December 19, 2012

KEBAIKAN PENYUSUAN IBU KEPADA IBU DAN BAYI

Ayu amat tertarik dengan artikel Shaklee Today Vol 5 ni. Ada banyak info tentang penyusuan..Jadi ayu nak  kongsikan  disini untuk info rakan-rakan yang sedang menyusukan bayi atau berhajat menyusukan bayi anda. Set lengkap ini mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia mengandungi tenaga dan makanan berkhasiat yang memenuhi keperluan nutrien dalam penyusuan bayi. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusukan bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang sedang menyusukan bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan juga ibu.

Multivitamin| Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga bahagian protein berkhasiat tinggi.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusukan bayinya dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusukan bayi anda secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusukan bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium / ostermatrix
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusukan bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan penggembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega-3 lebih banyak di otak. Tambahan pula tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti ganguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

Alfafa
Alfafa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C ,E , kalsium, Zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfafa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Jadi tak mustahil ada ibu yang dapat membuat simpanan  susu ibu. Di samping dapat membekalkan susu ibu kepada bayi, kesihatan ibu turut terjaga dan sentiasa cergas. Ibu sihat anak sihat!..

sumber : Shaklee Today Vol 5|2012


Dapatkan harga lebih menarik hanya dari saya




JOM DAPAT SPECIAL PRICE DARI SAYA 





JEMPUT LIKE FANPAGE SAYA:
 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
OH YA!!!
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.Hubungi pengedar anda untuk tips esklusif apabila anda mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan!




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778  
   






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...