Pages

May 26, 2017

SELAMAT BERPUASA DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH

Bulan puasa Ramadhan sudah tiba, bulan puasa adalah bulan yang suci,
syukur alhamdulillah ..syukur alhamdulillah
Allah S.W.T memberi kesempatan untuk
*memperbaiki diri
*menyucikan hati
mari kita sambut dengan hati yang penuh rasa gembira, dan Mama Ayu (Eijam's Family Blog)sebagai admin mengucapkan selamat berpuasa, dan maafkan segala dosa..mungkin Mama Ayu telah bersalah dalam penulisan sehingga telah meyakiti hati pembaca..
oleh kerana itu, bulan yang penuh barakah ini , Mama Ayu  mohon maaf yang sebesar besarnya ..
tolong maaf kan Mama Ayu (Eijam's Family Blog)..


March 28, 2017

PENGALAMAN ANAK SENDIRI TERTELAN AIR KETUBAN HIJAU

assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kali nie , Mama Ayu nak share pasal kes anak ke empat nie #ummumaryam.

Sebelum tue, Mama Ayu nak pesan setiap orang pengalaman nya tak sama. Ini pengalaman apa yang Mama Ayu alami sendiri, dan Mama Ayu bukan nya doktor atau pakar dalam bab-bab ini. Ada  yang lagi arif dan pakar lagi. 

Cerita nya macam nie, kalau ikutkan due date Mama Ayu ialah pada hari Isnin 6/3/2017. Tapi di sebab kan hari Jumaat 3/3/17 Mama Ayu ada check up ibu hamil kat Salam Shah Alam Specialist Hospital, dan bila doktor scan kata baby dalam perut dah 4kilo. 

baby #ummumaryam masa di NICU

Doktor terus nasihatkan, kiter cuba check yerk kot2 jalan dah terbuka. Sebab kalau tunggu hari Isnin 6/3/17 jugak baby dalam perut akan bertambah besar. Jadi syukur alhamdulillah bila lepas proses VE atau check bukaan Mama Ayu memang dah 4cm.

Terus kena masuk labour room hari Jumaat 3/3/17. Walaupun perasaan berdebar tue ada kan. Tapi nak tak nak kena lalui jugak kan. 
sebelum tue kalau nak tahu lebih lanjut pasal pengalaman bersalin boleh klik kat link di bawah:-

http://nhmi.blogspot.my/2017/03/pengalaman-bersalin-anak-ke-empat.html
Ok jom sambung balik entry...

Macam biasa dah kat labour room, first doktor akan buat CTG kat perut nak tengok bacaan jantung baby dan tengok tahap contractions si ibu kan.

Lepas tue proses pecah air ketuban. Malang nya, air ketuban Mama Ayu dah bertukar colour hijau. Maksud nya baby dah start membuang di dalam perut dan sangat bahaya jika di biarkan baby lama dalam perut. 

Doktor kata biasa bila air ketuban dah hijau. Bacaan jantung baby tak cantik dan bukaan lambat pihak doktor akan terus kan dengan kelahiran secara pembedahan. 

Tapi nak di jadikan cerita, di nama kan rezeki Mama Ayu ,bacaan jantung baby cantik dan doktor baru check bukaan Mama Ayu pukul 4.30petang tapi pukul 5.06petang dah selamat bersalin. Masa nie syukur alhamdulillah sangat2 sebab Mama Ayu tak pernah lalui proses kelahiran secara pembedahan. 

Betul apa orang kata, bila kiter fikir yang baik-baik, maka baik lah jadi nya. Tapi semua nya dengan izin Allah S.W.T , aturan yang terbaik hanya dari Allah S.W.T

Biasa kalau lepas bersalin, baby akan sentiasa ada sebelah si Ibu kan. Malang nya si baby #ummumaryam anak Mama Ayu nie ,dah tertelan air ketuban hijau tue dan sangat bahaya jika lambat amik tindakan dan takut kuman merebak ke kawasan paru-paru. Pernafasan baby #ummumaryam nie pun tak cantik. Sebab abis semua hidung termasuk air ketuban.

Jadi baby di masukkan segera ke NICU dan di pantau oleh nurse khas. Satu baby satu nurse yang akan pantau untuk tengok bacaan pernafasan baby dan sebagai nya. Baby  Mama Ayu duduk NICU 2 malam. So bila waktu menyusu memang nurse akan jemput Mama Ayu di ward untuk ke NICU susukan baby.

Di sebab kan baby kena tahan, baba pun tak bagi Mama Ayu balik. Sebenarnya,Mama Ayu dah boleh keluar wad dah pada hari Sabtu 4/3/17 tapi di lanjut kan bermalam di wad sampai 7/3/17. Tapi kenang kan nak menyusu kan baby, baba suruh Mama Ayu duduk jerk hospital. 

Apa tindakan doktor pakar kanak-kanak akan laku kan bila baby tertelan air ketuban hijau.

1. Doktor akan buat imbasan x-tray untuk tengok berapa peratus kuman yang masuk ke paru-paru. Kes baby #ummumaryam nie syukur alhamdulillah sikit jerk peratus nya. Mama Ayu tak ingat berapa dah doktor cakap hari tue.

2. Doktor akan amik sample darah baby sikit nak detect sama ada jangkitan kuman atau tak. Dan sekali jalan check jaundis jugak.

3. Doktor akan on antibiotik selama 5 hari.
Ramai tanya Mama Ayu kenapa baby boleh membuang awal dalam kandungan walaupun belum sampai due date atau dah ter over due lagi.

Ok, Mama Ayu sendiri pun takde jawapan untuk soalan tue. Tapi Mama Ayu boleh share sebar sedikit kat bawah nie. 

Hasil dari pembacaan dan gali ilmu sedalam yang mungkin, jika warna air ketuban tersebut berwarna hijau,

Petanda apakah itu? 

Ada beberapa faktor yang memang menyebabkan air ketuban berwarna hijau, di antaranya iaitu seperti berikut:

*Infeksi
*Hamil lewat waktu
*Gangguan pada janin (tekanan)

Air ketuban ini boleh saja terinfeksi jika sudah lama ketuban tersebut pecah dan tidak segera dilakukan tindakan proses kelahiran, sehingga banyak kuman yang masuk kedalam ketuban tersebut. Dan hal ini pastinya boleh mengganggu keadaan bayi yang memang masih berada di dalam rahim.

Jadi dalam kes baby #ummumaryam nie mungkin di sebabkan oleh tekanan atau kata senang baby stress kot. Tapi entahlah Mama Ayu tak pasti. Janji semua nya selamat dan di permudahkan.

Syukur alhamdulillah, baby Mama Ayu duduk NICU 2 hari jerk (Jumaat 3/3/17 - Sabtu 4/3/17). Lepas tue hari Ahad 5/3/17 hingga Selasa 7/3/17 dah duduk wad kanak2 dengan Mama Ayu sekali. 

Oh ya hari Sabtu Mama Ayu dah keluar wad bersalin terus tukar ke wad kanak-kanak. Masa nie dah lega sangat2 sebab baby dah ada dengan kiter.

Bila dah boleh balik rumah, makna nya baby kiter dah ok dah. Cuma biasa lah bahagian idung tue tersumbat kesian tau bila nak bersihkan hidung baby. Takut di buat nya ,cuma buat perlahan2 proses pembersihan tue. 

Syukur Alhamdulillah baby #ummumaryam dah ok dah.

Apa yang Mama Ayu nak pesan, sebagai ibu kiter jangan panik gelabah tak tentu pasal tau. Serahkan pada yang arif dan fikirkan yang baik-baik.

Waduh-waduh sejak akhir nie, panjang lebar pulark entry Mama Ayu. Maafkan yerk harap korang tak jemu nak baca blog "EFB"

apa yang di share kan dalam blog ini, ada lah berdasar kan pengalaman sendiri sahaja. mungkin setiap orang tak sama apa yang mereka lalui.

jika rasa perkongsian ini bermanfaat,  syukur alhamdulillah sangat-sangat.

Terima kasih banyak tau sebab kalian sudi singgah dan membaca  di "Eijam's Family Blog"




March 16, 2017

AMALAN SEMASA HAMIL DAN TIPS ELAK KAN KOYAK SERTA ELAK KAN JAUNDIS

assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kelahiran ke empat nie, baby besar kalau nak di banding kan dengan kelahiran pertama hingga ketiga..
The Saidatulnissa Sister's
kelahiran pertama - baby 3.2 kg
kelahiran kedua - baby 3.45 kg
kelahiran ketiga - baby 3.55 kg
kelahiran keempat - baby 3.9kg


hihhihii gelaran "budak gemok"

ramai yang tanya petua, apa yang Mama Ayu amalkan, sebab tanpa koyak kan dan baby boleh bersalin normal.

Mama Ayu share kan, serba sedikit yang Mama Ayu amalkan.. Sebenarnya takde petua sangat.
Sebelum tue Mama Ayu nak ingatkan, Mama Ayu nie bukan nya pandai sangat banyak kekurangan nya. So kalau ada yang lebih arif boleh sharw dan tinggalkan comment di blog "EFB" yerk.. 

Seperti sedia maklum, Mama Ayu nie masa awal kehamilan macam biasa tak de apa2 petua. Tapi masa masuk 16 weeks, pergi check up doktor scan ada nampak lagi satu kantung. Tapi kantung tue kosong, Mama Ayu ingat hamil kembar kot 

Tapi, malang nya lepas rujuk doktor pakar, doktor kata Mama Ayu ada cyst kat uri. Oh tidak rasa bermacam2 perasaan timbul. Tapi doktor nasihat kan Mama Ayu jangan panik sebab cyst tue kecil.
Walaupun doktor nasihat kan jangan risau. Mama Ayu mana boleh duduk diam, sesiapa yang rapat dengan Mama Ayu tahu bertapa kelam kabut dan runsing nya Mama Ayu nie.. 
 
Bila balik rumah lepas check up, Mama Ayu google pengalaman orang yang pernah alami nasib yang sama ngan Mama Ayu.

Setiap orang masalah mereka tak sama, ada alamj cyst yang besar dan ada yang kecil. 

Jadi apa tindakan Mama Ayu bila hadapi situasi begini.

Pertama:-
Walaupun Mama Ayu berada pada tahp kerisauan yang melampau. Mama Ayu cuba bawa bertenang jugak dan terapkan fikiran yang positive. Pasti setiap perkara yang berlaku ada hikmah nya.

Kedua:-
Bila kita tahu yang kita ada masalah.. cuba gali ilmu dan banyak membaca.

Ketiga:-
amal kan pemakanan yang membantu mencegah atau membantu untuk permasalahan tersebut.

Ok jom tengok apa yang Mama Ayu amalankan sepanjang kehamilan.

1. Set Hamil Shaklee
Mama Ayu, amalkan set kehamilan nie dari hamil kedua tau. Sebab masa nie, baru ada rezeki bertemu jodoh ngan Shaklee. 

Bila kita dah beli supplement ini, sila lah makan dan jangan culas yerk jika nak rasai keberkesanan nya.

*vitalea
-kaya dengan iron (zat besi) dimana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
- Anemia ini merbahaya kepada anak dan ibu kektika bersalin kelak.
- pengambilan mulivitamin amat penting semasa mengandung.
- Vitalea adalah produk wajib ketika hamil.

*b complex
-ianya unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
- ibu kena tahu yang Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.
-ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnnya 200@400 mcg (1@2biji)  asid folik sehari.

*vitamin C
-membantu dalam proses pembinaan kolagen, menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
-meningkatkan sistem pertahanan dan membantu dalam penghadaman bagi ibu-ibu mengandung.
-juga meningkatkan kadar serapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



*ostermatrix
- membantu bayi untuk mendapat tulang dan gigi yang sihat tanpa menganggu kalsium untuk keperluan tubuh si ibu.
- ia juga membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot bagi ibu-ibu mengandung.
-kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

*omega guard
-nie lah produk yang Mama Ayu amal kan bila tahu ada cyst di placenta. Bila scan balik masa 20 weeks , syukur alhamdulillah cyst Mama Ayu mengecut dan hilang.
-minyak ikan tulen sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
- mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
- manakala untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

*ESP
memberi tenaga ibu mengandung, di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
-ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat serta untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
-membantu ,membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
-keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu pertumbuhan plasenta dan penghasilan susu.

Anda yang berminat nak dapatkan Shaklee ini, boleh dapatkan dari Mama Ayu 
email;- nhmi2011@gmail.com 
Whatsapp:- 019-378-9778

2. Kurma
Stock kurma kat rumah Mama Ayu memang tak pernah putus. Kalau setiap hari Jumaat baba selalu belikan kurma buat stock kat rumah. Tapi sejak Mama Ayu tahu ada bekalan makanan sunnah nie kat Mahnaz Food, Mama Ayu beli borong jerk kat sini. Memang setiap kelahiran Mama Ayu akan amalkan kurma nie. Sehari Mama Ayu akan makan dalam 5 biji.

Kurma nie banyak khasiat. Kemungkinan atau kebetulan salah satu petua untuk memudahkan proses bersalin. Tapi semua nya dengan izin oleh Allah S.W.T
Sebab sejak kelahiran pertama sampai ke emlat rezeki Mama Ayu ,dah buka jalan 4cm ke 5cm, Mama Ayu tak sedar dan tak rasa sakit.

Bila rasa sakit jerk terus baby dah terkeluar. Syukur Alhamdulillah Allah S.W.T permudahkan semua urusan bersalin ke semua anak2 Mama Ayu.

3. Delima (Elakkan Jaundis)
Entah kenapa, kali ke empat hamil nie memang suka giler apa2 yang ber asaskan delima. Tak kira lah.. buah delima ke, pati delima gulsan ke dan jus delima.

bersalin hari  Jumaat 3/3/17, kalau ikut Mama Ayu dah  boleh keluar hari sabtu 4/3/17. Tapi di sebabkan baby #ummumaryam tertelan air ketuban bernajis tue so baby keluar selasa 7/3/17.. sekali  jerk check jaundis di klinik kesihatan pada rabu 8/3/17 syukur alhamdulillah .. jaundis #ummumaryam ok. doktor kata bacaan bawah 150 ok.
Setiap kali pergi #Mahnazfood kat Shah Alam tue mesti borong jus delima dan beli pati gulsan tue.

berkotak Mama Ayu beli kalau pergi Mahnaz Food kat Shah Alam tue
Amalan makan pati delima gulsan nie pun membantu masalah cyst dan membantu untuk baby terhindar dari jaundis.
#ummumaryam semalam jerk berlapikkan cahaaya biru

Walaupun baby ummu maryam nie berdarah O positive. Alhamdulillah bacaan jaundis die masih di tahap terkawal. Biasa nya yang jenis berdarah O nie jaundis tinggi. Bacaan jaundis normal ikut kata doktor bawah 150 .

Sedia maklum setiap baby yang lahir mereka akan alami jaundis, cuma samada tinggi atau rendah jerkbaby.

Lagi satu tip elakkan jaundis, amal kan jugak minum air sengkuang cina ketika akhir2 kehamilan.

Tapi selepas kelahiran sila susukan bayi anda dengan kerap tau.

Jadi ibu hamil sila borong delima tau, amalkan dari awal kehamilan.

4. Susu
Kali nie Mama Ayu setiap bulan mesti borong susu fullcream #dutchlady. Tekak kali nie lebih terima susu ini sahaja, berbanding susu2 untuk ibu hamil.

Hari2 mesti Mama Ayu buat resipi nie..



ikut mood tekak, susu segar perisa jagung +  ESP + kurma


ESP + 5 biji kurma + susu dutchlady fullcream + ais
campur kan semua, blend bersama ais.. sedap dan nikmat nya.. tapi dalam pantang Mama Ayu buat dan amalkan jugak resipi nie cuma takdelah letak ais 

5. Air Kelapa Muda.
Bertapa sedap nya air kelapa nie. Mama Ayu start amal kan ketika  kandungan masuk 37 minggu. Dalam seminggu boleh kata kan dekat 5 biji lah Mama Ayu minum sampai lah tiba nak bersalin kikikikiki  .. lagi2 klu minum coconut shake klebang kikikikiki.. nafsu kemain lagi Mama Ayu nie 

air kelapa muda + pati delima guslan
6. Elakkan koyak kan
pasal tak koyakkan ketika meneran tue. Mama Ayu xde petua khusus. Cuma Mama Ayu buat apa yang dalam gambar nie.



  

Dan bila masa kiter tengah tahap memuncak sakit tue  Mama Ayu amalkan teknik pernafasan yang betul.

Rasa ini jerk yang Mama Ayu amalkan sepanjang kehamilan. Mama Ayu tak de amalan rahsia.
Harap sebar sedikit dapat membantu kalian. Mama Ayu bukan pakar, ini cuma berdasarkan pengalaman Mama Ayu jerk.

Tapi apa yang paling penting, kite sebagai ibu nie, doa banyak2 fikir yang positive2 sahaja.

Rasa dah panjang lebar entry nie.

Terima kasih banyak tau sebab kalian sudi singgah dan membaca  di "Eijam's Family Blog"


March 11, 2017

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE EMPAT UMMU MARYAM

assalammualaikum dan salam sejahtera.

pertama sekali syukur alhamdulillah sebab Mama Ayu dah selamat melahirkan anak yang ke empat pada hari Jumaat 3 March 2017 tepat pukul 17.06 pm.. 

Walaupun masih tak percaya anak dah empat tau.. apa-apa pun syukur alhamdulillah rezeki Allah S.W.T kurniakan buat kami suami isteri.. ameen 

hospital pilihan kali ini, ialah Shah Alam Specialist Hospital (SALAM). Kenapa pilih bersalin kat SALAM disebab kan doktor yang sama masa bersalin anak ketiga di Pusat Bersalin Barakah tahun 2013  nanti lepas cerita entry pengalaman bersalin , Mama Ayu buat review pasal SALAM hospital nie ok..
ok jom start tulis entry pasal pengalaman bersalin ke empat nie.. 

Jeng.. Jeng..Jeng.. 

Macam biasa, anak2 Mama Ayu memang terkenal dengan jenis yang lambat keluar dari perut kikiki..
Anak pertama:- 40 weeks 5 days
Anak kedua :- 39 weeks ngam
Anak ketiga :- 41 weeks 7 days
Anak keempat:- 39 weeks 5 days

ada sebab kenapa anak ke empat nie bersalin pada 39 weeks 5 days bersamaan hari Jumaat 3 March 2017 nie..macam biasa, hari tue normal check up, kalau ikutkan mood Mama Ayu malas nak datang check up dah kat SALAM nie.Sebab ingat sakit baru jerk terus ke hospital.Lagi pun Mama Ayu tak pernah miss check up di klinik kesihatam jugak. 

masa sesi menunggu giliran appointment Mama Ayu sempat update status di instagram direct link terus ke facebook..entah kenapa berdebar sangat dan berdoa semasa check up nanti terus buka 6 cm.. sebab tak larat dah nak bawa perut kikkikiki

Sekali tergerak hati nak pergi jugak check up kat SALAM nie pada hari Jumaat 3 March 2017, nasib baik suami minta tolong adik die drive kan bawa Mama Ayu check up. Kalau tak tak tahu lah.

Jumaat 3 March 2017
********************

9.00 pagi
Appointment dengan doktor, macam biasa doktor akan scan, sekali doktor terkejut bila scan perut baby estimate berat dah 4kg okay.. 

Doktor:- awak xde rasa sakit ke?

Mama Ayu:- xde pun doktor..

Doktor:- awak dah 39 weeks 5 days, baby pun besar nie risiko nak bersalin normal nie. bagi saya check jalan dulu.. kot2 buka dah ke..

Mama Ayu:- okay lah klu itu yang doktor rasa terbaik. 
proses VE pun bermula

Doktor:- awak dah 4cm nie.. kena masuk labour room nie .. baby besar ada risiko klu tunggu... tapi saya doakan urusan awak di permudahkan dan dapat bersalin normal..

Mama ayu:- hah, alamak doktor boleh tak saya balik dulu rumah tunggu suami..

Doktor:- saya nasihatkan jangan.. sebab hari nie jumaat jalan jem.. awak duduk Klang takut nak patah balik SALAM tak sempat. 

Mama ayu:- oklah bagi saya pergi makan dulu boleh tak doktor.

Doktor:- ok awak pergi jalan2 dulu, makan lepas tue terus buat deposit terus naik labour room nanti jumpa saya balik..

syukur alhamdulillah, apa yang di doakan dimakbulkan oleh Allah S.W.T, dah buka 4 cm dah.. terus macam tak percaya. Mama Ayu dah nak bersalin rupanya..
buat ibu-ibu hamil di luar sana, Mama Ayu saran kan amalan kan tips nie masa tunggu saat nak melahirkan. In Sha Allah dengan izin-NYA dipermudahkan urusan. Oh ya, teknik pernafasan yang betul jugak  perlu tau.

11.00 pagi 
Punyalah lama duduk dalam bilik doktor pukul 11 pagi baru keluar..Masa nie pergi kedai mamak sebelah ingat nak makan ngan adik ipar dan #dhiazulaikha puteri ketiga.. Sekali rasa tak selesa sebab buat VE tadi kan.. 

masa nie dah suruh baba balik keja half day sebab nak bersalin dah kan kikikiki.. baba terkejut hokey.. nasib pergi check up baba kata.. 

Mama Ayu beli nasi beriani bungkus dan milo ais kaw kikikiki.. sebab nak teran baby kan..

12.00 tengah hari
datang balik SALAM buat deposit, nasib ada adik ipar die bayarkan deposit dulu sebab Mama Ayu lupa bawa card yang baba kasi  boleh pulark teetinggal kat rumah okay..

1.00 petang
terus naik labour room, terus buat ctg.. sementara tue minta adik ipar balik bawa #dhiazulaikha sekali pergi amik si anak sulong #ainaumairah dan kak ngah #imansumaiyyah sebab hari Jumaat diorang balik awal kul 12.00 pm tapi terlambat sikit takpe. Klu hari isnin sampai khamis tak kisah sebab diorang balik kul 3.30pm. Tue sebab jumaat kelam kabut sikit. Nasib ada adik ipar .. urusan kan anak2 buah siap bagi makan siap2 sementara nak tunggu baba balik amik diorang kat rumah pulark.. 


paksu diorang siap bagi diorang lunch dulu.. nasib ada pak sue.. lega hati Mama Ayu nak berjihad bersalin kan baby

2.00 petang
lepas ctg, nurse2 kat labour room tanya.. 

nurse:- puan nak makan kat labour room ke ,kat wad ?

mama ayu:- klu nak makan kat wad boleh tak, sebab klu boleh tak nak bersalin lagi.. nak tunggu suami akak sampai dulu.

nurse:- macam nie, puan makan kat ward lepas makan datang balik labour room.

mama ayu:- ok boleh lah..

2.30 petang
dah masuk labour room, tukar baju pink, baring sambung ctg balik, berdebar-debar okay sebab tak tahu lah apa nasib.. 

macam-macam fikir, tapi fikir yang baik2 dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan..
doktor pun naik labour room pecahkan air ketuban.. tapi sayang nya.. baby dah terbuang najis dalam perut, air ketuban dah berwarna hijau. doktor cakap nasib dah buka 5 cm.. saya turun dulu lah sebab ada klinik nak periksa ibu2 hamil yang lain..

doktor target malam nanti awak bersalin In Sha Allah..

so mama ayu pun tunggu lah waktu kemuncak..  sambil tengok jam kat labour room, nurse offer nak buka tv pun mama ayu tak nak kikkikii

3.30 petang
baba pun sampai terus teman mama ayu dalam labour room. mama ayu sempat lah borak2 ngan baba.. sambil berzikir dalam hati supaya jalan cepat terbuka.. 

masa nie baru sakit yg boleh tahan lagi lah.. cuma bila bacaan sakit tue cecah 100 sekali sekala mama ayu terdiam.

4.30 petang
masa nie sakit tahap apa ntah.. tapi ada baba dan nurse tenang kan..

5.06 petang waktu kemuncak
mama ayu tengah menahan sakit, tapi kali nie rasa sakit yang boleh di kawal, mama ayu amalkan teknik penafasan dan fikir yang best2 jerk..

sekali nurse datang nak betulkan selimut kat kaki..sebab baru 5 cm kan.. sekali nurse selak jerk selimut kepala baby dah terkeluar.. 

nurse:-  *menjerit* puan oh puan tak sedar ke kepala baby dah keluar.

mama ayu:- hah tak sedar masa nie baby dah terkeluar abis dah.. dengar baba cakap syukur alhamdulillah..
doktor pun tak sempat nak naik.. so nurse yang sambut.. 

lahirlah baby girl kami yang ke empat..

nurse dan doktor terkejut sebab baby 3.9 kilo dan boleh bersalin normal..

Puteri ke empat " SAIDATULNISSA UMMU MARYAM"

masa nie mama ayu rasa lega sangat.. lepas tue terus kepenatan mamai nak tido ..
baba jerk yang borak ngan doktor.. masa proses nak tengok luka , nasib baik tak koyak tau..

syukur alhamdulillah Allah mudahkan urusan bersalin kali ke empat nie.. 

THROWBACK;-

Pengalaman Bersalin ;-

Puteri Pertama;- tengah cari link tak jumpe... kiki.. nanti edit balik kikiki



oklah rasa dah panjang lebar entry nie.. nanti mama ayu sambung lagi sebab ada pengalaman baby dah tertelan air ketuban hijau yang bernajis tue.. 

terima kasih banyak tau sebab kalian sudi singgah dan membaca  di "Eijam's Family Blog"


February 26, 2017

MENANTI SAAT KELAHIRAN ANAK KE EMPAT

assalammualaikum dan salam sejahtera..

Baru ada mood nak update balik "Eijam's Family Blog" nie. Bukan apa blog nie memerlukan masa yang agak lama dan masa kerajinan tiba untuk update new entry ..  Banyak betul yang nak di kongsi kan dalam blog "EFB" nie.  Cerita lama  dan cerita baru. Harap sikap rajin berpanjangan dan penyakit MALAS pergi jauh2 dari kamus hidup mama ayu.. huhuhuhu..

Tapikan, ada lagi ke yang sudi baca blog "EFB" nie.. Harap masih ada yang setia bersama "EFB" nie.. Mama Ayu sekarang nie sangat active di #Facebook & #Instagram jerk.. sebab cepat dan mudah..
Oklah hari nie Mama Ayu nak share something, sekarang nie Mama Ayu sedang menanti saat bersalin anak ke empat. Due date Mama Ayu jatuh pada 6 March 2017, tapi Mama Ayu tak tahu lah kali nie baby keluar cepat ke lambat. heheheh 


Sebab sebelum nie anak2 Mama Ayu:-
Si Along - bersalin 40 weeks 5 days..
Si Angah - bersalin 39 weeks ngam..
Si Alang - bersalin 41 week 7 days hampir nak kena induce tapi bila serah diri kat hospital dah buka 5cm, syukur alhamdulillah..
Si No 4 - jeng..jeng.. tak tahu bila.. sekarang nie dah 39 weeks 

Macam biasa, persiapan nak terima bakal anak keempat nie xdelah macam anak pertama. Mana yang boleh pakai Mama Ayu continue jerk.   


Sebenarnya hari nie Mama Ayu nak share set bersalin yang Mama Ayu amalan kan sejak dahulu kala 
sambil check stock yang nak kena top up. yerkler dah #39weeks nie.. masih xde tanda2 baby nak keluar .. 

kalau nak tahu Mama Ayu nie sangat susah nak minum air rebusan akar kayu tau.. Mama Ayu cuma minum air ibu kunyit jerk.. itu pun sampai tutup2 hidung tau..   

setiap orang sistem tubuh die tak sama.. so masing2 boleh ikut cara masing2 yang mana mereka rasa selesa.
Tapi ramai kata kalau nak consume shaklee nie mahal.. sebenar nya klu kiter tengok balik satu set boleh tahan berbulan2. 

Ada customer Mama Ayu yang lagi 3 bulan nak bersalin diorang budget beli sikit2.. Dan ada jugak customer Mama Ayu yang beli sekali gus.. ikut budget masing2.. dan tak de paksaan dalam membeli..
Mama Ayu memang amalan kan shaklee sejak awal kehamilan lagi.. set berpantang sekali gus untuk set menyusu.

tapi sila BERINGAT ibu2 kena tahu konsep penyusuan.. Sebab ada salah faham bila consume shaklee penghasilan susu meriah.. Tapi sebenar nya ilmu penyusuan yang penting.. Shaklee hanya sebagai usaha sahaja.. 

oklah jom baca apa yang ada dalam set berpantang shaklee.. 

Mama Ayu bagi simple penerangan sahaja..

 


Utk bersalin normal/czer boleh amik set asas bersalin + ESP.

Set asas ada:
Vitalea 120bj (2bln) - multivitamin & zat besi utk elak tumpah darah
B complex 120bj  (4bln) - utk tahan sakit, elak stress dan meroyan & menenangkan emosi.
Vitamin c 180bj ( 3bln) - utk antibodi, bantu luka cpt bercantum sbb ada kolagen
Tambahan:
Ostematrix 120bj  (1 bln) - utk lawas perut dan kalsium utk tulang & gigi
ESP 850g (1bln setengah) - utk protin bagi luka cantik, cpt baik luka dan bykkan susu badan + kulit cantik
Alfalfa 330bj  (1 bln setengah) - utk milk booster, kecutkan rahim, buang angin, ketatkan miss v
tahan lama kan vitamin shaklee kecuali ostermatrix dan esp ... 

bagi yang nak dapatkan #shaklee boleh hubungi atau whatsapp 019.378.9778
#shakleebyeijamsfamilyblog
 
Oklah cukup lah entry kali nie .. 

Di kesempatan ini Mama Ayu ingin memohon beribu kemaafan jika ada salah silap yang sengaja atau tidak sengaja sepanjang perkenalan kita dalam dunia blog nie. Maafkan Mama Ayu tau..

Doakan semua urusan bersalin Mama Ayu dipermudahkan oleh Allah S.W.T ameen 

Terima Kasih bagi yang sudi singgah dan luangkan masa kalian membaca blog "EFB" nie 