Pages

May 22, 2012

RELAKTASI OH RELAKTASI

Ada beberapa ibu yang menghantar email bertanyakan bagaimana untuk mewujudkan semula ransangan untuk penghasilan susuibu terutama bagi yang telah berhenti beberapa bulan dalam dunia penyusuan susuibu. Rata-rata bertanya tentang produk apa yang membantu.



image credit by google
Namun pertama sekali saya tegaskan, relaktasi perlukan semangat dan usaha yang bersungguh dan bukan pada mulut sahaja. Paling utama hati perlu nekad untuk terus berusaha, tiada istilah putus asa dalam diari, kena yakin pada Al Khaliq kerana susuibu itu adalah anugerah rezeki dari NYA.

Asasnya apa yang perlu dilakukan?
Jika ibu itu benar-benar mahu relaktasi, banyakkan membaca, dekatkan diri dengan mereka yang menyusukan anak, yang boleh memberi bantuan dan sokongan mental. Dapatkan restu suami dan sokongannya kerana ini membantu mental si ibu itu kuat dan mampu melawan apa jua tekanan yang bakal dihadapi.

Si ibu itu perlu memastikan tubuh badannya sihat dan mampu meneruskan perjuangan. Jika si ibu itu sakit, mungkin ada banyak cabaran lain yang perlu dihadapinya. Sihat yang dimaksudkan ialah sihat dari segi fizikal dan mental. Persediaan mental sangat sangat penting.

Sebagai permulaan si ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam untuk hasilkan stimulasi pada payudara untuk meransang penghasilan susu. Pada malam hari, cuba lakukan power pumping. Lakukan secara berterusan dan yang pasti ia  akan bermula dengan susu setitik dua dan secara perlahan2 akan meningkat...maka di sini kita perlu yakin dan ada sifat kebergantungan pada pencipta kerana rezeki ini datang darinya jua.

Pengisian rohani dengan amalan seperti zikir dan solat sunat hajat sangat digalakkan. Setiap kali pam, mulakan dengan bacaan suci dan dilengkapi dengan alhamdulillah.

Cubalah amalkan doa ini setiap pagi dan petang.



Maksud

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Benarkan ada makanan tambahan yang membantu?

Makanan tambahan membantu ibu agar sihat kekal bertenaga, mood yang stabil dan mampu mengawal stress. Namun perlu pastikan tidak terlalu bergantung dengan makanan tambahan kerana asasnya ialah stimulasi pada payudara untuk meransang hormom prolaktin untuk menghasilkan susuibu itu sendiri. Pengambilan vitamin pada dasarnya membantu ibu sihat dan dalaman ibu stabil terutama yang berkaitan dengan emosi untuk penghasilan hormon oksitosin terutama apabila si ibu itu tenang, dapat mengawal tekanan dan dalam keadaan gembira. Jika anda merasakan anda perlukan supplement, dapatkan nasihat dari mereka yang arif tentangnya dan bukan hanya mereka yang tahu berniaga semata-mata.

Benarkah vitamin dan pam sesuatu yang penting dalam penyusuan?


Hakikatnya bergantung pada diri individu itu sendiri. Saya tiada hak untuk mengatakan ianya penting mahupun tidak penting kerana setiap individu mempunyai kekangan yang berbeza. Maka kita perlu tahu kekuatan diri kita dalam setiap keputusan yang bakal kita ambil. Jangan sesekali ikut kawan kerana kekuatan dan kemampuan setiap kita berbeza.

Jika anda seorang yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi, memadai anda menjaga makanan harian, pastikan kaya dengan protien, kalsium dan vitamin lain. Untuk memerah, boleh gunakan tangan atau nama lainnya marmet. Vitamin dan pam hanya sebagai alat sampingan dalam dunia penyusuan untuk membantu ibu-ibu terus berusaha menjayakan penyusuan. Namun tiada satu jaminan pun dengan vitamin atau pam yang mahal akan mendapatkan hasil susu yang hebat kerana semuanya balik kepada perahan yang konsisten, pemakanan si ibu, keperluan air ibu yang mencukupi, perasaan ibu yang tenang dan kekuatan rohani si ibu.

Last but not least, ingatlah bahawa susuibu itu adalah rezeki. Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua. Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran. cabaran boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared, insyaALLAH kita teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/SMS/Whatsapps: 019-3789778






2 comments:

SILA LER COMMENT YERK DEAR BLOGGER'S... I LOVE YOU