Mcm mana nak hasilkan semula susu yang banyak sebab kini bila sekali pam je memang dapat dalam 1oz je..jika dulu boleh dapat sekurang-kurangnya 3-4 oz sekali perah.
Susu dapat dihasilkan dengan banyak apabila si ibu kerap mengosongkan payudara. Pengosongan payudara perlulah dilakukan melalui memberi hisapan secara langsung kepada bayi atau sesi perahan.
LEBIH KERAP PAYUDARA DIKOSONGKAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN.
Namun banyak faktor mempengaruhi penghasilan susuibu. Antaranya ialah kesihatan ibu serta mood si ibu. Kesihatan yang baik membantu si ibu untuk meneruskan sesi penyusuan susuibu dengan lebih baik. Mood yang baik dan bebas dari sebarang tekanan juga membantu susuibu dihasilkan dengan baik. Maka dengan itu si ibu perlulah pastikan pengambilan makanan yang seimbang serta memastikan jiwa sentiasa tenang.

Namun sayangnya rata-rata ibu hari ini hanya makan disebabkan dua perkara iaitu
1) yang mengenyangkan dan
2) yang menjimatkan.
Hanya segelintir yang memikirkan kualiti dan memenuhi keperluan semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Apa yang kita makan mempengaruhi apa yang dihasilkan. Jika kita makan secara ala kadar, maka yang dihasilkan juga sedemikian. Sebatang tebu takkan dapatkan hasilkan satu jug besar air tebu....
Pemakanan sangat perlu dititikberatkan selain pengambilan air yang mencukupi demi memastikan si ibu kekal sihat dan tidak mengalami hidrasi disebabkan menyusukan si manja tadi.
Sangat digalakkan sekiranya berkemampuan, maka cuba dapatkan supplement yang membantu menutupi segala ruang kosong zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Jika tak berkemampuan maka boleh dapatkan dari klinik kerajaan yang diberikan secara subsidi.

Ibu yang sihat mempengaruhi aktiviti dan rutin harian yang dilakukan. Si ibu yang sihat pastinya dapat menguruskan diri, keluarga dan kerjaya dengan lebih baik. Biasanya golongan ini adalah ibu yang berkeyakinan untuk terus berjuang dalam penyusuan. Hasil susuan juga tidak kurang menarik perhatian ibu-ibu ...masakan tidak, susuibu kelihatan lebih pekat, kekuningan, anak mudah kenyang dan lena tidur dan saya alami dengan dua2 anak saya.
Berbeza dengan ibu yang sihat pada kadar biasa yang hanya amalkan pemakanan yang dipengaruhi oleh faktor kenyang dan jimat. Biasanya ibu ini mudah mengadu penat, mood yang swing dan jiwa yang mudah terganggu akibat tekanan luar.
Pastinya berbeza ibu yang amalkan vitamin dan yang tidak amalkan vitamin....maka tepuk dada tanya selera. Manakah anda sebenarnya?
credit
No comments:
Post a Comment
SILA LER COMMENT YERK DEAR BLOGGER'S... I LOVE YOU