" Saya sangat suka dengan ESP dan Ostematrix Shaklee. Selepas saya amik
dua ni selain set B, breast saya senang bengkak. Alfalfa tak serasi
dengan anak saya, dia senang cirit. kalau saya amik lebih dari 2 biji.
Ini komen seorang pengguna set B.
Pada mulanya beliau cuma seorang pengguna set B. Tetapi kerana
kawan-kawannya dah mencuba ESP dan ada yang dah makan Ostematrix, kawan
ni teruja dan membeli.
Saya pun terangkan seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini bahawa
komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan kalsium diikuti oleh
semua zat mineral yang lain untuk pembesaran dan pertumbuhan si anak.
Bagi yang tak tahu, protien diperlukan untuk bina sel. Sel membentuk
organ, seterusnya dari organ terbentuklah sistem. Kalsium diperlukan
dalam pembentukan saraf dan tulang serta darah. Zat mineral lain
diperlukan dalam proses pertumbuhan dan pembesaran.
Hakikatnya susuibu adalah yang terbaik kerana ia satu pengikat kasih ibu
dan anak, kesinambungan pengaliran makanan selepas anak dilahirkan.
Bertambah hebat jika ia cukup dengan nutrisi yang diperlukan oleh si
anak untuk membesar.
Kata kawan saya seorang doktor :
"
Perasan tak, syarikat susu formula berlumba-lumba untuk menambahkan
formula ke dalam susu mereka yang kononnya bagus untuk otak anak dan
kesihatan si manja? Susu formula yang mahal, yang bertaraf gold
dikatakan kaya dengan banyak folik asid, zat besi, carotene yang bagus
untuk pertumbuhan otak dan pembesaran anak.
Jadi
kenapa ibu yang menyusu tidak mahu berusaha memastikan susuibu yang
disalurkan kaya dengan nutrisi dan bagus untuk pembesaran otak anak dan
pertumbuhannya? Susuibu adalah terbaik dan adalah lebih baik apabila si
ibu menjaga pemakanannya."
Mungkin ada sesetengah melihat , alah vitamin jek pun....tetapi tanpa
disedari vitamin ini tidak kita titikberatkan dalam makanan seharian.
Sebagai contoh asid folik, memang ada dalam banyak makanan, tetapi
adakah pengambilan itu benar-benar mencukupi untuk keperluan badan kita
seterusnya untuk diberi/ disalurkan kepada anak tadi melalui susuibu?
Begitu juga dengan zat besi, adakah anda pastikan makanan harian anda
kaya dengan zat besi?
Tepuk dada tanya selera. Pada pendapat saya secara peribadi : memberi
anak susuibu bukan salah satu jalan jimat tetapi lebih kepada ikatan
kasih sayang dan hati anak yang dibentuk dari darah ibu sendiri. Saya
sendiri menyusu anak lebh dari dua tahun, namun saya membelanjakan duit
saya kepada vitamin supaya anak saya membesar dengan baik dan mengharap
agar hatinya mudah dibentuk.
Saya pegang pada kata-kata : Duit boleh dicari, dan setiap anak
dilahirkan dengan rezekinya....banyak keinginan saya dulu saya bantutkan
kerana duit saya habiskan kepada vitamin, tetapi bila mereka dah besar
dan menyusu dengan lengkap, memberi satu kepuasan pada saya. Segala
keinginan saya lenyap dengan kepuasan :)
Balik pada diri ibu....anak adalah anugerah terindah. Bayangkan berapa
ramai pasangan yang telah lama berumahtangga yang masih berusaha
mendapatkan anak. Maka kita yang dah ada, hargailah setiap saat bersama
anak.
credit
Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau nhmi2011@gmail.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma.