May 26, 2012

CHECKLIST BILA SUSU SAYA DROP!!!


Bohongla kalau ada ibu yang kata susunya sentiasa banyak tanpa terkurang sedikit pun.Sebagai wanita kita sensitif dengan perubahan sekeliling dan perubahan hormon badan kita. Adakala saya sendiri merasakan susu saya seakan merundum. Namun sebagai ibu kepada dua anak, saya jadikan pengalaman anak pertama sebagai lesson learn. Saya ada checklist saya sendiri untuk membetulkan keadaan yang teranjak.

Checklist saya berbentuk berikut:

Saya akan pastikan saya bertindak mengikut aturan checklist saya demi memastikan production susu saya kembali normal.

1. Saya akan pastikan saya ambil sarapan pagi, beberapa keping roti dan telur atau dimakan bersama air milo sahaja.
2. Makan supplement asas
3. Minum air sebanyak 1.5 litre antara waktu lunch dan minum petang
4. Makan supplement seperti alfalfa-penggalak susu
5. Makan sedikit untuk minum petang walau sebuku roti cream
6. Minum air 1.5 litre antara tea time kepada dinner
7. Makan malam
8. Makan supplement asas
9. Minum air sebanyak 2.0 litre before tidur.

Jika saya mengikut sepenuhnya checklist ni saya pasti susu saya banyak semula sehingga mencurah di pipi iman. Selain dari checklist ini saya pastikan bekalan chocolate, kurma, kismis saya di rumah mencukupi. Apa yang saya pasti ia membantu menstabilkan hormon kasih sayang dan secara langsung susu pun dapat mengalir banyak. Wallahhualam.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/SMS/Whatsapps: 019-3789778






May 25, 2012

TIPS MUDAH UNTUK IBU MENYUSU


Tips mudah nak menjayakan penyusuan susuibu :
Print ayat ini dan tampal pada tempat yang sering anda lihat. Baca dan jadikan ia proses berulang-ulang diucapkan.

"Saya akan berikan anak saya susu saya yang berkhasiat. Saya yakin susu saya banyak dan mencukupi untuk anak saya. Saya akan cemerlang dalam penyusuan untuk anak saya."

Proses mengucapkan ia secara berulang-ulang akan menghantar maklumat kepada minda bawah sedar kita. InsyaALLAH, anda berjaya dengan cemerlang dalam usaha memberi anak anda dengan susuibu yang penuh khasiat dan kebaikan. Namun saya ingatkan, apa yang kita makan adalah apa yang kita salurkan pada anak kita. Maka jangan berdiet atau skip makan, banyakkan minum air, pastikan badan cukup rehat dan elakkan tekanan....insyaALLAH ayat di atas membantu anda untuk lebih berjaya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/SMS/Whatsapps: 019-3789778










May 22, 2012

RELAKTASI OH RELAKTASI

Ada beberapa ibu yang menghantar email bertanyakan bagaimana untuk mewujudkan semula ransangan untuk penghasilan susuibu terutama bagi yang telah berhenti beberapa bulan dalam dunia penyusuan susuibu. Rata-rata bertanya tentang produk apa yang membantu.



image credit by google
Namun pertama sekali saya tegaskan, relaktasi perlukan semangat dan usaha yang bersungguh dan bukan pada mulut sahaja. Paling utama hati perlu nekad untuk terus berusaha, tiada istilah putus asa dalam diari, kena yakin pada Al Khaliq kerana susuibu itu adalah anugerah rezeki dari NYA.

Asasnya apa yang perlu dilakukan?
Jika ibu itu benar-benar mahu relaktasi, banyakkan membaca, dekatkan diri dengan mereka yang menyusukan anak, yang boleh memberi bantuan dan sokongan mental. Dapatkan restu suami dan sokongannya kerana ini membantu mental si ibu itu kuat dan mampu melawan apa jua tekanan yang bakal dihadapi.

Si ibu itu perlu memastikan tubuh badannya sihat dan mampu meneruskan perjuangan. Jika si ibu itu sakit, mungkin ada banyak cabaran lain yang perlu dihadapinya. Sihat yang dimaksudkan ialah sihat dari segi fizikal dan mental. Persediaan mental sangat sangat penting.

Sebagai permulaan si ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam untuk hasilkan stimulasi pada payudara untuk meransang penghasilan susu. Pada malam hari, cuba lakukan power pumping. Lakukan secara berterusan dan yang pasti ia  akan bermula dengan susu setitik dua dan secara perlahan2 akan meningkat...maka di sini kita perlu yakin dan ada sifat kebergantungan pada pencipta kerana rezeki ini datang darinya jua.

Pengisian rohani dengan amalan seperti zikir dan solat sunat hajat sangat digalakkan. Setiap kali pam, mulakan dengan bacaan suci dan dilengkapi dengan alhamdulillah.

Cubalah amalkan doa ini setiap pagi dan petang.



Maksud

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Benarkan ada makanan tambahan yang membantu?

Makanan tambahan membantu ibu agar sihat kekal bertenaga, mood yang stabil dan mampu mengawal stress. Namun perlu pastikan tidak terlalu bergantung dengan makanan tambahan kerana asasnya ialah stimulasi pada payudara untuk meransang hormom prolaktin untuk menghasilkan susuibu itu sendiri. Pengambilan vitamin pada dasarnya membantu ibu sihat dan dalaman ibu stabil terutama yang berkaitan dengan emosi untuk penghasilan hormon oksitosin terutama apabila si ibu itu tenang, dapat mengawal tekanan dan dalam keadaan gembira. Jika anda merasakan anda perlukan supplement, dapatkan nasihat dari mereka yang arif tentangnya dan bukan hanya mereka yang tahu berniaga semata-mata.

Benarkah vitamin dan pam sesuatu yang penting dalam penyusuan?


Hakikatnya bergantung pada diri individu itu sendiri. Saya tiada hak untuk mengatakan ianya penting mahupun tidak penting kerana setiap individu mempunyai kekangan yang berbeza. Maka kita perlu tahu kekuatan diri kita dalam setiap keputusan yang bakal kita ambil. Jangan sesekali ikut kawan kerana kekuatan dan kemampuan setiap kita berbeza.

Jika anda seorang yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi, memadai anda menjaga makanan harian, pastikan kaya dengan protien, kalsium dan vitamin lain. Untuk memerah, boleh gunakan tangan atau nama lainnya marmet. Vitamin dan pam hanya sebagai alat sampingan dalam dunia penyusuan untuk membantu ibu-ibu terus berusaha menjayakan penyusuan. Namun tiada satu jaminan pun dengan vitamin atau pam yang mahal akan mendapatkan hasil susu yang hebat kerana semuanya balik kepada perahan yang konsisten, pemakanan si ibu, keperluan air ibu yang mencukupi, perasaan ibu yang tenang dan kekuatan rohani si ibu.

Last but not least, ingatlah bahawa susuibu itu adalah rezeki. Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua. Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran. cabaran boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared, insyaALLAH kita teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/SMS/Whatsapps: 019-3789778






May 21, 2012

MOTIVASI DAN TIPS PENYUSUAN SUSU IBU!!!



Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi itu? Ia hakikatnya adalah sesuatu yang membakar semangat kita untuk terus berusaha dan jangan putus asa.

Bagi ibu menyusu juga kita perlu motivasi untuk teruskan penyusuan sehingga dua tahun.

Antara perkara yang membantu ibu itu bermotivasi adalah

1. Kata- kata semangat.
Tidak dinafikan kita memerlukan kata-kata semangat seperti 'saya boleh' , 'moga berjaya', ' selamat mencuba' namun adakala kita menerima kata-kata seperti ' Boleh ke berjaya?', ' Susu sikit pun nak pam ke?' atau ' Pam susu kerana tak mampu beli fm ke?' juga sebenarnya membantu kita meransang untuk terus berjaya jika kita lihat dari sudut positif dan menganggap ia satu CABARAN.

2. Pelaburan untuk penyusuan
Duit sebenarnya bernilai apabila digunakan. Tak salah kita keluarkan sedikit duit untuk beli pam yang selesa, gadget penyusuan yang memberi kita rasa selesa untuk terus menjayakan penyusuan. Tidak salah keluarkan duit beli vitamin untuk badan terus sihat. Vitamin itu turut disalurkan pada si manja kita melalui susuibu. So tak rugi pun sebenarnya untuk berbelanja jika memberi kebaikan pada diri dan bergerak ke arah impian.

3. Idola.
Bila kita ada seseorang yang kita jadikan idola, kita akan terus usaha nak berjaya seperti idola kita walau idola itu hanyalah mak atau kakak atau kawan baik kita yang berjaya dalam perjuangan penyusuan susuibu.

4. Hasil yang diidamkan.
Banyak gambar hasil susuibu yang ada dalam internet atau magazine. Simpan gambar itu dalam handphone, letak di pintu fridge, di meja workstation supaya ia membantu kita terus bermotivasi untuk terus pam untuk stok si manja.

5. Gambar si manja.
Apabila melihat wajah si manja kita akan merasa tenang dan gembira. Perasaan ini yang membantu hormon oksitosin itu dirembeskan dengan baik. Apabila hormon oksitosin dan prolaktin seimbang, penghasilan susu juga lancar.

6. Berkawan dengan mereka yang juga menyusukan anak.
Pentingnya berkawan dengan ibu yang menyusukan anak mereka kerana kita akan saling memberi motivasi sesama kita. Bilamana kelompok kita adalah ibu yang menyusukan anak mereka dengan susuibu, kita mudah untuk berkongsi pendapat dan mencari jalan penyelesaian kepada cabaran yang kita lalui.

7. Sediakan jadual pam.
Bila kita ada jadual kita akan lebih konsisten untuk meneruskan penyusuan. Andai terskip mana2 jadual pam cuba counter back dengan power pumping pada malam hari.

8. Rekodkan pencapaian anda.
Pentingnya rekod hasil pam kerana kita dapat melihat hasil setiap hari. Bila ada penambahan, catatkan dalam diari kerana penulisan kita dikala itu penuh dengan aura positif. So bilamana kita ada sedikit tekanan atau cabaran susu berkurang baca balik diari catatan dikala susu sedang banyak kerana ini membantu kita dapat tenaga positif semula dengan mudah.

9. Simpan impian dalam minda bawah sedar.
Cuba jadikan kebiasaan sebelum tidur kita berkata pada diri, 'saya suka susu saya banyak 'dan ulang ayat ini sehingga kita lena. Apabila kita masuk tidur kita akan masuk dalam gelombang alfa dan ia mudah menjadi kenyataan.

10. Sentiasa bersyukur
Jangan banding-bandingkan hasil kita dengan hasil susu orang lain. Namun jadikan ia satu cara untuk kita terus bersyukur dengan hasil yang kita perolehi. Walau dapat satu oz, tetap bersyukur kerana apabila kita bersyukur, jiwa kita mudah tenang dan akan terus berusaha untuk
menyediakan susuibu buat si manja.


Andai anda rasa tips ini membantu anda, saya doakan anda berjaya. Saya telah berjaya menyusukan dua anak saya dengan lengkap selama dua tahun malah lebih dan saya yakin anda juga boleh. Sila sharekan tips ini agar lebih ramai ibu yang mampu beri yang terbaik buat si manja mereka.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com




SET BERSALIN YG SELAMAT UTK MENYUSUKAN BAYI ANDA!!!

Sejak mengandung lagi saya dah set mind saya hanya akan makan vitamin sahaja dalam berpantang. Walaupun banyak juga set bersalin yang ada dalam pasaran namun tiada satu pun yang dapat mencuri perhatian saya. Saya lebih banyak habiskan masa masa mengandung membaca perihal dan kepentingan vitamin ditambah lagi saya nekad nak menyusukan anak-anak saya. Saya taknak kerana saya makan jamu , anak saya tidak dapat menyusu dengan sebaiknya.



Apa yang saya fikirkan pada peringkat awal ialah vitamin membantu membanyakkan susu saya. Masakan tidak? sehingga anak saya umur 2 tahun , payudara saya akan bengkak seolah-olah saya masih di dalam pantang dan pernah ditegur oleh babysitter berapa meriahnya susu anak saya.Memang saya rasa beza apabila saya tak makan vitamin. Mungkin sebab pemakanan saya seharian tidak seimbang ditambah tidur yang tidak pernah lengkap 8 jam sehari membuatkan saya mudah keletihan. Maka pengambilan vitamin membuatkan saya rasa sangat berbeza.
Saya jadikan alfalfa dan ESP sebagai booster terbaik saya. Bila mood down atau susu mula rasa tidak meriah, saya amalkan pengambilan alfalfa dan ESP dengan optimum. Memang beza sebab lepas tu susu akan meningkat dengan kadar yang tidak terlalu lama berbanding saya tak makan vitamin.


Saya mula nampak kesan vitamin apabila anak2 saya perlukan suntikan imunisasi , doktor pasti bertanya adakah saya beri anak saya makan kerana perkembangan dua dua anak saya membuatkan doktor sendiri kagum. Masakah tidak bermula dengan si abang, dengan graf pembesaran yang hebat ditambah si adik mempunyai graf perkembangan yang hampir sama dengan si abang. Apabila saya memberitahu saya hanya berikan susu badan, maka doktor terus mengatakan tahniah sebab anak2 saya membesar dengan sihat dan susu saya mencukupi untuk si manja kami. Pengambilan zat besi yang mencukupi membantu pembesaran anak dengan sangat hebat.






Namun masa mematangkan saya. Hakikatnya vitamin tak bantu banyakkan susu. Susu saya banyak sebab dengan makan vitamin, badan saya sihat dan cergas. Maka saya dapat kerap susukan anak saya. Dari situ susu saya bertambah banyak kerana anak saya kerap menyusu. Susu saya beri kesan pada perkembangan dan pertumbuhan anak-anak saya. Gigi mereka juga tumbuh seawal 6-8 bulan memandangkan pengambilan kalsium yang mencukupi dan disalurkan melalui susuibu tadi.


Memang ada sesetengah orang merasakan tidak perlu amik vitamin. Tapi secara jujur, saya amalkan sebab saya tahu kekangan pengambilan makanan seharian saya yang tidak lengkap dan tidak dapat memenuhi piramid makanan. Anak saya membesar dengan baik dengan susuibu. Saya tak perlu risau jika mereka demam atau selsema, kerana saya menjadikan vitamin itu ubat kepada penyakit anak saya. Saya akan amalkan pengambilan vitamin C dengan tambahan lebih dari dos harian biasa apabila anak saya tidak sihat.
Syukur sebab sejak kebelakangan ini ramai ibu2 yang telah membuat pesanan set bersalin dari saya. Ramai juga yang dah melalui berpantang dengan vitamin dan mereka mengakui perbezaan ketara dengan pengalaman bersalin sebelum ini. Ternyata badan kita perlukan vitamin untuk proses penyembuhan.


Sekiranya anda masih mencari-cari set bersalin, apa kata kelahiran kali ini, amalkan pengambilan vitamin ditambah jika punya niat nak menyusukan anak dengan sebaiknya?

Hakikatnya badan kita perlukan vitamin yang secukupnya untuk digunakan dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak.
Rahim kita akan mengecut dan kembali pada bentuk asal apabila kita menyusukan anak secara esklusif 6 bulan yang pertama. Badan kita akan merasa 'warm' bila kita amalkan vitamin dan ianya selamat untuk bayi. Paling penting, selamat untuk bayi.

Sekiranya anda masih mencari-cari set bersalin, apa kata kelahiran kali ini, amalkan pengambilan vitamin ditambah jika punya niat nak menyusukan anak dengan sebaiknya?
Hakikatnya badan kita perlukan vitamin yang secukupnya untuk digunakan dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak.
Rahim kita akan mengecut dan kembali pada bentuk asal apabila kita menyusukan anak secara esklusif 6 bulan yang pertama. Badan kita akan merasa 'warm' bila kita amalkan vitamin dan ianya selamat untuk bayi. Paling penting, selamat untuk bayi.

Hakikatnya badan kita perlukan vitamin yang secukupnya untuk digunakan dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak.
Rahim kita akan mengecut dan kembali pada bentuk asal apabila kita menyusukan anak secara esklusif 6 bulan yang pertama. Badan kita akan merasa 'warm' bila kita amalkan vitamin dan ianya selamat untuk bayi. Paling penting, selamat untuk bayi.




Berpantang dengan vitamin bukan sahaja mempercepatkan baiknya proses luka sebab kelahiran tetapi bayi juga mendapat manfaat yang sama atas apa yang ibu amalkan.Memang benar susuibu adalah yang terbaik dan sangat berkhasiat namun ianya balik pada apa yang kita makan. Jika elok yang kita makan, maka eloklah yang kita salurkan pada anak melalui susuibu tadi.


Apakah yang terdapat dalam set berpantang?

  • Multivitamin
  • B complex
  • Vitamin C
  • Zinc
  • Sangat bagus jika diambil bersama ESP, Ostematrix dan alfalfa.

Apa pula yang ada dalam SET PENYUSUAN SUSU IBU?
  • Multivitamin
  • B complex
  • Vitamin c
  • Alfalfa
  • Sangat bagus jika diambil bersama ESP dan Ostematrix
Namun perlu tahu vitamin apa yang boleh diambil sebelum bersalin, sejurus selepas bersalin ataupun perlu amik selepas beberapa minggu selepas bersalin. Maka dapatkan konsultasi yang lengkap dari saya sekiranya anda mendapatkan vitamin dari  saya:

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778 



Hakikatnya berpantang dengan vitamin bukan sahaja mempercepatkan baiknya proses luka sebab kelahiran tetapi bayi juga mendapat manfaat yang sama atas apa yang ibu amalkan.Memang benar susuibu adalah yang terbaik dan sangat berkhasiat namun ianya balik pada apa yang kita makan. Jika elok yang kita makan, maka eloklah yang kita salurkan pada anak melalui susuibu tadi.
Apakah yang terdapat dalam set berpantang?






    May 20, 2012

    TESTIMONI: PARUT MAKIN NIPIS & SUSU MAKIN PEKAT DAN BANYAK...

    Pengakuan dan testimoni Puan Nadia Rashid, beliau consume SHAKLEE untuk kulit dan untuk susu kan baby belau. Syukur Alhamdulillah bila dapat feedback daripada beliau akan keberkesanan SHAKLEE.. Memang tidak dinafikan SHAKLEE banyak membantu para ibu diluar sana. Sekarang nie ramai ibu yg mula sedar akan kebaikkan SUSU IBU... memang saat indah dan tidak terkata nikmat yerk biler kiter sebagai ibu ini dapat memberikan yg terbaik untuk si manja.


    Jom kite lihat testimoni dibawah ini:


    click for large view


    Mom's Marvellous Milk.
    Making More Milk.
    Making Mummilicous Milk.




    Apa yg beliau consume adalah set lengkap SHAKLEE 3M dan ADD ON VIT E DAN GLA!!!


    Jom baca!!!


    SHAKLEE SET 3M: Penggalak susu yang terbukti terbaik



  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 











  • Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi 
    :
    sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
    B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
     Vitamin C sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
     Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.

     Bagaimana dengan Kalsium@ Ostematrix? Apakah kebaikannya?
     OsteMatrix (kalsium magnesium)
    Dalam susu ibu, antara kompoisis vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
    Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
    Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

    Apa kebaikan ESP @ Energizing Soy Protein?
    Energizing Soy Protein
    Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
    Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    OH YA!!!
    Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!

    Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
    Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
    Gmail : nhmi2011@gmail.com
    Call/Whatsapp : 019-3789778
     

    May 13, 2012

    YANG TERBAIK UNTUK SI KECIL ANDA


    Saya percaya setiap ibu yang bercadang mahupun sedang menyusukan anak dengan susu ibu akan cuba menambah zat makanan agar susu yang mengalir itu adalah susu yang berkualiti dan dan seterusnya membantu pembesaran bayi. Terdapat teman-teman saya yang menyusukan anaknya tetapi anaknya kelihatan bersaiz kecil walaupun genetik keluarga adalah besar. Begitu juga ada dari teman saya yang bersaiz kecil tetapi bayi mereka kelihatan berisi dan tembam.



    Bermula dari situ saya percaya pemakanan adalah faktor yang paling besar dalam mempengaruhi hasil yang kita dapat. Saya terbaca sebuah buku hasil tulisan salah seorang doktor yang terkenal iaitu Dr. Bruce Miller mengenai pemakanan. Tertarik dengan cerita beliau tentang pemilihan vitamin dan pemakanan tambahan yang kini terlalu banyak dalam pasaran.

    Jika kita berjalan ke farmasi, kita akan dapati betapa banyaknya vitamin dari pelbagai jenis jenama, baik dari dalam negara mahupun dari luar negara.... sehingga kita tertanya-tanya yang manakah yang terbaik. Seorang 'salesgirl' dengan lembut menyapa, mahu cari vitamin apa? Kita yang masih terpinga-pinga akan bertanya... yang mana paling baik? Jawapan yang ringkas tetapi padat.... "semuanya bagus!" dan kini terpulang pada kita untuk membelinya.





    Namun setelah mendapat beberapa 'hint' dari buku mahupun dari internet, barulah saya tahu bahawa vitamin atau nama lain dipanggil makanan tambahan itu mempunyai 3 kategori iaitu, yang asli, sintetik atau organik. Setiap kategori vitamin ini berbeza dari segi cara ia dihasilkan. Apa yang pasti kita perlu menjadi pengguna yang bijak agar nilai wang yang kita bayar adalah setanding dengan hasil yang akan kita perolehi! 

    dan ayu memilih SHAKLEE sebab ianya adalah ASLI 





    Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
    Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
    Gmail : nhmi2011@gmail.com
    Call/Whatsapp/SMS : 019-3789778






    May 12, 2012

    TANYA DAN JAWAB!!!!




    Pertama sekali, ayu nak ucapkan terima kasih kepada kak aziah yg sudi meluangkan masa membaca blog ayu nie. hope dapat membantu ibu-ibu diluang sana. Ayu terfikir utk menulikan tentang segmen TANYA & JAWAB nie. 

    Buat Akak Aziah,




    Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. ....Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural.Apakah vitamin sintetik dengan natural ni?OK kita semak satu-satu.

    syukur alhamdulillah setakat nie, anak saya ok xde apa2 masalah cuma biasa lah demam tue kan.. tue biasa


    * Penghasilan
    Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

    Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

    * Keserasian dengan badan
    Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

    Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

    Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang



    * Harga
    Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

    Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.
    * Kesan kepada tubuh badan

    Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

    Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

    * Kesan jangka panjang
    Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

    Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

    Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.

    Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.
    Jujurnya...saya sendiri hanya makan satu brand sahaja iaitu Shaklee...saya nak dapatkan result yang sangat puashati!



    Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
    Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
    Gmail : nhmi2011@gmail.com
    Call/Whatsapp/SMS : 019-3789778

    May 10, 2012

    PROMO HARI IBU DAN GURU!!!! HANYA DR SAYA

    SELAMAT HARI IBU BAGI YG BERGELAR IBU DAN BUAT IBU-IBU BARU JEMPUTLAH TERJAH BLOG KAMI NIE SELALU K... OKIES JUST NAK UPDATE SEMPENA HARI IBU INI.. APA KATA KITE HADIAHKAN SET SHAKLEE UTK YG TERSAYANG..

    PROMO HARI IBU DAN GURU!!!! HANYA DR SAYA,...
    DATE:- 10/05/2012 to 20/05/2012.

    Tahukah anda pengambilan SHAKLEE adalah untuk mempertingkatkan kesihatan ibu, mengawal emosi ibu agar lebih tenang, relaks, mengurangkan rasa stress dan dari segi fizikal ia sebagai pendinding agar si ibu terus sihat. Jika si ibu sakit, SHAKLEE membantu ibu agar cepat recover. Bila mental dan fizikal sihat, penghasilan dan pengeluaran susu akan berjalan lancar dan hasilnya anak mendapat manfaat.

    OH YA!!!
    Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




    Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
    Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
    Gmail : nhmi2011@gmail.com
    Call/Whatsapp/SMS : 019-3789778



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...