Pages

Showing posts with label UMMU MARYAM. Show all posts
Showing posts with label UMMU MARYAM. Show all posts

March 28, 2017

PENGALAMAN ANAK SENDIRI TERTELAN AIR KETUBAN HIJAU

assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kali nie , Mama Ayu nak share pasal kes anak ke empat nie #ummumaryam.

Sebelum tue, Mama Ayu nak pesan setiap orang pengalaman nya tak sama. Ini pengalaman apa yang Mama Ayu alami sendiri, dan Mama Ayu bukan nya doktor atau pakar dalam bab-bab ini. Ada  yang lagi arif dan pakar lagi. 

Cerita nya macam nie, kalau ikutkan due date Mama Ayu ialah pada hari Isnin 6/3/2017. Tapi di sebab kan hari Jumaat 3/3/17 Mama Ayu ada check up ibu hamil kat Salam Shah Alam Specialist Hospital, dan bila doktor scan kata baby dalam perut dah 4kilo. 

baby #ummumaryam masa di NICU

Doktor terus nasihatkan, kiter cuba check yerk kot2 jalan dah terbuka. Sebab kalau tunggu hari Isnin 6/3/17 jugak baby dalam perut akan bertambah besar. Jadi syukur alhamdulillah bila lepas proses VE atau check bukaan Mama Ayu memang dah 4cm.

Terus kena masuk labour room hari Jumaat 3/3/17. Walaupun perasaan berdebar tue ada kan. Tapi nak tak nak kena lalui jugak kan. 
sebelum tue kalau nak tahu lebih lanjut pasal pengalaman bersalin boleh klik kat link di bawah:-

http://nhmi.blogspot.my/2017/03/pengalaman-bersalin-anak-ke-empat.html
Ok jom sambung balik entry...

Macam biasa dah kat labour room, first doktor akan buat CTG kat perut nak tengok bacaan jantung baby dan tengok tahap contractions si ibu kan.

Lepas tue proses pecah air ketuban. Malang nya, air ketuban Mama Ayu dah bertukar colour hijau. Maksud nya baby dah start membuang di dalam perut dan sangat bahaya jika di biarkan baby lama dalam perut. 

Doktor kata biasa bila air ketuban dah hijau. Bacaan jantung baby tak cantik dan bukaan lambat pihak doktor akan terus kan dengan kelahiran secara pembedahan. 

Tapi nak di jadikan cerita, di nama kan rezeki Mama Ayu ,bacaan jantung baby cantik dan doktor baru check bukaan Mama Ayu pukul 4.30petang tapi pukul 5.06petang dah selamat bersalin. Masa nie syukur alhamdulillah sangat2 sebab Mama Ayu tak pernah lalui proses kelahiran secara pembedahan. 

Betul apa orang kata, bila kiter fikir yang baik-baik, maka baik lah jadi nya. Tapi semua nya dengan izin Allah S.W.T , aturan yang terbaik hanya dari Allah S.W.T

Biasa kalau lepas bersalin, baby akan sentiasa ada sebelah si Ibu kan. Malang nya si baby #ummumaryam anak Mama Ayu nie ,dah tertelan air ketuban hijau tue dan sangat bahaya jika lambat amik tindakan dan takut kuman merebak ke kawasan paru-paru. Pernafasan baby #ummumaryam nie pun tak cantik. Sebab abis semua hidung termasuk air ketuban.

Jadi baby di masukkan segera ke NICU dan di pantau oleh nurse khas. Satu baby satu nurse yang akan pantau untuk tengok bacaan pernafasan baby dan sebagai nya. Baby  Mama Ayu duduk NICU 2 malam. So bila waktu menyusu memang nurse akan jemput Mama Ayu di ward untuk ke NICU susukan baby.

Di sebab kan baby kena tahan, baba pun tak bagi Mama Ayu balik. Sebenarnya,Mama Ayu dah boleh keluar wad dah pada hari Sabtu 4/3/17 tapi di lanjut kan bermalam di wad sampai 7/3/17. Tapi kenang kan nak menyusu kan baby, baba suruh Mama Ayu duduk jerk hospital. 

Apa tindakan doktor pakar kanak-kanak akan laku kan bila baby tertelan air ketuban hijau.

1. Doktor akan buat imbasan x-tray untuk tengok berapa peratus kuman yang masuk ke paru-paru. Kes baby #ummumaryam nie syukur alhamdulillah sikit jerk peratus nya. Mama Ayu tak ingat berapa dah doktor cakap hari tue.

2. Doktor akan amik sample darah baby sikit nak detect sama ada jangkitan kuman atau tak. Dan sekali jalan check jaundis jugak.

3. Doktor akan on antibiotik selama 5 hari.
Ramai tanya Mama Ayu kenapa baby boleh membuang awal dalam kandungan walaupun belum sampai due date atau dah ter over due lagi.

Ok, Mama Ayu sendiri pun takde jawapan untuk soalan tue. Tapi Mama Ayu boleh share sebar sedikit kat bawah nie. 

Hasil dari pembacaan dan gali ilmu sedalam yang mungkin, jika warna air ketuban tersebut berwarna hijau,

Petanda apakah itu? 

Ada beberapa faktor yang memang menyebabkan air ketuban berwarna hijau, di antaranya iaitu seperti berikut:

*Infeksi
*Hamil lewat waktu
*Gangguan pada janin (tekanan)

Air ketuban ini boleh saja terinfeksi jika sudah lama ketuban tersebut pecah dan tidak segera dilakukan tindakan proses kelahiran, sehingga banyak kuman yang masuk kedalam ketuban tersebut. Dan hal ini pastinya boleh mengganggu keadaan bayi yang memang masih berada di dalam rahim.

Jadi dalam kes baby #ummumaryam nie mungkin di sebabkan oleh tekanan atau kata senang baby stress kot. Tapi entahlah Mama Ayu tak pasti. Janji semua nya selamat dan di permudahkan.

Syukur alhamdulillah, baby Mama Ayu duduk NICU 2 hari jerk (Jumaat 3/3/17 - Sabtu 4/3/17). Lepas tue hari Ahad 5/3/17 hingga Selasa 7/3/17 dah duduk wad kanak2 dengan Mama Ayu sekali. 

Oh ya hari Sabtu Mama Ayu dah keluar wad bersalin terus tukar ke wad kanak-kanak. Masa nie dah lega sangat2 sebab baby dah ada dengan kiter.

Bila dah boleh balik rumah, makna nya baby kiter dah ok dah. Cuma biasa lah bahagian idung tue tersumbat kesian tau bila nak bersihkan hidung baby. Takut di buat nya ,cuma buat perlahan2 proses pembersihan tue. 

Syukur Alhamdulillah baby #ummumaryam dah ok dah.

Apa yang Mama Ayu nak pesan, sebagai ibu kiter jangan panik gelabah tak tentu pasal tau. Serahkan pada yang arif dan fikirkan yang baik-baik.

Waduh-waduh sejak akhir nie, panjang lebar pulark entry Mama Ayu. Maafkan yerk harap korang tak jemu nak baca blog "EFB"

apa yang di share kan dalam blog ini, ada lah berdasar kan pengalaman sendiri sahaja. mungkin setiap orang tak sama apa yang mereka lalui.

jika rasa perkongsian ini bermanfaat,  syukur alhamdulillah sangat-sangat.

Terima kasih banyak tau sebab kalian sudi singgah dan membaca  di "Eijam's Family Blog"




March 11, 2017

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE EMPAT UMMU MARYAM

assalammualaikum dan salam sejahtera.

pertama sekali syukur alhamdulillah sebab Mama Ayu dah selamat melahirkan anak yang ke empat pada hari Jumaat 3 March 2017 tepat pukul 17.06 pm.. 

Walaupun masih tak percaya anak dah empat tau.. apa-apa pun syukur alhamdulillah rezeki Allah S.W.T kurniakan buat kami suami isteri.. ameen 

hospital pilihan kali ini, ialah Shah Alam Specialist Hospital (SALAM). Kenapa pilih bersalin kat SALAM disebab kan doktor yang sama masa bersalin anak ketiga di Pusat Bersalin Barakah tahun 2013  nanti lepas cerita entry pengalaman bersalin , Mama Ayu buat review pasal SALAM hospital nie ok..
ok jom start tulis entry pasal pengalaman bersalin ke empat nie.. 

Jeng.. Jeng..Jeng.. 

Macam biasa, anak2 Mama Ayu memang terkenal dengan jenis yang lambat keluar dari perut kikiki..
Anak pertama:- 40 weeks 5 days
Anak kedua :- 39 weeks ngam
Anak ketiga :- 41 weeks 7 days
Anak keempat:- 39 weeks 5 days

ada sebab kenapa anak ke empat nie bersalin pada 39 weeks 5 days bersamaan hari Jumaat 3 March 2017 nie..macam biasa, hari tue normal check up, kalau ikutkan mood Mama Ayu malas nak datang check up dah kat SALAM nie.Sebab ingat sakit baru jerk terus ke hospital.Lagi pun Mama Ayu tak pernah miss check up di klinik kesihatam jugak. 

masa sesi menunggu giliran appointment Mama Ayu sempat update status di instagram direct link terus ke facebook..entah kenapa berdebar sangat dan berdoa semasa check up nanti terus buka 6 cm.. sebab tak larat dah nak bawa perut kikkikiki

Sekali tergerak hati nak pergi jugak check up kat SALAM nie pada hari Jumaat 3 March 2017, nasib baik suami minta tolong adik die drive kan bawa Mama Ayu check up. Kalau tak tak tahu lah.

Jumaat 3 March 2017
********************

9.00 pagi
Appointment dengan doktor, macam biasa doktor akan scan, sekali doktor terkejut bila scan perut baby estimate berat dah 4kg okay.. 

Doktor:- awak xde rasa sakit ke?

Mama Ayu:- xde pun doktor..

Doktor:- awak dah 39 weeks 5 days, baby pun besar nie risiko nak bersalin normal nie. bagi saya check jalan dulu.. kot2 buka dah ke..

Mama Ayu:- okay lah klu itu yang doktor rasa terbaik. 
proses VE pun bermula

Doktor:- awak dah 4cm nie.. kena masuk labour room nie .. baby besar ada risiko klu tunggu... tapi saya doakan urusan awak di permudahkan dan dapat bersalin normal..

Mama ayu:- hah, alamak doktor boleh tak saya balik dulu rumah tunggu suami..

Doktor:- saya nasihatkan jangan.. sebab hari nie jumaat jalan jem.. awak duduk Klang takut nak patah balik SALAM tak sempat. 

Mama ayu:- oklah bagi saya pergi makan dulu boleh tak doktor.

Doktor:- ok awak pergi jalan2 dulu, makan lepas tue terus buat deposit terus naik labour room nanti jumpa saya balik..

syukur alhamdulillah, apa yang di doakan dimakbulkan oleh Allah S.W.T, dah buka 4 cm dah.. terus macam tak percaya. Mama Ayu dah nak bersalin rupanya..
buat ibu-ibu hamil di luar sana, Mama Ayu saran kan amalan kan tips nie masa tunggu saat nak melahirkan. In Sha Allah dengan izin-NYA dipermudahkan urusan. Oh ya, teknik pernafasan yang betul jugak  perlu tau.

11.00 pagi 
Punyalah lama duduk dalam bilik doktor pukul 11 pagi baru keluar..Masa nie pergi kedai mamak sebelah ingat nak makan ngan adik ipar dan #dhiazulaikha puteri ketiga.. Sekali rasa tak selesa sebab buat VE tadi kan.. 

masa nie dah suruh baba balik keja half day sebab nak bersalin dah kan kikikiki.. baba terkejut hokey.. nasib pergi check up baba kata.. 

Mama Ayu beli nasi beriani bungkus dan milo ais kaw kikikiki.. sebab nak teran baby kan..

12.00 tengah hari
datang balik SALAM buat deposit, nasib ada adik ipar die bayarkan deposit dulu sebab Mama Ayu lupa bawa card yang baba kasi  boleh pulark teetinggal kat rumah okay..

1.00 petang
terus naik labour room, terus buat ctg.. sementara tue minta adik ipar balik bawa #dhiazulaikha sekali pergi amik si anak sulong #ainaumairah dan kak ngah #imansumaiyyah sebab hari Jumaat diorang balik awal kul 12.00 pm tapi terlambat sikit takpe. Klu hari isnin sampai khamis tak kisah sebab diorang balik kul 3.30pm. Tue sebab jumaat kelam kabut sikit. Nasib ada adik ipar .. urusan kan anak2 buah siap bagi makan siap2 sementara nak tunggu baba balik amik diorang kat rumah pulark.. 


paksu diorang siap bagi diorang lunch dulu.. nasib ada pak sue.. lega hati Mama Ayu nak berjihad bersalin kan baby

2.00 petang
lepas ctg, nurse2 kat labour room tanya.. 

nurse:- puan nak makan kat labour room ke ,kat wad ?

mama ayu:- klu nak makan kat wad boleh tak, sebab klu boleh tak nak bersalin lagi.. nak tunggu suami akak sampai dulu.

nurse:- macam nie, puan makan kat ward lepas makan datang balik labour room.

mama ayu:- ok boleh lah..

2.30 petang
dah masuk labour room, tukar baju pink, baring sambung ctg balik, berdebar-debar okay sebab tak tahu lah apa nasib.. 

macam-macam fikir, tapi fikir yang baik2 dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan..
doktor pun naik labour room pecahkan air ketuban.. tapi sayang nya.. baby dah terbuang najis dalam perut, air ketuban dah berwarna hijau. doktor cakap nasib dah buka 5 cm.. saya turun dulu lah sebab ada klinik nak periksa ibu2 hamil yang lain..

doktor target malam nanti awak bersalin In Sha Allah..

so mama ayu pun tunggu lah waktu kemuncak..  sambil tengok jam kat labour room, nurse offer nak buka tv pun mama ayu tak nak kikkikii

3.30 petang
baba pun sampai terus teman mama ayu dalam labour room. mama ayu sempat lah borak2 ngan baba.. sambil berzikir dalam hati supaya jalan cepat terbuka.. 

masa nie baru sakit yg boleh tahan lagi lah.. cuma bila bacaan sakit tue cecah 100 sekali sekala mama ayu terdiam.

4.30 petang
masa nie sakit tahap apa ntah.. tapi ada baba dan nurse tenang kan..

5.06 petang waktu kemuncak
mama ayu tengah menahan sakit, tapi kali nie rasa sakit yang boleh di kawal, mama ayu amalkan teknik penafasan dan fikir yang best2 jerk..

sekali nurse datang nak betulkan selimut kat kaki..sebab baru 5 cm kan.. sekali nurse selak jerk selimut kepala baby dah terkeluar.. 

nurse:-  *menjerit* puan oh puan tak sedar ke kepala baby dah keluar.

mama ayu:- hah tak sedar masa nie baby dah terkeluar abis dah.. dengar baba cakap syukur alhamdulillah..
doktor pun tak sempat nak naik.. so nurse yang sambut.. 

lahirlah baby girl kami yang ke empat..

nurse dan doktor terkejut sebab baby 3.9 kilo dan boleh bersalin normal..

Puteri ke empat " SAIDATULNISSA UMMU MARYAM"

masa nie mama ayu rasa lega sangat.. lepas tue terus kepenatan mamai nak tido ..
baba jerk yang borak ngan doktor.. masa proses nak tengok luka , nasib baik tak koyak tau..

syukur alhamdulillah Allah mudahkan urusan bersalin kali ke empat nie.. 

THROWBACK;-

Pengalaman Bersalin ;-

Puteri Pertama;- tengah cari link tak jumpe... kiki.. nanti edit balik kikiki



oklah rasa dah panjang lebar entry nie.. nanti mama ayu sambung lagi sebab ada pengalaman baby dah tertelan air ketuban hijau yang bernajis tue.. 

terima kasih banyak tau sebab kalian sudi singgah dan membaca  di "Eijam's Family Blog"
