Pages

Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

March 28, 2017

PENGALAMAN ANAK SENDIRI TERTELAN AIR KETUBAN HIJAU

assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kali nie , Mama Ayu nak share pasal kes anak ke empat nie #ummumaryam.

Sebelum tue, Mama Ayu nak pesan setiap orang pengalaman nya tak sama. Ini pengalaman apa yang Mama Ayu alami sendiri, dan Mama Ayu bukan nya doktor atau pakar dalam bab-bab ini. Ada  yang lagi arif dan pakar lagi. 

Cerita nya macam nie, kalau ikutkan due date Mama Ayu ialah pada hari Isnin 6/3/2017. Tapi di sebab kan hari Jumaat 3/3/17 Mama Ayu ada check up ibu hamil kat Salam Shah Alam Specialist Hospital, dan bila doktor scan kata baby dalam perut dah 4kilo. 

baby #ummumaryam masa di NICU

Doktor terus nasihatkan, kiter cuba check yerk kot2 jalan dah terbuka. Sebab kalau tunggu hari Isnin 6/3/17 jugak baby dalam perut akan bertambah besar. Jadi syukur alhamdulillah bila lepas proses VE atau check bukaan Mama Ayu memang dah 4cm.

Terus kena masuk labour room hari Jumaat 3/3/17. Walaupun perasaan berdebar tue ada kan. Tapi nak tak nak kena lalui jugak kan. 
sebelum tue kalau nak tahu lebih lanjut pasal pengalaman bersalin boleh klik kat link di bawah:-

http://nhmi.blogspot.my/2017/03/pengalaman-bersalin-anak-ke-empat.html
Ok jom sambung balik entry...

Macam biasa dah kat labour room, first doktor akan buat CTG kat perut nak tengok bacaan jantung baby dan tengok tahap contractions si ibu kan.

Lepas tue proses pecah air ketuban. Malang nya, air ketuban Mama Ayu dah bertukar colour hijau. Maksud nya baby dah start membuang di dalam perut dan sangat bahaya jika di biarkan baby lama dalam perut. 

Doktor kata biasa bila air ketuban dah hijau. Bacaan jantung baby tak cantik dan bukaan lambat pihak doktor akan terus kan dengan kelahiran secara pembedahan. 

Tapi nak di jadikan cerita, di nama kan rezeki Mama Ayu ,bacaan jantung baby cantik dan doktor baru check bukaan Mama Ayu pukul 4.30petang tapi pukul 5.06petang dah selamat bersalin. Masa nie syukur alhamdulillah sangat2 sebab Mama Ayu tak pernah lalui proses kelahiran secara pembedahan. 

Betul apa orang kata, bila kiter fikir yang baik-baik, maka baik lah jadi nya. Tapi semua nya dengan izin Allah S.W.T , aturan yang terbaik hanya dari Allah S.W.T

Biasa kalau lepas bersalin, baby akan sentiasa ada sebelah si Ibu kan. Malang nya si baby #ummumaryam anak Mama Ayu nie ,dah tertelan air ketuban hijau tue dan sangat bahaya jika lambat amik tindakan dan takut kuman merebak ke kawasan paru-paru. Pernafasan baby #ummumaryam nie pun tak cantik. Sebab abis semua hidung termasuk air ketuban.

Jadi baby di masukkan segera ke NICU dan di pantau oleh nurse khas. Satu baby satu nurse yang akan pantau untuk tengok bacaan pernafasan baby dan sebagai nya. Baby  Mama Ayu duduk NICU 2 malam. So bila waktu menyusu memang nurse akan jemput Mama Ayu di ward untuk ke NICU susukan baby.

Di sebab kan baby kena tahan, baba pun tak bagi Mama Ayu balik. Sebenarnya,Mama Ayu dah boleh keluar wad dah pada hari Sabtu 4/3/17 tapi di lanjut kan bermalam di wad sampai 7/3/17. Tapi kenang kan nak menyusu kan baby, baba suruh Mama Ayu duduk jerk hospital. 

Apa tindakan doktor pakar kanak-kanak akan laku kan bila baby tertelan air ketuban hijau.

1. Doktor akan buat imbasan x-tray untuk tengok berapa peratus kuman yang masuk ke paru-paru. Kes baby #ummumaryam nie syukur alhamdulillah sikit jerk peratus nya. Mama Ayu tak ingat berapa dah doktor cakap hari tue.

2. Doktor akan amik sample darah baby sikit nak detect sama ada jangkitan kuman atau tak. Dan sekali jalan check jaundis jugak.

3. Doktor akan on antibiotik selama 5 hari.
Ramai tanya Mama Ayu kenapa baby boleh membuang awal dalam kandungan walaupun belum sampai due date atau dah ter over due lagi.

Ok, Mama Ayu sendiri pun takde jawapan untuk soalan tue. Tapi Mama Ayu boleh share sebar sedikit kat bawah nie. 

Hasil dari pembacaan dan gali ilmu sedalam yang mungkin, jika warna air ketuban tersebut berwarna hijau,

Petanda apakah itu? 

Ada beberapa faktor yang memang menyebabkan air ketuban berwarna hijau, di antaranya iaitu seperti berikut:

*Infeksi
*Hamil lewat waktu
*Gangguan pada janin (tekanan)

Air ketuban ini boleh saja terinfeksi jika sudah lama ketuban tersebut pecah dan tidak segera dilakukan tindakan proses kelahiran, sehingga banyak kuman yang masuk kedalam ketuban tersebut. Dan hal ini pastinya boleh mengganggu keadaan bayi yang memang masih berada di dalam rahim.

Jadi dalam kes baby #ummumaryam nie mungkin di sebabkan oleh tekanan atau kata senang baby stress kot. Tapi entahlah Mama Ayu tak pasti. Janji semua nya selamat dan di permudahkan.

Syukur alhamdulillah, baby Mama Ayu duduk NICU 2 hari jerk (Jumaat 3/3/17 - Sabtu 4/3/17). Lepas tue hari Ahad 5/3/17 hingga Selasa 7/3/17 dah duduk wad kanak2 dengan Mama Ayu sekali. 

Oh ya hari Sabtu Mama Ayu dah keluar wad bersalin terus tukar ke wad kanak-kanak. Masa nie dah lega sangat2 sebab baby dah ada dengan kiter.

Bila dah boleh balik rumah, makna nya baby kiter dah ok dah. Cuma biasa lah bahagian idung tue tersumbat kesian tau bila nak bersihkan hidung baby. Takut di buat nya ,cuma buat perlahan2 proses pembersihan tue. 

Syukur Alhamdulillah baby #ummumaryam dah ok dah.

Apa yang Mama Ayu nak pesan, sebagai ibu kiter jangan panik gelabah tak tentu pasal tau. Serahkan pada yang arif dan fikirkan yang baik-baik.

Waduh-waduh sejak akhir nie, panjang lebar pulark entry Mama Ayu. Maafkan yerk harap korang tak jemu nak baca blog "EFB"

apa yang di share kan dalam blog ini, ada lah berdasar kan pengalaman sendiri sahaja. mungkin setiap orang tak sama apa yang mereka lalui.

jika rasa perkongsian ini bermanfaat,  syukur alhamdulillah sangat-sangat.

Terima kasih banyak tau sebab kalian sudi singgah dan membaca  di "Eijam's Family Blog"




July 26, 2016

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 2016

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar semua buat pembaca yang masih setia bersama Eijam's Family Blog.. Lama sungguh blog ini terbiar.. Sebelum mama ayu teruskan menulis, Mama ayu wakil dari Eijam's Family Blog nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang masih sudi singgah di blog yang bersawang ini..

Memandangkan kiter semua masih lagi di bulan Syawal, Mama Ayu ingin mengucapkan jugak

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

jika selama ini dalam tulisan blog ini banyak tersalah, menyinggung perasaan kalian pembaca. Mama Ayu dan family ini hanya insan kerdil yang banyak lakukan kesalahan.. Mohon Maaf ya.. 😭😭😭😭😭

Mama ayu dan keluarga sekarang nie masih macam biasa. Jika di halaman blog tidak active, mama ayu masih active di facebook dan instagram.. 

Oh ya masih ramai yang tanya Mama Ayu masih active dengan Shaklee ke??

Jawapan nya ya , Mama Ayu masih active, cuma masa tempoh suami accident dan waktu recover kesihatan beliau Mama Ayu slow down sikit. Sekarang nie Mama Ayu baru ligat sikit ... In Sha Allah klu ada rezeki tak kemana. Itulah sumber rezeki Mama Ayu sejak jadi suri rumah. 😀😀😀

Tentang tahap kesihatan suami yang accident tempoh hari. Syukur Alhamdulillah beliau makin sihat dan masih under fisioterapy lagi..  Apa2 syukur sangat2 sebab suami masih mampu berjalan walaupun dah tak normal macam dulu lagi ada kecacatan kekal. Oh ya Mama Ayu akan update new entry macam2 nak share tentang pengalaman sepanjang suami sakit.. In Sha Allah dalam waktu terdekat ini.

Yang pasti Mama Ayu dan anak2 tak kisah sebab Allah S.W.T masih beri peluang untuk kami masih bersama..

Akhir kata sampai disinie untuk entry kali ini.. In Sha Allah lepas nie akan Mama Ayu teruskan menulis secara kerap di Eijam's Family Blog.

September 08, 2015

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAMA AYU , DHIA ZULAIKHA KE 2 TAHUN DAN IMAN SUMAIYYAH 5 TAHUN


Assalammualaikum dan Sejahtera


Entry kali ini, kiter lupakn seketika cerita kes kemalangan suami. Masih ingat lagi sesi bercerita dengan suami pada akhir tahun lepas..

SUAMI:- YANG, TAHUN 2015 TAHUN YANG PENUH MENCABAR.
MAMA AYU:- KENAPA, YERK LAH KOS HIDUP MAKIN TINGGI, APRIL 2015 ADA GST   LAGI 
SUAMI: HARAP KITER MAMPU DAN KUAT HADAPI CABARAN SAMA-SAMA...
MAMA AYU: IN SHA ALLAH, ALLAH S.W.T KAN ADA BERSAMA KITER ..

Bulan January kami lakukan rutin macam biasa, Tup..Tup..Tup bulan February suami terlibat dalam kemalangan. Dan memang betul jangkaan suami yang tahun 2015 memang mencabar bagi kami sekeluarga.

Kiter lupakan kisah kemalangan, nanti mama ayu akan sambung di entry yang akan datang, macam-macam nak di sharekan kepada pembaca setia blog EIJAM'S FAMILY ini.

Bulan March 2015 
mama ayu punya bulan kelahiran, tiada apa yang menarik, tiada sambutan sebab kami sekeluarga berada di PUSRAWI teman kan suami tercinta.. lama kan suami tinggal di wad dari hari kemalangan 4 February 2015 -  4 March 2015 sebulan di tahan dalam wad. Cuma pada 1 March 2015, mak mertua, adik ipar dan isteri beliau datang melawat suami .. Tanpa disangka mak mertua punya lah baik hati, masakkan kami sekeluarga  pulut kuning, kari ayam dan rendang daging. Terharu sangat masa ini, menangis dibuat nya. 

Mama ayu saja turun lobby beli rainbow cake nie kat bakery PUSRAWI, saja bagi anak2 gembira.

oklah dah abis cerita birthday mama ayu, so sekarang kiter sambung ke birthday puteri-puteri mama ayu..

Bulan May 2015
20 May 2015, hari  kelahiran puteri ketiga mama ayu , biasa jugak tiada sambutan yang meriah jugak sebab keadaan suami yang terhad. So kami anak beranak sangat memahami, mama just belikan #saidatulnissadhiazulikha cake sahaja makan kat rumah.. mama ayu sempat lah update status di facebook ..


ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN DHIA ZULAIKHA
ALLAH SELAMAT KAN KAMU 


Bulan September 2015   
5 September 2015, hari kelahiran puteri kedua mama ayu pulark,  Tahun ini #saidatulnissaimansumaiyyah diberi kesempatan buat majlis potong cake di tadika beliau. Mama ayu cuba tunaikan kehendak anak sebab masa zaman puteri yang pertama #saidtulnissaainaumairah pun zaman kak long tadika buat majlis di tadika untuk 5 dan 6 tahun. Kali ini, giliran kak ngah pulark. 

Bukan apa, bagi anak-anak rasa gembira dan kawan mereka pun tumpang gembira sekali. Majlis potong cake di sekolah ini bukan acara wajib pun, cuma jika kiter sebagai ibu bapa ini berkemampuan tak salah sekali sekala nak ada kan majlis tersebut. Apa yang penting keikhlasan. 


ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN IMAN SUMAIYYAH
ALLAH SELAMAT KAN KAMU 


Jom kiter layan gambar sekitar majlis potong cake di tadika, mama ayu terlupa nak bagi mualimah camera, so gambar 2 di tadika atas ihsan dari mualimah #saidatulnissaimansumaiyyah.. kemain lagi anak mama ayu tersenyum

Sebenar nya xde tema pun , cuma cake tue #saidatulnissaimansumaiyyah nak tema frozen, mama ayu order cake rainbow dan deko frozen jerk.. Mama ayu order dengan kak rosilawati, kebetulan mama ayu teringin jugak makan cake cheese leleh tsunami kak ros nie buat, terus order jerk sekali cake anak ..



Untuk mereka yang ingin atau sangat cintakan cake cheese leleh tsunami  , mama ayu cadangkan kalian boleh lah membuat tempahan ngan kak ros nie. Tapi kalian kena kena pick up sendiri lah, sebab kak ros ini xde buat delivery service. Cake yang dibuat oleh kak ros ini memang cantik dan sedap. Gerenti kalian puas hati..




Oh ya, kak ros ini baker yang berada di klang, area beliau tepi sungai.. senang jerk nak cari rumah beliau masa mama ayu nak pick up cake hari tue.. Jadi jika anda warga klang dan sukakan kan cake cepat..cepat contact kak ros okay... Rugi kalau tak cuba, In Sha Allah nanti mama ayu nak ulang order lagi cheese leleh tsunami yang lemak sedap berkrim tue.. nikmat di makan ketika sejuk okay..

TERLELEH KAN

Cerita tentang cake kiter tutup, kang asyik ingat nak makan jerk.. Jom kiter cerita tentang goodie bag. Mama ayu sediakan 100 pax goodies bag untUk kekawan #saidatulnissaimansumaiyyah untuk sesi pagi, sebab #saidatulnissaimansumaiyyah sesi pagi dan 10pax  goodies bag  untuk mualimah-mualimah. 

Seronok budak2, senyum memanjang dapat goodies bag.. dalam goodies bag tue mama ayu sediakan seperti gambar dibawah, sekali sekala boleh lah makan jajan kalau selalu tak boleh tak bagus untuk budak.. ada corntoz, air tin, cake roll, lolipop dan bola ..
Alhamdulillah dapatkan laksana majlis potong cake di sekolah #saidatulnissaimansumaiyyah , harap mereka yang terlibat berpuas hati.

Tiada apa yang mama ayu harapkan, cuma sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan cahaya mata mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat.

Besar dah anak-anak mama ayu.. Sedihnya sekejap jerk dah membesar..

Tamat sudah entry kali ini..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA BLOG EIJAM'S FAMILY.. SAYANG KORANG





September 07, 2015

THROWBACK KEMALANGAN PART 1:- SUAMI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA 4 FEBRUARY 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya, tak tahu bagaimana nak mula cerita tentang kemalangan ini. Tapi yang pasti amat panjang dan akan ada ber entry-entry.

Entry pertama ini, mama ayu just update bagaimana mama ayu tahu yang suami terlibat dalam kemalangan..Rata-rata kawan di facebook dan Instagram tahu tentang kemalangan ini, sebab mama ayu update from time to time. Cuma hari ini baru berkesempatan nak ceritakan di blog EIJAM'S FAMILY..

4 February 2015  - KEMALANGAN BERLAKU
hari ini macam hari-hari yang lain, mama ayu , suami dan anak2 bangun pagi tunaikan solat subuh dan bersiap. Suami siap2 nak ke tempat keja , jarak perjalanan rumah ke tempat bekerja ialah KLANG-KUALA LUMPUR. Sebelum pergi bekerja, memang xtvt harian suami akan hantar puteri-puteri kesayangan ke sekolah dahulu. Selesai semua baru bergerak ke tempat kerja.

Nak dijadikan cerita, macam biasa kalau suami selamat spai office , suami akan whatsapp mama ayu. hari ini mama ayu pun sibuk, suami pun sibuk sebab cuti lama bersambung cuti hujung minggu dan di sambung dengan public holiday hari wilayah dan lagi satu public holiday tak ingat apa ke nama nya cuti tue..

Mama ayu pun lakukkan macam rutin biasa pukul 1 petang keluar ambil anak kedua #saidatulnissaimansumaiyyah balik sekolah ... sementara nak on da way pergi amik anak pertama #saidtulnissaainaumairah balik pukul 4 petang, mama ayu terima call dari nombor yang tak dikenali. Biasa mama ayu memang jenis jarang angkat nombor tak kenal, walaupun mama ayu jual shaklee, biasa client baru mereka akan whatsapp dahulu. Entah kenapa hari tue tergerak nak jawap call.. dan masih tak boleh lupa sesuatu situasi jawap call tersebut.

HAMBA ALLAH: ASSALAMMUALAIKUM, NIE PUAN HIDAYU KE?
MAMA AYU: YERK SAYA..
HAMBA ALLAH: SAYA KAWAN SUAMI PUAN, HARAP PUAN BERSABAR..
MAMA AYU: KENAPA YERK..
HAMBA ALLAH: SUAMI PUAN ACCIDENT. KAKI SUAMI PUAN YANG TERUK..
MAMA AYU: TERDIAM,TERKELU.. ADA DIHOSPITAL MANA.. (sambil menangis)
HAMBA ALLH:- PUSRAWI


STATUS YANG DI UPDATE SELEPAS TAHU TENTANG KEMALANGAN SI SUAMI

 Lepas jerk  jawab call tue, terus cuba call suami banyak kali tapi tak dapat.. memandangkan anak pertama #saidtulnissaainaumairah hampir balik sekolah, mama ayu tunggu dalam kereta tepi jalan sekolah menangis dan tak putus2 doakan suami tercinta. Masa nie dalam kereta ada anak kedua #saidatulnissaimansumaiyyah dan anak ketiga #saidtulnissadhiazulikha sama-sama menangis.. Anak pertama #saidtulnissaainaumairah pun masuk kereta tercenggang kenapa mama dan adik2 nangis, die pun turun sama nangis selepas mama ayu bagi tahu apa yang berlaku pada baba mereka. 

Mama ayu terus drive cepat-cepat balik rumah pack apa yang patut, sebab KLANG-KL bukan dekat jarak nya. Masa tengah pack barang adik ipar sampai di rumah. Adik ipar risau dan takut mama ayu drive macam orang giler dengan anak-anak, adik ipar drive kan untuk kami berempat. Memandang dah petang kami bertolak dari klang. Orang mula balik kerja, jalan pun bertambah jem. Pukul 8 malam baru kami spai PUSRAWI.

Masa mama ayu jumpe suami tengok keadaan suami hanya Allah S.W.T tahu perasaan mama. Luluh hati seorang isteri dengan keadaan anak-anak menangis tak henti2. Masa sampai PUSRAWI nasib ada kawan suami teman kan beliau. Mama ayu xsempat tengok keadaan sebenar luka yang suami alami. Tapi mama ayu cuba terangkan apa yang doktor explain.

TEMPAT KEJADIAN:- 
BELAKANG OFFICE SUAMI, SUAMI BARU BALIK DARI BANK DAN NAK PERGI LUNCH, TAPI SAYANG SUAMI TAK SEMPAT MAKAN.

BAGAIMANA BERLAKU:-
SUAMI DILANGGAR OLEH PEMANDU VAN DAN TERSEPIT TENGAH2 DI ANTARA VAN DAN ESTIMA.

KECEDERAAN:- 
KAKI KANAN AGAK TERUK, TUMIT KAKI TERKOYAK, SALUR DARAH DAN NADI ROSAK, DUA JARI KAKI TULANG PATAH DAN DUKU LALI TERLARI DARI KEDUDUKAN ASAL.

Pada mulanya doktor nak tolak kes suami ke gomen hospital, sebab atas nasihat doktor kos rawatan suami  tinggi dan suami akan keluar masuk OT beberapa kali kalau suami di rawat di PUSRAWI dan GL kelulusan yang lambat approval nya, itu yang merisaukan doktor. Tapi mama ayu berkeras  bayar deposit dahulu dalam angaran 2k untuk pihak PUSRAWI bagi meneruskan rawatan pada suami, sebab kenapa mama ayu berkeras sebab mama ayu yakin semua akan dipermudahkan dan insurance biasalah untuk perlepasan GL memang lambat. Mama ayu cakap ngan doktor xpe, mohon doktor  proceed jerk rawatan di PUSRAWI. Selepas selesai perbincangan ngan doktor, suami di tolak masuk Opertion Room. 





Perasan tak selepas ambil anak2 balik sekolah terus ke PUSRAWI, baru mama ayu teringat anak-anak belum jamah sedikit pun makanan, kami anak- beranak jamah apa sahaja yang berada di koperasi PUSRAWI. Sementara tunggu suami di dalam OT, mama ayu melayan anak2 yang menangis kat lobby. Pihak PUSRAWI minta mama ayu dan anak2 tunggu di wad. Tapi hari tersebut wad bilik single penuh, jadi suami dapat wad 4 katil jadi takkan mama ayu nak biar anak-anak mama ayu menangis2 ganggu pesakit lain. Maka kami tunggu di lobby sahaja.

Alhamdulillah operation pertama selesai, memandang kan suami dapat wad 4 katil atas faktor wad penuh, mama ayu dan anak-anak tidak di benarkan tunggu suami. Nasib baik adik ipar ambil mak mertua di banting, untuk teman kan suami. Suami perlu di teman seseorang walaupun beliau berada sementara di wad 4 katil, sebab doktor nk pantau sama ada kaki suami masih berfungsi atau tidak.

Suami kelihatan amat pucat sebab kehilangan banyak darah dan tak sempt jamah apa-apa pun sebab tak sempat nk lunch terus terlibat dalam kemlangan. Suami minta mama ayu balik bawa anak-anak rehat, sempat suami suruh mama ayu kuat demi suami dan anak2. Mama Ayu dan anak-anak spai rumah pukul 3 pagi... anak2 tido panggil baba mereka sahaja, bertambah sedih dibuat nya.

Oklah panjang nya entry part 1 ini, mama ayu rasa cukup sampi sinie dulu entry PART 1:- SUAMI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA 4 FEBRUARY 2015 , nantikan entry seterusnya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA BLOG EIJAM'S FAMILY.. SAYANG KORANG




 



October 26, 2013

SELAMAT HARI LAHIR AINA UMAIRAH YANG KE 6 TAHUN...

Ya Ampun, macam sudah tak percaya???? Anak kami ( Eijam's Family) sudah 6 tahun pada 5 Oct 2013 hari tue.. hehehhe ini kes mama die yang sentiasa busy. Sebab tue lambat nak post entry anak kami yang sulong ini..

Oklah entry ini mama tulis khas untuk kak long (Aina Umairah) mama dan baba ini tau.. semoga ini menjadi kenangan masa akan datang..

Ucapan khas dari Mama & Baba..

" Selamat Hari Lahir Sayang Saidatulnissa Aina Umairah... semoga kak long menjadi hamba Allah yg taat sentiasa patuh dengan tuntutan agama, anak yang soleh dan bijaksana, menjadi contoh kaka yang baik untuk Iman Sumaiyyah & Dhia Zulaikha... dan mama dan baba doakan semua kebaikan untuk kak long tau"..

Untuk yang sudi baca blog ini... mama update gambar agenda potong kek masa waktu sekolah.. jom tengok..

Macam Biasalah, kalau nak buat birthday party kat tadika, mama dan baba sibuk mencari barang-barang gift sikit nak bagi kat kekawan Aina Umairah.. Kitaorang just beli Mamee,Appollo Stick,Blackcurrant Drinks dan Buku Colouring and Sticker kartun terkenal "BoboiBoy"




Persediaan kek pulark xdelah over sangat, just cari dekat google area klang then terjumper blogger ini yang buat homemade cake.. cake sangat sedap.. untuk Aina Umiarah mama rderkan rainbow cake then untuk mama snow cheese cake... yummylicious ok... nie link blog beliau..jom terjah blog beliau..harga yang sangat berpatutan...



Ya Allah, Aina Umairah ini memang macam ini, pegi sekolah punya mama betulkan tudung die..tengok-tengok jadi macam gambar dibawah.. anak tudung terlebih style.. stylolah kak long..hehhehe.. gambar-gambar ini semua di ambil oleh mualimah Aina Umairah.. mama dan baba bagi camera sendiri.. Minta tolong tangkapan gambar untuk kenangan.. last year kat tadika kan... lokasi Tadika Islam Hira


Ini lah guru kelas Aina Umairah... budak2 tak sabar nak makan.. hehhehe, Awat lah ,uka anak dara mama tue masam mencuka nak!!!


Gambar kawan-kawan kak long tengah makan...comei..comei..


Yang ini gambar teman-teman rapat Aina Umairah...


Syukur Alhamdulillah, selesai makan kek.. so muka senyum nak amik gambar...






September 08, 2013

BIRTHDAY CAKE UNTUK IMAN

Sempena birthday iman, kami sekeluarga xde plan pun nak buat birthday party.. Kami just sambut dengab family members jerk...kebetulan baba cuti so baba beli cake bawa pegi rumah abang...

Tue pun potong cake kat rumah pak long mereka, sebab nak bagi ramai sikit.. Adalah mak mertua ayu, biras,adik ipar dengan anak2 saudara...

Ok jom tengok gambar2 masa sesi potong cake.. 

Cake Secret Recipi jerk.. last miniute pun kan
Iman dengan sepupu die Akid
Kak Long Umairah dan cousin...
Sesi Potong Cake
Sempat Posing kat Toilet ... sesi cari cake :)
Cute Iman
Aina Umairah, Iman Suamiyyah , Dhia Zulaikha...
 

OH YA ANDA NAK TAHU TAWARAN YANG MENARIK , 
JOM PM DAN DAPATKAN SPECIAL PRICE DARI SAYA






JEMPUT LIKE FAN PAGE SAYA

 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut dan konsultasi sila berhubung dengan saya melalui:-



September 05, 2013

HAPPY BIRTHDAY IMAN SUMAIYYAH 3 TAHUN

Cepat yerk masa berlalu, hari ini birthday girl... Si Iman Sumaiyyah...
Iman now dah boleh harap klu minta tolong...plus masih jugak menyusu bila gian die datang, dalam sehari mesti minta subsidi titisan emas dari mama...
Ok, semoga iman jadi anak yang solehah,cerdik pandai dan semua yerk berlandasan suruhan ALLAH S.W.T..
Enjoy tengok gambar iman yang terbaru...

OH YA ANDA NAK TAHU TAWARAN YANG MENARIK , 
JOM PM DAN DAPATKAN SPECIAL PRICE DARI SAYA






JEMPUT LIKE FAN PAGE SAYA

 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut dan konsultasi sila berhubung dengan saya melalui:-


 

February 28, 2013

BASUH PINGGAN

Setiap kali lepas dinner. mesti mama lah irang yang paling pening kepala. Nak tahu sebab apa??? Sebab anak si Iman nie mesti amik kerusi then berdiri dekat sinki nak basuh pinggan.
Kalau tak kasi mak cik iman nie basuh pinggan, menangis lah satu rumah macam kena pukul si iman. Nak taknak kena lah kasi dari nak mendengar si iman nie melalak kan.
Tapi bila dah bagi kebenaran kat sorang, yang kak long umairah pun mesti nak jugak. so apa boleh buat relakan lah walaupun terpaksa heheh.
Ok jom tengok gambar2 anak2 dari i ok

February 17, 2013

XTVT HUJUNG MINGGU 16/02/2013

Sejak masuk tahun baru 2013 nie, kami sekeluarga selalu lepak main badminton kat tempat adik baba keja. Kebetulan pulak tempat keja mmg ada sport center utk main futsal,badminton, karaoke dll. Boleh dikatakan tetiap minggu lah lepak sinie klu baba ada futsal kami sekeluarga pegi teman baba main futsal kat wangsa maju.
Malas nak type panjang lebar,Jadi apa lagi jom kiter tengok gambar anak2 dara ayu ok hhehehe:-