Pages

July 16, 2011

ANAK ZAMAN MAJU

Bila dah ada anak, baru kita tahu betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya. Waktu ini saya masih teringat bagaimana mak memaksa kami adik beradik makan sayur masa kecil dulu....hehehe. Mak kata, nak cantik kena makan sayur. Mak selalu bagi contoh kartun popeye....nak kuat juga kena makan sayur. Zaman dulu tak macam zaman sekarang. Dulu kalau mak cakap A, A la yang diterima tanpa soal balik. Zaman sekarang lain, bila diberi A, akan ditanya kenapa A dan bukan B.

Bila dah bergelar ibu pada dua putera ni, baru tahu susah senang nak besarkan anak. Diambah lagi zaman dah berubah dan dunia dah maju. Anak-anak makin membesar dan semua keperluan perlu dipenuhi. Namun seronok juga mempunyai dua anak lelaki ni....mereka ibarat kawan baik bila si abah tiada di sisi. Mereka membesar macam ibu juga, tak suka sayur. Kalau si abang, mahu juga mendengar cakap mungkin sebab dah bersekolah maka penerimaan apa yang diajar nampak lebih mudah. Namun bagi si adik sangat berbeza. Kalau boleh, jangankan sayur, daun bawang pun tak boleh kelihatan atas lauk pauknya.

Maka waktu ni teringat kata mak, jadi ibu kena kreatif. Selain penyediaan supplement bagi menutupi ruang-ruang kosong yang disebabkan kekangan  pengambilan sayur-sayuran, maka ibu dan abah menjadikan satu keperluan kami membeli buah setiap hari. Untung kedai buah dekat bulatan GK, boleh kata muka kami antara pelanggan tetap beliau. Kami membeli sekurang-kurangnya 2 keping potongan buah setiap seorang sehari. Ini memastikan mereka mendapat khasiat vitamin C dan fiber secara langsung dari pengambilan diet harian. Pemakanan pula, ibu lebih suka ikut selera mereka. Supaya mereka makan dengan penuh keseronokkan dan menikmati makanan dengan sebaiknya.

Supplement tetap perlu......Supplement yang mereka ambil tidak banyak, paling penting protien soya @ ESP, Performance Drink, Omega, Meal Shake dan si abang dah mula makan vitamin E agar masalah eczemanya tidak berlarutan. Si adik pula dah pandai, jika bangun telah malam akan meminta air aiskrim...iaitu ESP dibancuh bersama Performance Drink. Memang sedap....selain menghilangkan rasa dahaga, ia juga membantu mengurangkan rasa penghidratan badan terutama bila cuaca panas. Namun menjadi amalan, sebelum tidur ibu akan bancuhkan 1 bekas tupperware 500ml untuk diminum oleh si abang dan si adik.



Si abang dah ke sekolah hari ni dan ibu perlu siapkan pesanan beberapa kenalan terdekat hari ini. Hari ni juga ibu perlu uruskan beberapa keperluan si abang dan si adik sementara abah masih di darat. Semoga ALLAH memberikan kemudahan atas apa yang dirancang.

Bagi yang baru mengenali perkataan ESP....ESP adalah Energizing Soya Protien dan ianya dalam bentuk serbuk. Tawaran menarik bulan ini, pembelian 2 ESP mendapat PERCUMA postage. Boleh email atau sms saya untuk mengetahui harga menarik sempena Julai :)

 
credit




BERMINAT? ? Nak order boleh email nr_yu86@yahoo.com atau nhmi2011@gmail.com or sms ke 019-3789778 DAN JANGAN LUPA UNTUK  KONSULTASI PERCUMA.

BERPUASA DENGAN LEBIH BERTENAGA

 Bagi  yang bakal bergelar ibu serta baru sahaja mendapat gelaran ibu, pasti tidak sabar menyambut Ramadhan. Begitu juga bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak mereka. Menunaikan ibadah puasa sambil menyusukan anak pastinya perlu mempunyai semangat, keyakinan dan kekuatan fizikal dan mental.

Namun, di dalam Islam, ALLAH memberi kelonggaran bagi ibu-ibu yang hamil serta menyusukan anak, sekiranya mendapati ibadah puasa itu memberi kemudaratan kepada kesihatan ibu yang hamil ataupun memberi mudarat kepada si anak yang menyusu, adalah wajib bagi si ibu untuk qada' puasanya dan membayar fidyah.

Walaubagaimanapun, sebagai ibu yang mahu menyusukan anak dengan susuibu, perlu yakin bahawa susuibu itu adalah anugerah rezeki dari ALLAH. Maka dengan pertolongan ALLAH jua susuibu akan tetap ada walaupun si ibu itu berpuasa.  Keyakinan perlu seiring dengan usaha.  Si ibu perlulah pastikan tubuh badannya sihat dan kekal bertenaga. Elakkan tekanan perasaan, terlalu penat dan penjagaan makanan dengan baik sangat membantu bagi ibu menyusu untuk menjayakan ibadah puasa.

Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. 

Pengalaman saya sendiri yang telah menyusukan anak-anak saya, saya amalkan pengambilan protien yang khusus iaitu Energizing Soy Protien selain vitamin tertentu semasa bersahur dan berbuka. Selain itu saya sangat suka amalkan pengambilan minuman isotonik tanpa gas seperti performance Drink demi memastikan badan saya tak dehydrate disebabkan berpuasa sambil terus menyusukan anak. Memang satu kepuasan bagi saya !

Bagi menjayakan penyusuan, Kaliti kesihatan ibu sangat dititik beratkan. Kesihatan ibu ditahap yang optimum sangat membantu bagi si ibu menjayakan perjalanan penyusuannya. Bagi yang tak pernah lagi mencuba ESP , boleh cuba sekarang kerana harga sangat sangat menarik boleh di dapati dari saya! Emailkan kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau nhmi2011@gmail.com untuk mengetahui harga Euphoria Breastfeeding Set with ESP. Penjimatan yang sangat banyak! Jom berpuasa dengan penuh keyakinan dan kesihatan yang baik!!!!


July 15, 2011

MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN LEBIH BERTENAGA DAPATKAN PROMOSI TERKINI!

Saya menawarkan promosi yang terkini dari Euphoria. Namun, saya hanya boleh berikan melalui email demi menjaga keharmonian sejagat :)
 
 
Untuk mengetahui promosi terkini, anda boleh lakukan mana-mana satu di bawah :-
  • Email ke nr_yu86@yahoo.com atau nhmi2011@gmail.com dengan tajuk "PROMO JULY"
  • Tinggalkan email anda di komen entry ini.
  • Jadi rakan NUR HIDAYU di Facebook untuk mengetahui update terkini.

Ada tawaran terhad juga kepada 10 pembeli terawal! Jom emailkan untuk mendapatkan promo terkini!

BERMINAT? ? Nak order boleh email nr_yu86@yahoo.com atau nhmi2011@gmail.com or sms ke 019-3789778 DAN JANGAN LUPA UNTUK  KONSULTASI PERCUMA.