assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kali nie , Mama Ayu nak share pasal kes anak ke empat nie #ummumaryam.
Sebelum tue, Mama Ayu nak pesan setiap orang pengalaman nya tak sama. Ini pengalaman apa yang Mama Ayu alami sendiri, dan Mama Ayu bukan nya doktor atau pakar dalam bab-bab ini. Ada yang lagi arif dan pakar lagi.
Cerita nya macam nie, kalau ikutkan due date Mama Ayu ialah pada hari Isnin 6/3/2017. Tapi di sebab kan hari Jumaat 3/3/17 Mama Ayu ada check up ibu hamil kat Salam Shah Alam Specialist Hospital, dan bila doktor scan kata baby dalam perut dah 4kilo.
|
baby #ummumaryam masa di NICU |
Doktor terus nasihatkan, kiter cuba check yerk kot2 jalan dah terbuka. Sebab kalau tunggu hari Isnin 6/3/17 jugak baby dalam perut akan bertambah besar. Jadi syukur alhamdulillah bila lepas proses VE atau check bukaan Mama Ayu memang dah 4cm.
Terus kena masuk labour room hari Jumaat 3/3/17. Walaupun perasaan berdebar tue ada kan. Tapi nak tak nak kena lalui jugak kan.
Ok jom sambung balik entry...
Macam biasa dah kat labour room, first doktor akan buat CTG kat perut nak tengok bacaan jantung baby dan tengok tahap contractions si ibu kan.
Lepas tue proses pecah air ketuban. Malang nya, air ketuban Mama Ayu dah bertukar colour hijau. Maksud nya baby dah start membuang di dalam perut dan sangat bahaya jika di biarkan baby lama dalam perut.
Doktor kata biasa bila air ketuban dah hijau. Bacaan jantung baby tak cantik dan bukaan lambat pihak doktor akan terus kan dengan kelahiran secara pembedahan.
Tapi nak di jadikan cerita, di nama kan rezeki Mama Ayu ,bacaan jantung baby cantik dan doktor baru check bukaan Mama Ayu pukul 4.30petang tapi pukul 5.06petang dah selamat bersalin. Masa nie syukur alhamdulillah sangat2 sebab Mama Ayu tak pernah lalui proses kelahiran secara pembedahan.
Betul apa orang kata, bila kiter fikir yang baik-baik, maka baik lah jadi nya. Tapi semua nya dengan izin Allah S.W.T , aturan yang terbaik hanya dari Allah S.W.T
Biasa kalau lepas bersalin, baby akan sentiasa ada sebelah si Ibu kan. Malang nya si baby #ummumaryam anak Mama Ayu nie ,dah tertelan air ketuban hijau tue dan sangat bahaya jika lambat amik tindakan dan takut kuman merebak ke kawasan paru-paru. Pernafasan baby #ummumaryam nie pun tak cantik. Sebab abis semua hidung termasuk air ketuban.
Jadi baby di masukkan segera ke NICU dan di pantau oleh nurse khas. Satu baby satu nurse yang akan pantau untuk tengok bacaan pernafasan baby dan sebagai nya. Baby Mama Ayu duduk NICU 2 malam. So bila waktu menyusu memang nurse akan jemput Mama Ayu di ward untuk ke NICU susukan baby.
Di sebab kan baby kena tahan, baba pun tak bagi Mama Ayu balik. Sebenarnya,Mama Ayu dah boleh keluar wad dah pada hari Sabtu 4/3/17 tapi di lanjut kan bermalam di wad sampai 7/3/17. Tapi kenang kan nak menyusu kan baby, baba suruh Mama Ayu duduk jerk hospital.
Apa tindakan doktor pakar kanak-kanak akan laku kan bila baby tertelan air ketuban hijau.
1. Doktor akan buat imbasan x-tray untuk tengok berapa peratus kuman yang masuk ke paru-paru. Kes baby #ummumaryam nie syukur alhamdulillah sikit jerk peratus nya. Mama Ayu tak ingat berapa dah doktor cakap hari tue.
2. Doktor akan amik sample darah baby sikit nak detect sama ada jangkitan kuman atau tak. Dan sekali jalan check jaundis jugak.
3. Doktor akan on antibiotik selama 5 hari.
Ramai tanya Mama Ayu kenapa baby boleh membuang awal dalam kandungan walaupun belum sampai due date atau dah ter over due lagi.
Ok, Mama Ayu sendiri pun takde jawapan untuk soalan tue. Tapi Mama Ayu boleh share sebar sedikit kat bawah nie.
Hasil dari pembacaan dan gali ilmu sedalam yang mungkin, jika warna air ketuban tersebut berwarna hijau,
Petanda apakah itu?
Ada beberapa faktor yang memang menyebabkan air ketuban berwarna hijau, di antaranya iaitu seperti berikut:
*Infeksi
*Hamil lewat waktu
*Gangguan pada janin (tekanan)
Air ketuban ini boleh saja terinfeksi jika sudah lama ketuban tersebut pecah dan tidak segera dilakukan tindakan proses kelahiran, sehingga banyak kuman yang masuk kedalam ketuban tersebut. Dan hal ini pastinya boleh mengganggu keadaan bayi yang memang masih berada di dalam rahim.
Jadi dalam kes baby #ummumaryam nie mungkin di sebabkan oleh tekanan atau kata senang baby stress kot. Tapi entahlah Mama Ayu tak pasti. Janji semua nya selamat dan di permudahkan.
Syukur alhamdulillah, baby Mama Ayu duduk NICU 2 hari jerk (Jumaat 3/3/17 - Sabtu 4/3/17). Lepas tue hari Ahad 5/3/17 hingga Selasa 7/3/17 dah duduk wad kanak2 dengan Mama Ayu sekali.
Oh ya hari Sabtu Mama Ayu dah keluar wad bersalin terus tukar ke wad kanak-kanak. Masa nie dah lega sangat2 sebab baby dah ada dengan kiter.
Bila dah boleh balik rumah, makna nya baby kiter dah ok dah. Cuma biasa lah bahagian idung tue tersumbat kesian tau bila nak bersihkan hidung baby. Takut di buat nya ,cuma buat perlahan2 proses pembersihan tue.
Syukur Alhamdulillah baby #ummumaryam dah ok dah.
Apa yang Mama Ayu nak pesan, sebagai ibu kiter jangan panik gelabah tak tentu pasal tau. Serahkan pada yang arif dan fikirkan yang baik-baik.
Waduh-waduh sejak akhir nie, panjang lebar pulark entry Mama Ayu. Maafkan yerk harap korang tak jemu nak baca blog "EFB"
apa yang di share kan dalam blog ini, ada lah berdasar kan pengalaman sendiri sahaja. mungkin setiap orang tak sama apa yang mereka lalui.
jika rasa perkongsian ini bermanfaat, syukur alhamdulillah sangat-sangat.
Terima kasih banyak tau sebab kalian sudi singgah dan membaca di "Eijam's Family Blog"