March 11, 2012

TESTIMONI: XSANGKA SGT..STILL BOLEH DAPAT HAMPIR 7OZ SAAT INI

Ok kali ni ayu nak kongsi testimoni ayu sendiri.. ayu skrg nie as WAHM, so walaupun dah jadi WAHM nie, tapi ayu still pam walaupun kekerapan mengepam tue xdelah sehebat bekerja dulukan.. tapi ayu still pam jugak sebab kekadang ayu ade minta org,mak dan husband jagakan kan anak sebab ayu nak keluar pergi pos barang lah, pegi jumpe org lah pegi buat urusan tue dan ini lah hehhehe.. . tapi macam xpercaya jerk bila sesi mengepam pada tarikh 07/03/2012 sekali  pam ayu still ade harapan untuk dapat hampir 7 oz... yippie suka sangat.... Ayu bersyukur sesangat dapat hampir 7 oz disaat iman now dah masuk setahun 6 bulan... syukur alhamdulillah..  so nie gambar yg disnap sepantas kilat untuk dikongsi kan dengan anda...





Bagi ayu senang penyusuan susu ibu bukan lah semudah ABC tapi kiter  sebagi ibu kena faham konsep penyusu.. Jika anda ingin menyusu kan baik anda ini antara tips yg dapat membantu kalian dalam menjayakan penyusuan susu ibu..


Satu-satunya cara paling efektif untuk meningkatkan kuantiti susu ialah dengan mengosongkan payudara sekerap yang mungkin.

How can I increase pumping output?




To speed milk production and increase overall milk supply, the key is to remove more milk from the breast and to do this frequently, so that less milk accumulates in the breast between feedings.
sumber : http://www.kellymom.com/bf/pumping/pumping_decrease.html




So, mari kita study cara nak tambah kuantiti susu dan nak mempercepatkan penghasilan susu badan ni :-

A.PAM, PAM, PAM
- susukan bayi sekerap mungkin apabila bersama bayi
- pam susu sekerap mungkin. minimum 6 kali sehari (3 kali di ofis sekurang-kurangnya ; dengan satu sessi power pumping setiap hari). optimum ialah 8 - 12 kali sehari. ini tidak termasuk sessi direct-feed.
- pam setiap kali ada kelapangan. selepas bayi menyusu, semasa bayi tidur. boleh gunakan kekerapan 2, 3 jam sekali sebagai panduan.
- cluster pumping --> duduk berduaan dengan bayi dan breastpump anda, dan cuba pam dan susukan bayi berselang seli setiap setengah jam ke sejam selama beberapa jam.
- buat power pumping


BREAST YANG DIKOSONGKAN
- berapa lama anda pam bagi setiap payudara? dicadangkan untuk tujuan meningkatkan penghasilan susu badan, anda harus pam selama 15 minit each breast. lebih baik jika dapat gunakan kaedah double pumping.teruskan mengepam walaupun sebelum 15 minit susu dah tinggal setitik dua.
- guna kaedah double pumping. sangat berkesan especially bagi mereka yang berhasrat nak maintain milk supply. namun still depends on individu. ada juga ibu-ibu yang lebih  suka gunakan kaedah marmet.
- apply kaedah breast massage dan breast compression
- make sure pam yang digunakan tu selesa dengan anda. keselesaan turut membantu ibu dalam penghasilan susu yang dipam.


MENGAMBIL GALACTAGOGUES
- boleh amalkan makanan penggalak susu seperti oats, horlicks, barli, keju dan lain-lain yang bersesuaian dengan tubuh masing-masing.
- anda juga boleh mengambil milk booster seperti shaklee dan alfalfa untuk membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

Ini semua adalah basic yang saya harap boleh membantu kawan-kawan yang mengalami masalah 'susu-tak-banyak-masa-pam'.Diharap nie dapat membantu...
 
 
Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...