Pages

September 07, 2015

THROWBACK KEMALANGAN PART 1:- SUAMI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA 4 FEBRUARY 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya, tak tahu bagaimana nak mula cerita tentang kemalangan ini. Tapi yang pasti amat panjang dan akan ada ber entry-entry.

Entry pertama ini, mama ayu just update bagaimana mama ayu tahu yang suami terlibat dalam kemalangan..Rata-rata kawan di facebook dan Instagram tahu tentang kemalangan ini, sebab mama ayu update from time to time. Cuma hari ini baru berkesempatan nak ceritakan di blog EIJAM'S FAMILY..

4 February 2015  - KEMALANGAN BERLAKU
hari ini macam hari-hari yang lain, mama ayu , suami dan anak2 bangun pagi tunaikan solat subuh dan bersiap. Suami siap2 nak ke tempat keja , jarak perjalanan rumah ke tempat bekerja ialah KLANG-KUALA LUMPUR. Sebelum pergi bekerja, memang xtvt harian suami akan hantar puteri-puteri kesayangan ke sekolah dahulu. Selesai semua baru bergerak ke tempat kerja.

Nak dijadikan cerita, macam biasa kalau suami selamat spai office , suami akan whatsapp mama ayu. hari ini mama ayu pun sibuk, suami pun sibuk sebab cuti lama bersambung cuti hujung minggu dan di sambung dengan public holiday hari wilayah dan lagi satu public holiday tak ingat apa ke nama nya cuti tue..

Mama ayu pun lakukkan macam rutin biasa pukul 1 petang keluar ambil anak kedua #saidatulnissaimansumaiyyah balik sekolah ... sementara nak on da way pergi amik anak pertama #saidtulnissaainaumairah balik pukul 4 petang, mama ayu terima call dari nombor yang tak dikenali. Biasa mama ayu memang jenis jarang angkat nombor tak kenal, walaupun mama ayu jual shaklee, biasa client baru mereka akan whatsapp dahulu. Entah kenapa hari tue tergerak nak jawap call.. dan masih tak boleh lupa sesuatu situasi jawap call tersebut.

HAMBA ALLAH: ASSALAMMUALAIKUM, NIE PUAN HIDAYU KE?
MAMA AYU: YERK SAYA..
HAMBA ALLAH: SAYA KAWAN SUAMI PUAN, HARAP PUAN BERSABAR..
MAMA AYU: KENAPA YERK..
HAMBA ALLAH: SUAMI PUAN ACCIDENT. KAKI SUAMI PUAN YANG TERUK..
MAMA AYU: TERDIAM,TERKELU.. ADA DIHOSPITAL MANA.. (sambil menangis)
HAMBA ALLH:- PUSRAWI


STATUS YANG DI UPDATE SELEPAS TAHU TENTANG KEMALANGAN SI SUAMI

 Lepas jerk  jawab call tue, terus cuba call suami banyak kali tapi tak dapat.. memandangkan anak pertama #saidtulnissaainaumairah hampir balik sekolah, mama ayu tunggu dalam kereta tepi jalan sekolah menangis dan tak putus2 doakan suami tercinta. Masa nie dalam kereta ada anak kedua #saidatulnissaimansumaiyyah dan anak ketiga #saidtulnissadhiazulikha sama-sama menangis.. Anak pertama #saidtulnissaainaumairah pun masuk kereta tercenggang kenapa mama dan adik2 nangis, die pun turun sama nangis selepas mama ayu bagi tahu apa yang berlaku pada baba mereka. 

Mama ayu terus drive cepat-cepat balik rumah pack apa yang patut, sebab KLANG-KL bukan dekat jarak nya. Masa tengah pack barang adik ipar sampai di rumah. Adik ipar risau dan takut mama ayu drive macam orang giler dengan anak-anak, adik ipar drive kan untuk kami berempat. Memandang dah petang kami bertolak dari klang. Orang mula balik kerja, jalan pun bertambah jem. Pukul 8 malam baru kami spai PUSRAWI.

Masa mama ayu jumpe suami tengok keadaan suami hanya Allah S.W.T tahu perasaan mama. Luluh hati seorang isteri dengan keadaan anak-anak menangis tak henti2. Masa sampai PUSRAWI nasib ada kawan suami teman kan beliau. Mama ayu xsempat tengok keadaan sebenar luka yang suami alami. Tapi mama ayu cuba terangkan apa yang doktor explain.

TEMPAT KEJADIAN:- 
BELAKANG OFFICE SUAMI, SUAMI BARU BALIK DARI BANK DAN NAK PERGI LUNCH, TAPI SAYANG SUAMI TAK SEMPAT MAKAN.

BAGAIMANA BERLAKU:-
SUAMI DILANGGAR OLEH PEMANDU VAN DAN TERSEPIT TENGAH2 DI ANTARA VAN DAN ESTIMA.

KECEDERAAN:- 
KAKI KANAN AGAK TERUK, TUMIT KAKI TERKOYAK, SALUR DARAH DAN NADI ROSAK, DUA JARI KAKI TULANG PATAH DAN DUKU LALI TERLARI DARI KEDUDUKAN ASAL.

Pada mulanya doktor nak tolak kes suami ke gomen hospital, sebab atas nasihat doktor kos rawatan suami  tinggi dan suami akan keluar masuk OT beberapa kali kalau suami di rawat di PUSRAWI dan GL kelulusan yang lambat approval nya, itu yang merisaukan doktor. Tapi mama ayu berkeras  bayar deposit dahulu dalam angaran 2k untuk pihak PUSRAWI bagi meneruskan rawatan pada suami, sebab kenapa mama ayu berkeras sebab mama ayu yakin semua akan dipermudahkan dan insurance biasalah untuk perlepasan GL memang lambat. Mama ayu cakap ngan doktor xpe, mohon doktor  proceed jerk rawatan di PUSRAWI. Selepas selesai perbincangan ngan doktor, suami di tolak masuk Opertion Room. 





Perasan tak selepas ambil anak2 balik sekolah terus ke PUSRAWI, baru mama ayu teringat anak-anak belum jamah sedikit pun makanan, kami anak- beranak jamah apa sahaja yang berada di koperasi PUSRAWI. Sementara tunggu suami di dalam OT, mama ayu melayan anak2 yang menangis kat lobby. Pihak PUSRAWI minta mama ayu dan anak2 tunggu di wad. Tapi hari tersebut wad bilik single penuh, jadi suami dapat wad 4 katil jadi takkan mama ayu nak biar anak-anak mama ayu menangis2 ganggu pesakit lain. Maka kami tunggu di lobby sahaja.

Alhamdulillah operation pertama selesai, memandang kan suami dapat wad 4 katil atas faktor wad penuh, mama ayu dan anak-anak tidak di benarkan tunggu suami. Nasib baik adik ipar ambil mak mertua di banting, untuk teman kan suami. Suami perlu di teman seseorang walaupun beliau berada sementara di wad 4 katil, sebab doktor nk pantau sama ada kaki suami masih berfungsi atau tidak.

Suami kelihatan amat pucat sebab kehilangan banyak darah dan tak sempt jamah apa-apa pun sebab tak sempat nk lunch terus terlibat dalam kemlangan. Suami minta mama ayu balik bawa anak-anak rehat, sempat suami suruh mama ayu kuat demi suami dan anak2. Mama Ayu dan anak-anak spai rumah pukul 3 pagi... anak2 tido panggil baba mereka sahaja, bertambah sedih dibuat nya.

Oklah panjang nya entry part 1 ini, mama ayu rasa cukup sampi sinie dulu entry PART 1:- SUAMI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA 4 FEBRUARY 2015 , nantikan entry seterusnya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA BLOG EIJAM'S FAMILY.. SAYANG KORANG




 



June 22, 2015

BERDIAM DIRI TERLALU LAMA DAN SALAM RAMADHAN


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


YA Allah, lama nya mama ayu tidak update blog... last updated Dec 2014 tahun lepas. Memula sekali mama ayu nak mohon maaf terlebih dahulu, sekira nya ada mereka lagi yang sudi melawat atau ber kunjung ke blog yang usang ini. Mohon beribu ampun yerk. Ok lepas ini akan selalu update, terima kasih banyak2 kepada mereka sahabat maya blog " Eijam's Family Blog" sudi luang kan masa untuk membaca. YES IM BACK 

sebelum tue mama ayu nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh bermakna ini,
mama ayu nak mohon maaf atas segala kelemahan ,kekurangan,kesilapan dan kekhilafan antara kita semoga Allah S.W.T mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini In Sha Allah dengan izinNYA salam ramadhan al-mubarak ameen..

credit : image by google

Something to share seriously, pejam celik dah sampai setengah tahun kiter di panjangkan umur hadapi tahun yang penuh cabaran ini, yerk memang betul tahun 2015 memang ,memcabar sangat-sangat. Macam-macam nak share, In Sha Allah next entry okay. Entry kali ini nak bagi intro jerk dulu. Intro kembalinya mood ber blogging hehehe..

Walaupun berdiam diri terlalu lama di dunia blog ini. Mama Ayu maih active di Facebook dan Instagram yerk... Maybe ada yang friendlist mama ayu di facebook dan instagram tahu apa yang berlaku di dalam keluarga kami sejak February 2015 sampai sekarang. Jemput lah follow mama ayu di facebook dan instagram

Oh ya, mama ayu selalu dapat whatsapp bertanya soalan yang sama 
"ayu, awak masih pengedar SHAKLEE yang sah  ke?" 

Yes mama ayu masih pengedar sah dan pengguna tegar tau...

bukan apa, sebab tengok blog tak ber update kan, jadi ramai yang takut nak tanya mama ayu, lately nie mama ayu more ke pada yang cepat, sebab senang dan mudah.. ok kalian jangan risau kalian boleh dapatkan supplement rebutan ramai ini dari mama ayu tau.. Oh ya lupa nak bagi tahu bulan nie sempena ramadhan Shaklee ada sediakan  promo tau.. Macam-macam ada , cepat dapat segera dari mama ayu.

Oklah sampai sinie sahaja entry untuk kali ini.  Next entry mama ayu cerita seribu satu perkara yang berlaku okay.

Terima Kasih Buat Yang Sudi Membaca...







December 22, 2014

JOM KITA SAMA-SAMA BERDOA

assalammualaikum dan selamat pagi,

semoga semua urusan sahabat,keluarga, saudara dan saudara saudari semuanya dipermudahkan hari ini...

tersentuh saya bila balik dari lepas hantar #saidatulnissaainaumairah pergi kelas tuisyen... berhenti di traffic light terserempak dengan saudara ini. Sayu menitik air mata bila ternampak beliau pegang baby sebelah tangan dipangku, sebelah tangan lagi pegang handle motor dan dalam bakul ada lagi seorang ahli syurga yang dalam lingkungan 2-3tahun...

sesungguhnya jom kiter bersyukur dengan apa rezeki yang kiter perolehi hari ini. Saya doakan hamba Allah ini dimurahkan rezeki yang hebat, panjang umur dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang. Jom kiter sama2 doakan beliau.

terima kasih buat yang sudi berdoa😀😀😀😀😀

#eijamsfamilyblog