + Alfalfa ➜ Breast cepat bengkak lepas ambik 2 benda ni.. saya terpaksa kurangkan dose sebab xtahan dgn bengkak susu kalau anak terlewat menyusu atau saya lambat pam

💜ESP + Alfalfa ➜ Membuatkan susu jadi lebih pekat, hasilnya anak cepat kenyang & kurang meragam. Tidur si manja pun lebih lena

💜ESP + Alfalfa ➜ Meningkatkan penghasilan susu ibu dengan cepat, sekarang dah boleh kumpul stok susu dah

💜ESP + Alfalfa ➜ Kurangkan berat badan.. memang best!! sebab esp beri rasa kenyang lebih lama & alfalfa membantu menyah toksin dalam badan

💜ESP + Alfalfa ➜ Mencantikkan kulit. Kulit jadi halus dan gebu. Dan ramai yg perasan, kulit anak juga turut putih bersih dan cantik

💜ESP + Alfalfa ➜ Membuatkan saya lebih cergas bertenaga, kurang letih dan tak rasa mengantuk disiang hari. Saya juga bebas dari keputihan yang merimaskan
Anda nak merasai sendiri kehebatan Set Bajet ni seperti saya dan ibu2 yang lain?.. HARGA?? Dah nama pun set Budget kan mestilah Budget punya...




 

July 11, 2013

SYUKUR ALHAMDULILLAH BERJAYA HAMIL SETELAH CONSUME GLA


Syukur Alhamdulillah beliau berjaya hamil setelah consume GLA.. dengan izin Allah S.W.T beliau sudah hamil, jom kiter doakan semoga urusan dan perjalanan sepanjang hamil beliau dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Namun itu, saya hanya mengatakan bahawa kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan .

Yang penting, jangan berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada Allah untuk dikurniakan cahayamata. InsyaAllah.



RECLICK FOR LARGE REVIEW


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.





OH YA ANDA NAK TAHU TAWARAN YANG MENARIK , 

JOM PM DAN DAPATKAN SPECIAL PRICE DARI SAYA






JEMPUT LIKE FAN PAGE SAYA

 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut dan konsultasi sila berhubung dengan saya melalui

*NUR HIDAYU (AYU)
*SHAKLEE DISTRIBUTOR ID:- 846826
*EMAIL: nhmi2011@gmail.com
*Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
*SMS/CALL/WHATAPPS: 019-3789778