Pages

March 28, 2011

PART 4:- PROBLEM PENYUSUAN SUSU IBU DAN BAGAIMANA HENDAK MENGATASINYA

MASALAH BERHUBUNG IBU

“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”
Penyusuan susu ibu ada kalanyamemerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi.Beri perhatiankepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda danbayi. Ramai ibu yang berpendapat menyususambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, eraerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi. Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(boleh cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal bertenaga... good for mothers and babies too....saya dah amalkan 10 tahun dan sangat berpuashati!)Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik.Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.

“Saya terlalu murung untuk menyusukanbayi. Kenapa dengan diri saya?”
Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepasbersalin. Rasa kecewa bukanlah petandakelemahan atau kegagalan dan ia tidakmenjejaskan kemampuan anda untuk menjagabayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan seseorang yanganda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanyatidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu.
Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin
 
Sumber:Breastfeeding made simple(initiate by NUtrition Society Malaysia)
 

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com di sini atau sms kan kepada saya 013-6772007.




PART 3:- PROBLEM PENYUSUAN SUSU IBU DAN BAGAIMANA HENDAK MENGATASINYA

MASALAH BERHUBUNG BABY

“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”
Yang penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan bayi anda tidak sakitatau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang. Susukanlah bayidi dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuhperhatian kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara penyusuan.Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara.

“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”
Bayi mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Diamungkin meragam pada sebelah payudara keranasusu lebih banyak pada sebelah payudara sahaja.Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar mahumenghisap.Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda. Adakah anda mengambilmakanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik.Bayi meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan.

“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”
Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan.Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit.Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikitdaripada kebiasaannya (setelah dia kenyang).Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana iniboleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi.Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda.

“Bayi saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba menyusukannya?”
Sakit tekak atau jangkitan telinga bolehmenyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih enggan menyusu, cubaberikannya perahan susu menggunakan sudu.

“Bagaimana saya boleh tahu jika bayisaya mengalami cirit-birit?”
Bayi anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengankekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami ciritbirit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawabayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa doktor.

“Bayi saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?”
Tentu boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.
 
Sumber:Breastfeeding made simple(initiate by NUtrition Society Malaysia)
 
 
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com di sini atau sms kan kepada saya 013-6772007.




PART 2:- PROBLEM PENYUSUAN SUSU IBU DAN BAGAIMANA HENDAK MENGATASINYA

MASALAH SUSU

“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”
Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidakmemulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannyamudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi.Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air sepanjang hari.• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien

“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”
Adakah anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan? Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal? Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.

“Susu saya tumpah.”
Usah risau kerana ketumpahan susu di antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.

“Bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikianuntuk satu tempoh tertentu?”
Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayipeluang untuk menghisap dari payudara untukmerangsang penghasilan susu. Lakukannyadengan sabar selama beberapa hari dan andaakan dapati payudara anda akan mulamenghasilkan susu. Doktor anda juga bolehmemberi beberapa preskripsi ubat danmencadangkan makanan untuk merangsangpenghasilan susu.

“Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?”
Sudah tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat berhubung penyusuan semula.
Sumber:Breastfeeding made simple(initiate by NUtrition Society Malaysia)
 

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com di sini atau sms kan kepada saya 013-6772007.





PART 1:- PROBLEM PENYUSUAN SUSU IBU DAN BAGAIMANA HENDAK MENGATASINYA

MASALAH PAYUDARA

Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara

Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasaberlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar denganbetul.Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secarakerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah sedikit susu sebelum dan selepasmenyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkansusu ini; simpanlah untuk diberikan kepadabayidalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan olehposisi penyusuan yang tidak betul, jangkitankandida, penggunaan pengepam payudara yangtidak betul dan sebagainya. Untuk mendapatkepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuanpada puting yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruangkepada puting terdedah kepada udara danmelegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secarakerap dan gunakan pelindung puting untukmengelak puting daripada bergesel denganpakaian.Oleh kerana puting anda terlalu sensitif padawaktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas putinguntuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpadoktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini bermakna salah satu salur susu andatersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.
Sumber:Breastfeeding made simple(initiate by NUtrition Society Malaysia)

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com di sini atau sms kan kepada saya 013-6772007.





March 24, 2011

EBM JANUARY & FEBRUARY 2011

aiyooo... awatlah lupa sangat tentang ebm nie..padahal bende nie lah yg patut di update every months..nie mama berjaga malam coz kena jaga tiga orang yg tersayang warded kat pantai klang hospital due to high fever... sekali dok belek2 blog baru perasan xde entry untuk ebm Jan & Feb 2011... apalah nie dah ujung bulan March dah... heheheh so tanpa membuang masa jom kiter lihat collection EBM mama untuk Jan & Feb 2011....jeng..jeng..jeng...


untuk Jan 2011.. mama malas sikit nak perah stock.. huhuh ukan malas cuma mama kurangkan sesi perahan.. dari 5 kali ke 3 kali sehari..so total sehari ada lah dalm 15 ke 20oz... klu 5 kali perahan mama dapat 20oz ke 40 oz sehari... ukan apa satu mama nak jimat tempat lagi satu mama memang tengah busy sesangat dekat ofis... so untuk Jan 2011 hanya dapat............... cuba teka berapa????????


jawapan korang semua salah..wkakkakakaak... okies collection ebm Jan 2011 mama hanya  7 oz X 50 liner = 350 oz jerk..... sikit kan..bertapa malas yerk mama...


tapi berbeza pulark dengan ebm Feb 2011.. mama terajin skit... so nie ler hasil yerk....


7 oz X 75 liner = 525 oz jerk..apa2 mama bersyukur dengan rezeki susu mama untuk iman..dan skrg nie iman baru jerk pakai ebm Dec 2010...




March 23, 2011

ANAK2 KENA TAHAN WAD


HAI BLOGGER'S.. JUST NAK INFORM U ALL YANG PUTERI-PUTERI MAMA KENA TAHAN WAD DI PANTAI KLANG...DISEBABKAN DEMAM PANAS YANG TINGGI... PUTERI UMAIRAH SUHU BADAN SKRG 38 PLUS DAN PUTERI MAMA IMAN 40 PLUS... IMAN DAH AMIK SAMPLE DARAH UTK LAB TESTING DAN BUAT X-TRAY PARU-PARU.. HARAP-HARAP KALIAN DAPAT BERDOA UNTUK KESIHATAN PUTERI2 MAMA..JASA BAIK KALIAN HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS YERK...AMIN




March 12, 2011

SELAMATKAN MEREKA... MANGSA GEMPA BUMI DI JEPUN

CREDIT BY : GOOGLE



MAHA KUASA ALLAH... TERKEDU DAN TERKEJUT MAMA DENGAR DAN LIHAT BERITA KEJADIAN INI SEMALAM. SEMOGA MEREKA SEMUA TERSELAMAT DARIPADA BENCANA DAN MUSIBAH INI... AMIN..

JOM KITER SAMA-SAMA BERDOA AKAN KESELAMATAN MEREKA...

SAPA NAK AMIK KAMI JADI MODEL TUDUNG?????????HEHEHHEHEHE


aritue mama bawa bebudak nie gie umah opah kat ara damansara... so mase dok borak2... mama ngan cousin mama gatal nak mengena kan tudung utk mak cik nie.. so ade sesiapa nak bagi contract jadi duta tudung x???? heheheeheheh jom ler layan yerk... 


klu blogger's semua nak tau... nie mmg xtvt kegemaran si iman okies.. dok hisap xhenti.. so korang boleh jangkalah kan klu die tengah menyusu macam mana???


oohhhhhhhh nooooo.... muke terkejut anak dara sorang nie... 



nie lark muke rasa xbersalah hahhahahahaha
okies akhir sekali kenalah muke anak dara mama lagi sorang bertudung yerk..........



masa nie gambar umairah pegi kenduri kawin.. apa ntah mimpi nak pakai tudung si kecik nie.. so mama turutkan jerk.. ukan yerk bende xelokkan..bende elok die nak bertudung..heheh
                                                  

KAGUM DENGAN SEMANGAT KUAT PUAN HIDAYAH KADIR


SYUKUR ALHAMDULILLAH, WALAUPUN SMS DARI PUAN HIDAYAH NIE RINGKAS TAPI MEMBAWA MAKNA YANG MEMDALAM BAGI MAMA...GEMBIRA SANGAT SEBAB MAMA DAPAT MEMBANTU PARA IBU-IBU YANG MEMPUNYAI HAJAT MENYUSUKAN BAYI MEREKA SENDIRI.. KALI NIE TESTI DARIPADA PUAN HIDAYAH KADIR.. BELIAU ADALAH SALAH SEORANG IBU YANG TABAH.. SABAR DAN KUAT SEMANGAT.. BELIAU ADALAH SEORANG PELAJAR UPSI DI TAHUN AKHIR..  MASA BELIAU BELI TRIAL PACK SET B DARI MAMA.. BELIAU TENGAH BERADA DI UPSI TANJUNG MALIM.. MAMA KAGUM SEBAB WALAUPUN BELIAU BERAPA JAUH DARI ANAK KESAYANGAN BELIAU TETAP BERTUKUS LUMUS MEMERAH SUSU IBU UNTUK DIBEKALKAN & DIBERIKAN SUSU IBU PERAHAN KEPADA PUTRI BELIAU YANG BERADA DIBAWA JAGAAN IBU SERTA SUAMI BELIAU... DAH DUA KALI BELIAU  BELI BELI TRIAL PACK SET B DARI MAMA.. DAN MAMA SANGAT GEMBIRA BILER ADE FEEDBACK YANG POSITIF DARIPADA PUAN HIDAYAH NIE.. SEKALI LAGI MAMA HENDAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HIDAYAH KERANA PERCAYA DENGAN SHAKLEE.. DAN TERIMA KASIH JUGAK SUPPORT MAMA DALAM USAHA UNTUK MEMBANTU PARA IBU-IBU  DALAM PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EXCLUSIVE...INGAT TIADA HALANGAN UNTUK BERJAYA TIDAK KIRA DALAM APA BIDANG SEKALI PUN.. MAMA DOAKAN SUPAYA PUAN HIDAYAH BERJAYA... PUAN HIDAYAH BOLEH...AMIN...


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 013-677200





OMG !!!!! MENGANDUNG??????? ANDA PERLUKAN VITAMIN ???????...

Dalam kehidupan seorang wanita biasa, walau bagaimana sekali pun cara hidupnya, saya yakin, sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya beliau akan mengambil supplements. Bilakah waktu tersebut? Anda boleh agak jawapannya?


credit by: google

Ya, waktu mengandung.
Sebab apa? Tidak dinafikan, kita pasti risau akan kesihatan & perkembangan bayi di dalam perut. Di peringkat awal terutama trimester 1, vitamin yang tak boleh tinggal dan sangat-sangat penting ialah asid folik. Bila masuk trimester 2, fokus pada kalsium pulak. Bila masuk trimester 3, sibuk tambah Omega (Fish Oil) supaya otak bayi dapat terbentuk dengan baik (dengan kata lain, nak anak jadi bijak!), sesambil kawal kolesterol dalam badan sendiri.

Saya sendiri mengambil asid folik sebelum cuba untuk mengandung. Seelok-eloknya 3 bulan sebelum cuba untuk mengandung, tapi, saya ambil sebulan sebelum sahaja. Boleh dapatkan di klinik, rm10 untuk kegunaan 30 hari. Owh, ini cerita sebelum saya mengenal Shaklee. Hmmm, rm10 untuk khasiat asid folik sahaja, ya. Walhal, tambah lagi rm33, boleh dapat sebotol B-Complex Shaklee yang bukan sahaja lengkap dengan 8 kumpulan B, malah, boleh tahan 4 bulan! Owh, rugi pula tak kenal Shaklee awal-awal…

Ahhh, bila dah mula kira mengira nie, mengingatkan saya yang dahulu saya spend rm100++ untuk vitamin sahaja setiap bulan. Tak termasuk lagi kos khidmat gynae, ya. Setiap bulan akan dapat 3 jenis vitamin, iaitu Obimin, NeuroGain (Fish Oil) laa nie, dan lagi satu lupa lah. Kalsium, kot?
NeuroGain nie Gynae bagi bila kandungan dah 6 bulan ke atas. Setiap kali lepas habis check up saya akan cakap, “Doktor jangan lupa bagi NeuroGain, ya?”. Biasalah, excited mahukan khasiat Fish Oil tue sampai pada baby di dalam perut…

Penting sangat ker Fish Oil tue waktu mengandung? Ehh, pada saya penting sangat, terutama sebab saya memang kurang suka makan ikan. Kalau makan pun memilih, nak ikan yang sedap-sedap ajer (ikan mahal laa tue!). Jadi, saya memang suka sangat bila dalam pantang, sebab berpeluang makan ikan parang, jenahak & merah almost every alternate day! Hehehe…

Untuk maklumat lanjut tentang khasiat Fish Oil semasa mengandung, and aboleh cuba Google, ya.
Jadi, perlukah makan supplements sewaktu mengandung?
Sejujurnya, pada saya, perlu sangat. Terutama kalau diet harian tidak lengkap. Apatah lagi kalau asyik muntah-muntah tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan (supplements).
Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:

  • Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
  • OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,
  • OmegaGuard
Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,
  • Energizing Soy Protein
Buat anda yang pertama kali datang ke blog ini (Welcome!), ataupun pertama kali ingin mencuba supplements Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang saya senaraikan di atas melalui pakej percubaan 30 hari berikut:

1. Trial Pack A (30 tabs Vita-Lea, B-Comp & Vit-C) RM80
2. Trial Pack A (30 tabs Vita-lea,B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix RM130
3. Trial Pack A (30tabs Vita-Lea, B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix + 30 OmegaGuard RM170

credit by: kak n


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 013-6772007








UMAIRAH DENGAN ANAK-ANAK NYA..


saidatulnissa aina umairah syairulizam... dah makin besar dah anak dara mama yang sulong nie.. makin boleh diharap dalam urusan menjaga adik..bagus..bagus..bagus.. anak mama yang baik..pandai..solehah..taat pada Allag S.W.T.. dan mama dan baba.. okies blogger's nie mama nak citer gambar umairah bersama koleksi 2 anak-anak nya yang xseberapa nie..coz mama xde belikan banyak teddybear atau anak2 patung coz baba xkasi.. baba more berminat kepada mainan kanak2 yang berkonsepkan education lah katakan.....(@_@)


ceriakan umairah biler bergambar.. die nie mmg suke bergambar suruh ler berposing macam mana pun..tentu die akan buat.. hehhehe apalagi jom kiter kenal anak-anak  umairah ( patrick,elmo & spongebob) ...


biler dah tayang gambar anak-anak umairah...tayang ler pulark kaki umairah hhehehehhe.. lama giler xupdate citer pasal umairah... huhuh



IMAN DAH JADI AMOI???????????


hmmmmmm, rasa yerk dah lama dah mama xupdate or citer pasal anak dara mama kat dunia tenet niekan.. maklom ler busy mama yang bertukus lumus kerja..heheheh plus malas hahaha .. okiesler jom kiter layan entry kali nie... actually gambar nie diambil masa chinese new year ari tue.. masa nie nak keluar pegi tesco beli barang dapur..so mama pun saja jerk pakaikan baju nie.. nak tau baju nie mama beli RM 1 jerk tau.. masa mama beli nie baru jerk lepas tahun baru cina tahun 2008.. hhaha alang2 RM1 mama pun tanpa berfikir panjang beli jerk ler...


so macam biasa.. mak kenalah siapkan anak dulu kan sebelum keluar..l ast sekali baru lah mak die nak bersiap pulark.. heheh lepas dah make upkan si iman nie..apalagi tangkap gambar ler buat kenangan... comei x anak dara mama nie??????? comei kan (*_*)hehehhehehehe (perasan x igt)... iman nie xreti nak duduk diam klu bergambar.. sebab tue gmr bergegar sikit yerk kekawan...


okies masa utk shopping...  masa kat tesco org duk tegur2.. ckp macam anak org cina... huhuh mama senyum jerk.. cuma jawap mmg ade keturunan cina coz moyang org cina..hehhehe




March 10, 2011

HURAIAN YANG LEBIH DETAILS (PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN UNTUK BERJAYA DALAM PENYUSUAN)

Terima kasih buat yang sudi menjadi pembaca blog ibu...terharu untuk mesej2 yang ibu terima dari mereka yang membuat lawatan di blog ibu walau seketika cuma...

Sambungan dari ENTRY sebelum  yang berkaitan dengan perkara yang boleh mengurangkan penghasilan susuibu...
Ramai yang menghantar mesej tidak kurang dengan email bertanya sebab untuk setiap point yang cuba ibu sampaikan:

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak. Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protein. Protien sangat perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran anak. Jika tak percaya cuba makan telur dengan banyak atau menu yang tinggi protien seperti ayam dan daging. Namun kelemahan yang bakal kita tanggung ialah lemak dari sumber makanan itu boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukkan dan kolestrol apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Sebab kekangan inilah ibu memilih mengambil supplement seperti ESP dan alfalfa as a booster.


2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.
Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang. Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susuibu itu sendiri akan terganggu.
Bagaimana pula dengan pengambilan ais? Bagaimana ia dikaitkan dengan penyusuan? Orite, part ini ibu belajar dengan bidan. So ibu terima dengan lojik akal. Masa dalam pantang lagi, bidan pesan jangan minum ais tau, nanti susu susah nak keluar. Kena agaknya? Sebab urat akan mengecut maka pengaliran susu akan terganggu. Tidak kurang juga  ramai ibu2 yang selalu mengadu sengal kaki atau sakit2 badan.
Sebab tu kita disarankan minum air suam atau air panas, urat akan mengembang secara langsung pengaliran darah akan lebih lancar.
Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.

3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.
 Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.
Tahukah kalian kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.
Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.

Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.


4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!
Selain itu, dikhuatiri kandungan dalam pemakanan diet itu boleh mengganggu sistem usus anak. Sebab apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak melalui susuibu.

5. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.
Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan...maka sesiapa yang beramal baik pasti mendapat perhatian Allah. Susu berkurang adalah salah satu tanda si ibu kurang berdamping denganNya. Lumrah manusia akan mencari Tuhan apabila dalam kesusahan. Jika susu selalu banyak , manusia mudah alpa dan lama kelamaan akan lahir sifat riak. Ibu sendiri pernah melalui kemerunduman susu tapi sebab bila selalu muhasabah diri maka kita akan pulang ke pangkal jalan. Namun ibu percaya, ibu2 yang sentiasa beramal soleh, mengaji dan mempunyai ruang waktu untukNya, maka nikmat itu sentiasa berkekalan. Zaman sekarang dah terbalik...si ibu punya banyak masa ber FB tetapi tiada masa untuk duduk mengaji. Kita mengadu dengan manusia melalui FB susu merundum walhal mengadu dengan Allah adalah tenpat terbaik kerana dengan izinNya susu itu mengalir, maka dengan izinNya jua susu akan banyak.

Penulisan ibu bukan untuk ditujukan kepada sesiapa namun ini juga mengingatkan ibu sendiri.... jadilah manusia yang sentiasa bersyukur agar Dia akan sentiasa menambahkan nikmatNya pada kita. Amin.

Saya sentiasa mendoakan agar Allah mengampunkan dosa2 ibu yang yang menyusukan anaknya dan semoga Allah memberi keberkatan ke atas setiap rezeki yang kita gunakan untuk menambahkan penghasilan susuibu.
Wassalam.

credit by: kak n


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh email kan saya nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 013-6772007


 





PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN UNTUK BERJAYA DALAM PENYUSUAN.....

Biasanya sebagai seorang cikgu atau ibu bapa, bila keluar perkataan jangan, maka perkara itulah yang akan kita buat....
"Jangan panjat sayang, nanti jatuh."...jeritan seorang ibu pada anak lelakinya yang sedang memanjat. Bukannya si kecil berhenti tetapi lagi dipanjatnya lebih tinggi.


Lumrah manusia yang suka menentang arus... atau zaman yang dah berubah?

Untuk berjaya dalam penyusuan... cuba ELAKKAN perkara berikut:

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.

3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.

4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu.  
Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!

6. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.


credit by: kak n


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 013-6772007

TRAVEL TELEKUNG !!!!!! CANTIK-CANTIK TAU...


apa perasan korang bier nampak telekung2 yang warna-warni kan???????? cantik tak???????? bagi mama mmg cantiklah plus senang nak dibawa kemana2.. letak dlm handbag jerk..xperlu nak beratur tunggu telekung biler kiter ke surau awam... 


hahhhaaaaaaa kecilkan.. bukan saja size yang kecil malah menyenangkan pengguna yerk jugak..  xmakan banyak space kat dlm handbag dan ringan.. xberat...



ukuran die sesuai utk orang yang xberapa tinggi sangat..ertikata lain yang sedang2 jerk.. klu tinggi sangat kenalah pakai kain lain..so far mama pakai xde masalah lah..cuma lebihkan sikit kain tue ke bawah..


tadddaaaaaaaaaaa dah selesai solat boleh bawa ke hulur hilir... senang kan... so jomlah cuci mata terjah boleh nie..........................



mama beli telekung nie dari mama yerk ofismate.. kak nani aka mama kembar 3.....so kepada sesiapa yang berminat boleh terjah di sinie  
Itsy Bitsy Secrets so apa lagi happy shopping yerk.. beli tau jgn xbeli...hehehehehehehe




DOOR GIFT FOR AIN & AINI TWIN (06/03/2011)


alhamdulillah akhir yerk terlaksana impian mama nak buat door gift untuk cik puan ain & aini twin... enjoy buat cupcakes untuk door gift nie..walaupun kurang tido..tp seronok dan berasa puas ati yang xterhingga.... just simple cupcakes... vanilla cupcakes with simple decoration...  tp kali nie xberapa kemas due to rushing nak buat itu nie... tp xpe xdeler teruk sangat kan... hahahah ayat nak sedapkan diri sendiri....




dah siap packaging.. huhuh semoga baking project mama nie makin maju dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah..amin.. usaha tangga kejayaan...




March 09, 2011

KESAN SAMPINGAN YANG PERLU KITA TAHU BILA CONSUME VITAMIN SHAKLEE

Tidak salah kita berkongsi perkara yang membawa kebaikan pada seluruh manusia sejagat. Saban hari permintaan ke atas trial pack Shaklee sangat menggalakkan. Pada perkiraan ibu, sebulan melebihi 500  pack yang kami kongsikan bersama kenalan baru.
Buat yang masih baru mengenali vitamin Shaklee, berbesar hati ingin ibu nyatakan kelebihan Shaklee ialah kerana ianya telah lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi? Pertama sekali yang buat ibu sangat puashati ialah kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Permintaan set B yang kami sediakan dalam bentuk pakej adalah sangat sesuai buat ibu yang sedang menjayakan penyusuan susuibu. Apakah vitamin yang terkandung dalam trial pack set B sebenarnya? Dalam pakej ini mengandungi 30 Multivitamin @ Vitalea, 30's B complex, 30's Vitamin c dan 60 biji Alfalfa.
Namun ramai yang tidak tahu kepentingan utama pengambilan vitamin ini. Hakikatnya pengambilan vitamin ini membantu tubuh ibu sihat dan sustained iaitu kekal bertenaga walaupun bekerja.

KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin  Shaklee ini ialah :


  1. Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih.
  2. Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.
  3. Badan tidak mudah rasa lesu dan letih.
  4. Sentiasa rasa bersemangat.
  5. Fikiran lebih positif.
  6. Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang.
  7. Kita  tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil.
  8. Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air dalam sehari. 
  9. Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.
Maka kerana kesan utama inilah ramai wanita yang dulunya makan Shaklee hanya untuk tujuan penyusuan kini masih meneruskan makan vitamin Shaklee kerana merasa kelebihan dan kebaikkan walau sudah tidak menyusu lagi.

Namun sesuatu yang telah buat ibu sedar, rupa-rupanya terdapat KESAN SAMPINGAN bila makan vitamin ini terutama bagi ibu yang menyusu kerana ramai testimoni yang menulis dan ianya diakui oleh ramai ibu yang mengamalkan set B Shaklee ini antaranya ialah :


  1. Susuibu menjadi lebih pekat.
  2. Susu berubah menjadi lebih kekuningan atau sedikit kehijauan
  3. Penghasilan susu mula menampakkan peningkatan terutama apabila kerap menyusukan bayi mahupun sesi perahan yang konsisten sehingga payudara kosong.
  4. Payudara mudah rasa bengkak terutama apabila si ibu tidak skip makan dan membuat perahan @ direct feeding sehingga payudara benar2 kosong SECARA KONSISTEN.

Ada yang bertanya, penting ke SUSUIBU PEKAT atau CAIR?

Susu pekat atau tidak : ia balik kepada kepuasan individu (si ibu). Khasiat susu ibu mmg terbaik. Cuma nasi kalau makan berlauk lagi sedap dari di makan begitu sahaja. Jika mampu then amik supplement, jika ada kekangan dan rasa tak perlu, tak perlu amik pun tiada masalah.
setiap individu punya taste yang berbeza. Ada org suka minum sbg cth milo yang cair, tetapi tidak kurang juga ada yg suka minum milo yg pekat. Hakikatnya ia tetap milo dan tidak berubah menjadi air sirap..... Sama dengan susuibu.

Pemakanan atau fokus pengambilan supplement bukanlah utk memekatkan susu tetapi membantu tubuh ibu...   untuk sustained iaitu kekal bertenaga, ceria, mood yang stabil namun secara tidak langsung kesan vit membuatkan susu menjadi lebih pekat. sekali lagi dimaklumkan susu pekat bukan fokus utama pengambilan vit tetapi kesan lain selain membantu si ibu sustained. Bagi working mom yang punyai jadual makanan tak teratur mmg digalakkan amik supplement supaya badan tak mudah penat, tak mudah stress and etc. Supplement ada byk, tidak semestinya Shaklee namun dapatkan yang tiada pewarna, tiada perasa tambahan supaya badan menyerap vit dengan sepenuhnya dan lebih baik. Walau bagaimanapun yg punyai kekangan cuba dptkan dr klinik kerajaan.

 Namun bagi yang TIDAK menyusukan anaknya ,mereka tidak akan mempunyai kesan sampingan ini sekiranya mereka consume semua vitamin dalam set B.




Sekadar maklumat tambahan

Apakah kepentingan setiap vitamin ini sebenarnya?
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Shaklee tidak membanyakkan susu. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama iniiaitu perah dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong, minum 3 L air sehari (biar sedikit2 tetapi berterusan) dan doa yang berterusan.

credit by: kak n

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh email kan saya nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 013-6772007



March 02, 2011

VITAMIN, SUSUIBU DAN KESANNYA PADA IBU DAN ANAK


 Soalan yang biasa dan suka emak2 di luar bertanya :

Orang tanya, benarkah pengambilan vitamin Shaklee boleh buat susuibu pekat?
Memang benar kerana pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.

Mengapa bila susu pekat anak minum sedikit, adakah benar anak mudah kenyang?
Samakah bila kita minum milo pekat dengan milo cair? Pasti tidak ...cuma nama minuman itu tetap milo. Jika baby terbiasa dengan susuibu yang sedikit cair dan bila tiba-tiba berubah menjadi pekat, anak hanya akan minum sedikit sahaja untuk membiasakan dengan rasa baru tersebut. Jika selepas minum anak tak mudah merengek atau nangis, insyaALLAH ia puas walaupun hanya dengan minum sedikit.

Benarkah susu pekat itu bermakna susu mengandungi banyak vitamin?
Tiada kajian yang saintifik dilakukan namun yang pasti apa jua si ibu makan akan disalurkan kepada si anak melalui susuibu. Hanya melalui pengalaman saya dan pemerhatian ke atas ibu2 yang mengamalkan pengambilan vitamin mendapati perubahan yang ketara kepada pertumbuhan si anak di mana 6 bulan pertama perkembangan sangat2 mengalakkan selain bayi dikatakan mempunyai tahap kesihatan yang baik berbanding sebelum si ibu itu mengamalkan pengambilan vitamin.

Apakah fungsi utama pengambilan vitamin sepanjang mengandung dan sepanjang penyusuan?
Ibu mengandung diwajibkan mengambil vitamin b, folic asid, obimin (multivitamin) serta tablet zat besi jika didapati kekurangan darah. Ini demi mengurangkan risiko kematian si ibu apabila melahirkan anaknya.

Namun selepas melahirkan si ibu itu mempunyai pilihan untuk menyusukan anaknya dengan susuibu atau susu formula. Maka kepentingan vitamin ini tidak dipentingkan seperti masa mengandung. Namun untuk ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu dan  bagi yang sedar tentang cara hidup yang terkejar2, masakan yang ringkas dan tidak mengikut panduan piramid makanan, faktor persekitaran yang sangat tercemar, pasti meneruskan pengambilan vitamin demi kesihatan diri. Vitamin ini hanya membantu agar si ibu itu sustained bertenaga, energetic, ceria dan bersemangat sepanjang hari. Bila si ibu itu sihat dan bersemangat, pasti matlamat penyusuan 2 tahun menjadi sasaran walau apapun dugaan yang datang.

semoga entry nie dapat membantu ibu2 diluar sana yerk.. happy breastfeeding...

credit by: kak n












Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 013-6772007.