Pages

Showing posts with label TIPS2. Show all posts
Showing posts with label TIPS2. Show all posts

January 29, 2013

IMAN SAYANG CERAI SUSU JUGAK AKHIRNYA

Apa Iman cerai susu???

Sedih sangat bila berlaku proses cerai susu iman... cerita yerk bermula begini, sebenar yerk xde niat atau terfikir nak ceraikan susu si iman nie, tapi sejak ayu mengandung anak ketiga nie dah masuk 25 minggu nie.. Iman sendiri yang taknak lagi susu badan ayu. Mungkin die rasa lain kot rasa nya sejak dah ada adik dalam perut ibu die kot :)

dulu pernah jugak ayu terfikir, macam -macam cara nak ceraikan susu iman nie biler die dah dua tahun. Macam-macam cara dah catit hehhehe antara nya:-

1. Sapu nescafe
2. Sapu Asam Jawa
3. Berpura2 ckp sakit
4. Kurangkan menyusu tapi kasi makan lebih heheh
 5. Lain2 lain lagi

Tapi xsampai hati nak buat, cuma masa memula mengandung ari tue mungkin disebabkan perubahan hormon, kat cik B tue ada rasa pedih2 sikit bila si iman nie nak menyusu.. Selalu jugak keluar ayat cam nie:-

Mama:- Aduh iman sakit mama :) buat mimik muke nangis
Iman:- Sian mama, tapi still continue menyusu..

Tapi bila dah masuk 3 bulan mengandung iman mmg xnak langsung dah menyusu badan..terus tukar ke susu formula..Atleast die xtolak susu formula..tapi tue lah rasa sayu jerk..

Dalam pada dah tak menyusu tue, tapi die ada tabiat luar biasa sikit hehehhe, walaupun iman dah tak menyusu.. tapi ada perangai die biler nak tido heheh:-

Nak Tahu Apa????

Sebelum iman tido  ayu kena baring dengan iman macam menyusukan die.. Cik B kena tunjuk kat die kasi die amik bau sebelum tido.. klu xkasi bau iman xkan tido punya kecuali klu betul2 penat bermain baru die tido sendiri.. kelakar kan.. hehhe tuelah kenangan manis yang tak dapat dilupakan, sebab tabiat tue sampai sekarang die apply..syarat kena bau dulu hehehhehe

So bagi ayu, ibu-ibu menyusu diluar sana xperlulah nak lakukkan macam2 proses cerai susu, sebab lama kelamaan anak kiter sendiri akan berhenti..cuma masa yang menetukan sama ada cepat atau lambat.. :)





Untuk maklumat lanjut dan konsultasi sila berhubung dengan saya melalui
*NUR HIDAYU (AYU)
*SHAKLEE DISTRIBUTOR ID:- 846826
*EMAIL: nhmi2011@gmail.com
*Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
*SMS/CALL/WHATAPPS: 019-3789778












January 06, 2013

RASA BAHAGIA LUKA JAHITAN YG BANYAK MAKIN SEMBUH


Masih ingat lagi dalam ingatan, masa lepas bersalin kan iman dulu... waktu doktor nak jahit luka bersalin memang saat yang paling mendebarkan, walaupun hanya 3 jahitan jerk kan tapi berdebar2 bukan kemain lagi huhuhu mana tak yerk ayu segar bugar walaupun baru lepas bersalin..sebab bersalin kan adalah waktu yg saat singkat.. syukur alhamdulillah pada masa tue semua nya di permudahkan urusan oleh Allah S.W.T.... Lain pulark waktu umairah, ialah anak pertama kurang pengalaman masa lepas bersalin terus pengsan..sedar2 dah siap jahit hehhehe.. sikit jugak luka yg dijahit huhuhu..

Bagi mereka yang nak tahu pengalaman bersalin ayu boleh baca disinie:-



 





Oh ya sebenar nya ayu nak sharekan testimoni dari ibu yang consume set berpantang shaklee.. best baca testimoni beliau...

Apakata beliau:-


RECLICK FOR LARGE REVIEW



SET BERPANTANG SHAKLEE:-

Vitalea with iron formula

Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.



B-Complex

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.



Vitamin C 500mg Sustained Release 

Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.



Zinc

Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Boleh add on 


Alfafa -  (fungsi spt kacip fatima bgi ketat / buang toksik/milkbooster / resdung) ESP -     (milk booster dan cantikkan kulit dari parut2) Lecithin -  (bakar lemak klu nak kurus) Vit E -  (Kecantikan kulit / anti aging / antioksida)
Kalsium -  lawaskan pghadaman dan cergas kan badan

 
JOM DAPAT SPECIAL PRICE DARI SAYA 





JEMPUT LIKE FAN PAGE SAYA





 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut dan konsultasi sila berhubung dengan saya melalui

*NUR HIDAYU (AYU)
*SHAKLEE DISTRIBUTOR ID:- 846826
*EMAIL: nhmi2011@gmail.com

*Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com

*SMS/CALL/WHATAPPS: 019-3789778
 

January 04, 2013

SUSU SAYA DROP KAK!!!

Seronok nya, bangun pagi-pagi check facebook jap dapat testimoni gembira dari ibu nie, syukur sangat dapat membantu mereka yang ada mengalami masalah penyusuan.. Terus terang ayu cakap, ayu bukan lah pakar tapi ayu belajar dari kesilapan masa silam dulu... Tue yang nak disharekan dengan semua ibu-ibu atau bakal ibu diluar sana...Ok tak perlu nak menaip panjang lebar...

Jom baca apa kata beliau:-







Apa yang beliau amalkan:-

JOM TEKAN  DISINIE :-  CHECKLIST BILA SUSU SAYA DROP!!!



***********************************************************************************

 
JOM DAPAT SPECIAL PRICE DARI SAYA 





JEMPUT LIKE FAN PAGE SAYA





 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut dan konsultasi sila berhubung dengan saya melalui

*NUR HIDAYU (AYU)
*SHAKLEE DISTRIBUTOR ID:- 846826
*EMAIL: nhmi2011@gmail.com

*Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
*SMS/CALL/WHATAPPS: 019-3789778
 



December 19, 2012

GEMBIRA SAYA DAPAT MEMBANTU BELIAU

Syukur Alhamdulillah, dapat bantu sebar sedikit seorang ibu yang alami masalah susu merundum seketika, yang penting usaha beliau yang tak pernah putus asa. :)

reclick for clear review



Surah amalan sepanjang penyusuan
Untuk menjayakan penyusuan, ibu perlu kuat dari segi mental dan fikizal. Namun penyusuan bukan berkisar kepada hasil tuaian susuibu semata2 tetapi lebih kepada bonding, pembentukan hati dan perasaan si anak berkait rapat dengan emosi ibu semasa menyusukan atau memerah. Maka jom amalkan beberapa surah ini agar hati anak yang terhasil adalah hati yang tawaduk pada Ilahi.

1,Surah Al-Fatihah
- Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2,Surah Maryam
 – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3,Surah Luqman
 – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

4,Surah Yusuf
– Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

5,Surah Hujurat
– Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

6,Surah Yaasin
– untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7,Surah Taubah
– Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

8,Surah an-Nahl
– Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

(Ruj dari Ustazah Siti Nor Bahayah)


SEdikit TIPS HEBAT utk dikongsi
1) Tambahkan kekerapan dan masa mengepam


(2) Menggunakan kaedah double-pumping


(3) Melalui pemakanan


Semoga nie dapat membantu sebar sedikit ibu2 diluar sana . ameen

Dapatkan harga lebih menarik hanya dari saya





JOM DAPAT SPECIAL PRICE DARI SAYA 





JEMPUT LIKE FAN PAGE SAYA
 
 
 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp/SMS : 019-3789778  
   







KEBAIKAN PENYUSUAN IBU KEPADA IBU DAN BAYI

Ayu amat tertarik dengan artikel Shaklee Today Vol 5 ni. Ada banyak info tentang penyusuan..Jadi ayu nak  kongsikan  disini untuk info rakan-rakan yang sedang menyusukan bayi atau berhajat menyusukan bayi anda. Set lengkap ini mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia mengandungi tenaga dan makanan berkhasiat yang memenuhi keperluan nutrien dalam penyusuan bayi. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusukan bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang sedang menyusukan bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan juga ibu.

Multivitamin| Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga bahagian protein berkhasiat tinggi.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusukan bayinya dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusukan bayi anda secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusukan bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium / ostermatrix
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusukan bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan penggembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega-3 lebih banyak di otak. Tambahan pula tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti ganguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

Alfafa
Alfafa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C ,E , kalsium, Zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfafa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Jadi tak mustahil ada ibu yang dapat membuat simpanan  susu ibu. Di samping dapat membekalkan susu ibu kepada bayi, kesihatan ibu turut terjaga dan sentiasa cergas. Ibu sihat anak sihat!..

sumber : Shaklee Today Vol 5|2012


Dapatkan harga lebih menarik hanya dari saya




JOM DAPAT SPECIAL PRICE DARI SAYA 





JEMPUT LIKE FANPAGE SAYA:
 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778  
   






September 05, 2012

TESTIMONI : CEASEREAN TAK MENGHALANG SAYA MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU.

Ramai ibuibu yang runsing jika mereka melahirkan cahaya mata secara pembedahan boleh menghalang mereka daripenyusuan susu ibu. Kali ini ayu hendak kongsikan kisah benar pengamal shaklee yg meahirkan cahaya mata beliau melalui proses pembedahan boleh berjaya dlam penyusuan susu ibu..

TESTIMONI!!!
Saya melalui ceaserean dengan dua anak lelaki saya. Seorang kerana pra matang, dan seorang kerana komplikasi tekanan rahim. Namun syukur mereka berjaya menyusu susuibu melebihi 2 tahun setiap seorang.

Dulu saya hanya seorang surirumah, maka saya hanya bergantung dengan pendapatan suami sahaja. Namun syukurnya sebab suami saya seorang yang prihatin tentang saya dan anak. Anak sulung kami lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah, walau begitu berat dan pembesarannya tidak menunjukkan seperti bayi tak cukup bulan. Doktor kata ia cukup vitamin dan zat.





Walaupun begitu, suami saya memastikan saya cepat sihat dari ceaser dan dapat menyusukan anaknya dengan baik.
Sejak dari mengandung saya dah amalkan beberapa vitamin dan saya amalkan sehingga dalam pantang, penyusuan malah hingga kini.

ESP : agar sel cepat tumbuh dan jahitan tempat luka itu cepat baik. Paling menarik sebab berat badan dua2 anak naik mininum sekilo dan maksimum 2 kilo sebulan sehingga 6 bulan pertama.
Zinc : Sebab kami tak tahu nak beli kat mana ikan haruan, maka digantikan dengan zinc. Memang cepat baik luka jahitan.
Multivitamin : untuk pembesaran anak maklumlah anak kami pre matured baby ditambah saya perlukan zat besi kerana banyak kehilangan darah masa operation.
B com :Ia untuk mengurangkan risiko meroyan.
Vitamin C : Bagus untuk antibodi dan ia sangat perlu untuk proses cepat baik luka.
Kalsium Magnesium : Ia untuk mengelakkan risiko osteoporosis.
Alfalfa : Sebab anak saya kuat menyusu, secara kebetulan kami menemui artikel dalam buku Dr Bruce Miller, alfalfa adalah supplement yang menggalakkan atau mempercepatkan susuibu dihasilkan.

Namun syukurnya berkat istiqamah amalkan vitamin, luka ceaser memang cepat beransur baik. Ditambah saya rasa berbaloi beli bila anak membesar dengan baik sekali. Syukur. ALLAH tahu niat kita, menjaga kesihatan dan ingin menyusukan anak, diberinya kemudahan. Alhamdulillah.

Maka bagi ibu yang bakal melahirkan secara ceaser, jangan risau....makanlah vitamin sejak mengandung agar badan kita cepat sembuh dan mampu menyusukan anak dengan baik sekali.


credit 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778 



September 04, 2012

AIR SUSU IBU

Oleh : Witrie Annisa Buys

''Tidakkah seseorang di antara kamu merasa ridha jika hamil dari benih
suaminya dan suaminya bangga dengan kehamilannya, bahwa wanita tersebut
mendapat pahala sama dengan (pahala) seorang prajurit yang berpuasa ketika
berperang di jalan Allah? Bila wanita tersebut menderita sakit sewaktu
melahirkan, betapa kegembiraan yang dirasakannya yang tak diketahui penghuni
langit dan bumi dengan lahirnya buah hati.'' (HR. Ibnu Atsir)

Dalam riwayat Thabarani dan 'Ibnu Asakir ditambahkan, jika ia melahirkan,
lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap
hisapan dan tegukan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam
(karena melayani bayinya), ia mendapatkan pahala seperti pahala orang
memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.
Wahai Salamah, tahukah engkau siapa yang kami maksud dengan sabdaku ini?
Yaitu perempuan-perempuan yang memelihara dirinya, yang shalihah, yang taat
kepada suaminya, dan mereka tidak mengingkari kebaikan suaminya.

Hadis di atas memberikan kabar gembira kepada ibu hamil dan menyusui bahwa
pengorbanan mereka akan mendapatkan pahala dari Allah. Hamil bagi seorang istri
adalah suatu tugas mulia yang dibebankan Allah kepada dirinya selama caranya
sah. Selama hamil seorang ibu akan merasakan beban berat mulai dari mual,
muntah-muntah, punggung sakit, dan seterusnya, karenanya bila ia dapat
menjalani kehamilan tersebut dengan penuh keridhaan, maka Allah telah
menjanjikan pahala yang tanpa henti baginya selama masa hamil yang panjang itu
seperti orang berpuasa yang tengah berperang di jalan Allah.

Bagi ibu yang bersedia menyusui, Allah juga menjanjikan setiap hisapan dan
tegukan ASI yang diminum oleh sang bayi akan menambah pahala bagi ibunya. Para
ibu juga hendaknya tidak sengaja menolak memberikan ASI dengan alasan demi
menjaga kecantikan atau karena kesibukan kerja sehingga bayinya hanya diberi
susu formula.

Penelitian medis telah membuktikan bahwa ASI memiliki berbagai keunggulan
yang tidak tergantikan dengan susu manapun. Bahkan, agama kita menekankan
pentingnya memberikan ASI kepada buah hati kita. ''Para ibu hendaklah
menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin
menyempurnakan penyusuan.'' (QS Al Baqarah [2]: 233). Air susu ibu adalah
karunia Allah bagi ibu dan bayi. Maka, masihkah kita akan menggantikan karunia
Allah itu dengan jenis minuman lain bagi titipan-Nya pada kita itu?


September 03, 2012

IBU OH IBU , SEDIKIT TIPS PENYUSUAN ANAK!!


Ada banyak perkara yang pada dasarnya perlu kita ambil berat jika kita benar-benar ingin menyusukan anak. Namun bukan semua ibu terutama ibu-ibu yang kurang pendedahan mengenainya mengambil endah perkara yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dilakukan.


Melalui pengalaman saya sendiri serta pengamatan saya sebenarnya untuk menyusukan anak perlulah lahir semasa bayi di dalam kandungan lagi.Persediaan mental dan jasmani sangat-sangat penting. Beberapa amalan yang saya belajar sendiri untuk penyusuan bayi adalah ;

1. Banyakkanlah membaca Al-Quran sepanjang masa. Bukan sekadar mengaji tetapi kita perlu mengkaji. Maksud saya kita perlu tahu atas segala surah dan keperluan surah tersebut dalam kehidupan seharian. Allah menjadikan kita Al-Quran bukan sekadar penghias almari mahupun penghias rumah tetapi bekalan kerohanian sepanjang hayat. Pengisian rohani sangat penting kerana untuk menyusukan anak memang banyak dugaannya. Tidaklah semudah yang disangka. Ia tidak boleh sekadar bergantung dengan niat semata-mata. Ia perlukan usaha ke arah itu.

2. Miliki buku-buku bacaan mengenai bagaimana menjadi ibu yang berjaya menyusukan anaknya... bukan sekadar berjaya dalam kerjaya tetapi berjaya membangunkan sunnah dan agama di dalam keluarga. Saya sendiri mendapatkan banyak info tentang bayi dan penyusuan dari buku-buku yang dijual di kedai buku. Bukulah teman akrab saya. Setelah itu baru saya berjinak-jinak dengan forum penyusuan.

3. Berkawanlah dengan ibu-ibu yang berjaya menyusukan anaknya. Kurangkan pergaulan dengan ibu-ibu yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding anaknya. Golongan ini tidak membantu kita memotivasi untuk terus menyusukan anak sebaliknya mereka akan lebih pro kepada susu formula.

4. Pengambilan supplement digalakkan bagi ibu yang menyusukan anaknya. Ada yang bertanya....mengapa perlu ambil sedangkan saya tidak pernah skip even one meal? Supplement sangat-sangat penting agar badan kita tidak mudah letih. Jika kerjaya seseorang itu memerlukan lebih perhatian dan adakala boleh mengakibatkan keletihan mahupun stress , ini boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.Terlalu memikirkan tentang kuantiti susu ibu juga boleh menjejaskan pengeluaran. Ini kerana ia mengakibatkan perubahan hormon dalam badan dan secara langsung memberi impak yang besar ke atas production susu.

5. Kurangkan mengambil makanan yang boleh menyejukkan urat...antaranya pengambilan makanan dan minuman yang sejuk. Masih saya ingat bidan saya menegur saya memakan coselaw...katanya boleh makan kerana jamah tetapi tidak boleh banyak kerana ia sejuk dan mengakibatkan susu terjejas. Begitu juga dengan pengambilan minuman sejuk yang berais mahupun meminum air yang berkarbonat. Ia boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu mungkin bukan hari ini tetapi esok lusa lambat laun susu ibu akan berkurang.

6. Berurut sekali sekala. Selain memanjakan diri berurut juga membantu pengaliran darah yang lebih lancar. Apabila ini berlaku dengan mudah susu akan mengalir tanpa ada sebarang masalah. Di samping itu mandilah dengan air suam tetapi bukan dengan air sejuk kerana dikhuatiri urat akan sejuk dan seterusnya susu akan kurang pengeluarannya.

7. Pump session bagi ibu yang bekerja dan stok ebm.... sangat penting.Pump session penting agar badan mudah untuk stimulate milk sepanjang ibu bekerja.Stok ebm.... Ianya akan lebih bermanfaat apabila si ibu perlu outstation ataupun berada dalam keadaan tidak sihat bayi akan tetap mendapat susu yang terbaik.

8. Bertawakal dalam segala urusan yang berkait dengan anak. Bermula dengan doa iaitu keperluan kerohanian diikuti dengan keperluan jasmani....kini kita bertawakal. InsyaAllah jika ini terus dipraktikkan, penyusuan susu ibu pasti akan berjaya mencecah 2 tahun! Allah akan bukakan jalan bagi mereka yang ada kemahuan.


Sekiranya ada mana-mana tips yang saya mungkin terlupa untuk dikongsi... bolehlah tambah. Saya juga masih lagi belajar untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778





September 02, 2012

BREASTFEEDING AND SUPPLEMENT

Saya tertarik untuk menulis tentang satu pertanyaan dari seorang ibu yang sudah mempunyai 3 orang anak. Beliau bertanya adakah penting baginya mengambil b complex dan vitamin c sedangkan beliau sudahpun mengambil kedua-dua vitamin ini melalui multivitamin. Beliau mengutarakan pertanyaan ini kerana pada beliau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi amat sukar baginya untuk membeli pelbagai jenis vitamin. Namun yang peliknya pakaiannya sentiasa bertukar ganti setiap bulan tidak pula dikaitkan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi?

Hmmm… jawapan yang saya berikan kepada kakak ini ialah multivitamin mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Namun kerana terdapat beberapa kekangan maka tubuh kita memerlukan lebih vitamin B complex dan vitamin C atas beberapa sebab. Sebenarnya saya sudah menerangkan dalam post saya sebelum ini namun mungkin bukan semua menyedarinya.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin b atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan b complex. Lima kali ganda b complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam Cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin b sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan b complex dengan mudah.

7. Sesetengah sumber b complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.


Manakala kepentingan vitamin C pula :


Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit. Ianya diakatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mandapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit? Saya tidak menjamin anda tidak akan jatuh sakit tetapi saya boleh beritahu anda bahawa badan yang sihat dan mendapat cukup khasiat dapat menjauhi kesakitan dan kelesuan.

Jika anda perlu belanja lebih sedikit untuk makanan tambahan yang berkualiti, saya percaya harganya memadai manfaat yang bakal diperolehi terutama bagi ibu yang menyusukan anaknya!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778






August 05, 2012

CLOGGED DUCT ATAU SALURAN SUSU TERSUMBAT

Syukur alhamdulillah, walaupun 5 Setember ini iman sudah 2 tahun, saya masih rasa lagi seperti mula2 berpantang dulu... saya sebulan dua ini kerap mengalami clogged duct atau erti kata lain saluran susu tersumbat.. Dulu saya ada pumping exclusive mom, tp kini tidak lagi hanya direct breastfeed iman sahaja anytime.. 

Nie gambar terbaru sesi mengepam saya ketika 05/08/2012 jam 2pagi... berjaya kurangkan clogged duct dengan mengepam dan gunakan teknik kosongkan cik b..

re click for large view
 
re click for large view


Jadi disinie ayu nak share cam ner ayu cuba kurangkan clogged duct atau saluran susu ibu tersumbat nie:-


  • (1) Baring/ Lay down on flat surface.
  • (2) Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple. Jika susah buat sendiri, minta bantuan hubby. Urut sampai ada susu terpancut keluar. Sometimes susu tak keluar sebab ada lubang susu tertutup. So, cuba bersihkan lubang nipple dahulu. Bila letak ice pack, kawasan yg sakit/ keras tue akan kurang rasa sakit bila di urut.
  • (3) Bila dah rasa kurang bengkak breast, try to pump sekosong-kosongnya. Maybe try utk dpt 2x let-down.
  • (4) Kalau boleh, sentiasa letak ice pack for the whole day kat breast tue. Even waktu tidur malam pun.
  • (1) Pastikan breast dikosongkan sepenuhnya setiap kali sesi perahan.
  • (2) Jika terasa sakit/ keras di sesuatu area breast yang disebabkan oleh clogged duct, cepat2 kosongkan breast, buat urutan samaada tuam dengan tuala panas ataupun guna "cold method" di atas.
  • (3) Jika cara no. 2 masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu.
  • (4) Supplement yang membantu untuk clogged duct/ mastitis:
  • B-Complex, Vita-C & Lecithin (from kellymom.com)



Harap dapat membantu kalian


DISCLAIMER
*Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit.
 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hubungi saya untuk dapatkannya hari ini. Harga yang sangat menarik !
Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/SMS/Whatsapps: 019-3789778








May 26, 2012

CHECKLIST BILA SUSU SAYA DROP!!!


Bohongla kalau ada ibu yang kata susunya sentiasa banyak tanpa terkurang sedikit pun.Sebagai wanita kita sensitif dengan perubahan sekeliling dan perubahan hormon badan kita. Adakala saya sendiri merasakan susu saya seakan merundum. Namun sebagai ibu kepada dua anak, saya jadikan pengalaman anak pertama sebagai lesson learn. Saya ada checklist saya sendiri untuk membetulkan keadaan yang teranjak.

Checklist saya berbentuk berikut:

Saya akan pastikan saya bertindak mengikut aturan checklist saya demi memastikan production susu saya kembali normal.

1. Saya akan pastikan saya ambil sarapan pagi, beberapa keping roti dan telur atau dimakan bersama air milo sahaja.
2. Makan supplement asas
3. Minum air sebanyak 1.5 litre antara waktu lunch dan minum petang
4. Makan supplement seperti alfalfa-penggalak susu
5. Makan sedikit untuk minum petang walau sebuku roti cream
6. Minum air 1.5 litre antara tea time kepada dinner
7. Makan malam
8. Makan supplement asas
9. Minum air sebanyak 2.0 litre before tidur.

Jika saya mengikut sepenuhnya checklist ni saya pasti susu saya banyak semula sehingga mencurah di pipi iman. Selain dari checklist ini saya pastikan bekalan chocolate, kurma, kismis saya di rumah mencukupi. Apa yang saya pasti ia membantu menstabilkan hormon kasih sayang dan secara langsung susu pun dapat mengalir banyak. Wallahhualam.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/SMS/Whatsapps: 019-3789778






May 25, 2012

TIPS MUDAH UNTUK IBU MENYUSU


Tips mudah nak menjayakan penyusuan susuibu :
Print ayat ini dan tampal pada tempat yang sering anda lihat. Baca dan jadikan ia proses berulang-ulang diucapkan.

"Saya akan berikan anak saya susu saya yang berkhasiat. Saya yakin susu saya banyak dan mencukupi untuk anak saya. Saya akan cemerlang dalam penyusuan untuk anak saya."

Proses mengucapkan ia secara berulang-ulang akan menghantar maklumat kepada minda bawah sedar kita. InsyaALLAH, anda berjaya dengan cemerlang dalam usaha memberi anak anda dengan susuibu yang penuh khasiat dan kebaikan. Namun saya ingatkan, apa yang kita makan adalah apa yang kita salurkan pada anak kita. Maka jangan berdiet atau skip makan, banyakkan minum air, pastikan badan cukup rehat dan elakkan tekanan....insyaALLAH ayat di atas membantu anda untuk lebih berjaya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/SMS/Whatsapps: 019-3789778