Pages

July 25, 2011

PAYUDARA LEMBIK DAN TIDAK MENARIK?

Semua wanita mahukan kelihatan menawan maka penjagaan luaran dan dalaman sangat dititikberatkan. Saya mempunyai kenalan rapat yang berkongsi masalah payudaranya yang tidak kenyal.Maka saya cuma maklumkan biasanya payudara lembik atau tidak anjal disebabkan oleh pemakanan kita serta cara hidup. Badan perlukan protien untuk kekal elastik atau kenyal selain itu senaman memainkan peranan penting agar ia badan kelihatan menarik. Saya mencadangkan beliau menambahkan beberapa hidangan protien dalam menu hariannya. Antara makanan yang tinggi protien ialah ikan, telur, ayam dan daging. Namun masalah yang dihadapi ialah apabila makanan ini digoreng dengan minyak biasa, ia akan disertai dengan kolestrol dan ini menyebabkan kekangan yang besar maka oleh kerana ini merupakan antara sebab mengapa ramai yang memilih supplement dalam melengkapkan mana-mana zat dan nutrien yang kurang dalam badan.

Saya mencadangkan beliau amalkan minum soya protien yang telah saya amalkan selama 11 tahun, alhamdulillah. Selepas seminggu, beliau sms saya bahawa suami beliau sendiri menegur tentang perubahan yang beliau lalui. Syukur alhamdulillah. Gembira hati saya membaca testimoni kawan saya...." Beb, suami aku kata breast aku anjal lepas seminggu minum ESP ko....best2. aku suka sangat!!!!!"

Rasanya banyak entry sebelum ini juga saya telah kongsikan kebaikan Energizing Soy Protien atau nama pendeknya ESP. Ramai yang dah cuba, dapat merasai perbezaannya provided mendapat konsultasi yang sempurna akan mendapat kesan yang optimum.

Ini antara maklumat tambahan yang bagus untuk bacaan :
Penjagaan payudara 



  • Makan sedikit lemak haiwan. Makan ikan yang berminyak dan tukar kepada minyak zaitun extra virgin bukan lagi minyak goreng standard.
  • Top up diet anda dengan suplemen antioksidan, termasuk vitamin C, E, beta-karoten mineral selenium. Juga makan banyak buah-buahan segar yang kayaantioksidan dan sayur-sayuran, khususnya bawang merah, bawang putih, lobak merah,tomato, brokoli, kubis dan kubis bunga.
  • Makan lebih banyak serat, terutama gandum, rye, millet, beras merah dan kacang-kacangan. Serat membantu untuk menggerakkan makanan melalui usus dan boleh mengurangkan penyerapan semula estrogen.
  • Hadkan alkohol - boleh menyebabkan peningkatan kadar estrogen.
  • Menghadkan pengambilan pada kopi, cola, coklat dan teh pekat.
  • Tingkatkan pengambilan protein anda. Protein diperlukan untuk membina dan menjaga nada otot dan pejal. Protein juga menyediakan Kolagen sangat diperlukan. Di syorkan tiga hingga empat kali sehari pengambilan makanan yang mengandungi protein.
  • Hal lain yang penting untuk mengelakkan 'melorot' atau payudara 'kendur' memakai bra menyokong yang elok, terutama semasa kehamilan dan sukan.




oh ya, sebelum anda membeli apa-apa produk protien, pastikan pengedar itu turut amalkan pengambilan protien serta tahu keadaan kesihatan anda. Konsultasi sangat penting.

Terima kasih sekali lagi kepada yang telah membuat pesanan dan tempahan ESP sepanjang minggu ini sehingga hujung bulan. Sokongan anda sangat saya hargai.

credit


Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com  atau nhmi2011@gmail.com sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma.




SUSU CAIR????


Pendapat mengatakan susu perahan yang cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu yang cair itu tidak baik. Sebenarnya, ia cukup sempurna!
 
Jika mengepam payu dara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak).

 
Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.
Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat.

 
Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!
Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara esklusif dalam tempoh 0 hingga 4 bulan adalah 142g hingga 198g seminggu.
Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali berat ketika lahir.
Kajian (Kent 2006) ke atas ibu dan bayi(1-6 bulan) yang mengamalkan penyusuan susu ibu di Australia mendapati:

  • 28% bayi menyusu dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 14% bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 58% bayi menyusu sama ada dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • Kebanyakkan bayi bangun malam untuk menyusu sehingga 6 bulan.
  • Purata jumlah sesi penyusuan dalam sehari adalah 6-18 kali.
  • Jumlah susu yang diminum untuk setiap sesi penyusuan adalah dalam lingkungan 30-135 ml (1-4.6 oz)
  • Ibu yang menyusukan secara esklusif menghasilkan susu antara 500-1350 ml (17 oz – 44 oz sehari)
  • Pengambilan susu harian bayi yang menyusu susu ibu tidak berubah dan stablil dari 1 hingga 6 bulan
(Kesemua fakta yang disenaraikan dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan).
Ibu yang bekerja mungkin menghadapi masalah untuk mengepam dengan lebih efektif dan sukar mendapatkan milk ejection reflex.
  1. Faktor kurang masa atau tempat yang tidak sesuai serta terbuka menyebabkan ibu sukar bertenang ketika mengepam.
  2. Jika tidak berupaya mengumpul susu perahan yang mencukupi ketika bekerja, pam di waktu lain sebagai tambahan kepada sesi pengepaman yang dilakukan di waktu pejabat.
  3. Jangan sesekali mengenepikan sesi penyusuan terus kepada bayi.
  4. Kebanyakan ibu menyusukan mendapati lebih mudah untuk mengepam di waktu pagi ketika susu masih banyak.
  5. Pam sama ada sejam sebelum menyusukan bayi atau sejam selepas menyusukan bayi untuk sesi penyusuannya yang pertamaa untuk hari itu.
  6. Pilihan pengepaman lain yang boleh dicuba ialah pam terlebih dahulu kemudian terus susukan bayi atau pam sebelah payudara sambil menyusukan bayi menggunakan sebelam payu dara lagi (tandem nursing)
  7. Memerah menggunakan tangan (marmet) selepas sesi penyusuan turut membantu mengosongkan payu dara dengan lebih baik.
Dalam memastikan bekalan susu berkekalan, susukan bayi atau pam sekerap yang boleh. Apabila berada di rumah, susukan bayi dengan kerap di waktu malam. Semoga berjaya!



credit : sayamahusihat.com


Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com  atau nhmi2011@gmail.com sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma.





July 23, 2011

MENGAPA TIDAK SAYA WAS WAS

Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.



Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.



Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah



Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.
SHAKLEE AMERIKA


SHAKLEE JAPAN















SHAKLEE MALAYSIA
SHAKLEE CANADA




















Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.




July 20, 2011

SEDIKIT TIPS PENYUSUAN UNTUK IBU BERKERJAYA-INILAH REALITI NYA

Saya suka berkongsi... kerana the more we share the more we gain... InsyaAllah. Semoga berkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda terutamanya ibu-ibu bekerjaya macam Alin... Fikir-fikirkan!!


Kak N, 
saya nak minta pendapat mengenai penyusuan. Anak saya baru berusia 3 bulan. Susu saya tak banyak dan saya mula jadi stress mengenangkan hal ini. Saya ada seorang kenalan juga yang banyak ilmu breastfeeding jadi dia selalu memberitahu saya bahawa ibu itu boleh menyusukan anaknya tanpa perlu amik apa2 milk booster atau supplement. Kawan saya juga bagi tahu yang tak perlu beli pam yang mahal, just guna pam biasa atau guna tangan aje


Saya kerja 8 hingga 5. Balik rumah dah dekat jam 7 nak tempuh jem bagai. Balik nak kena masak untuk suami. Kalau dah penat sangat saya cuma masak nasi berlauk telur dan kicap. Nak makan luar selalu tak larat juga duit keluar. Saya penat sangat. Saya rasa give up nak menyusukan anak terutama bila kenangkan penat dan masa saya mengepam yang adakala guna tangan membuat banyak kerja tergendala. Bila baca blog akak membuka minda saya yang mungkin saya perlu amik vitamin untuk saya bertenaga dan mungkin boleh menolong saya dapat hasilkan susu banyak buat anak saya. Tolonglah saya kerana saya kebuntuan.
- Aini
Ibu resah, KL.

Bersama ini ibu copykan balasan email ibu buat tatapan ibu2 baru yang juga mengalami masalah yang sama.
Salam Aini,
Pertama sekali akak ucapkan tahniah dan syukur ke hadrat Allah kerana Aini adalah antara jutaan manusia yang diberi petunjukNya untuk menyusukan anak dengan susuibu. Akak doakan Aini kuat semangat untuk terus berjuang demi anak tersayang.

Masalah Aini adalah masalah biasa yang dilalui oleh mana2 ibu yang bekerja dan dalam waktu yang sama menyusukan anaknya. Apabila bekerja badan kita memerlukan lebih tenaga tambahan pula badan perlu menghasilkan susu. Apa yang dinyatakan oleh kawan Aini itu betul, iaitu
1. ibu itu boleh menyusukan anaknya tanpa perlu amik apa2 milk booster atau supplement. Namun ianya bergantung pada situasi si ibu. Statement itu hanya boleh diguna pakai kepada ibu yang berjaya menjaga pengambilan makanannya iaitu sentiasa seimbang dalam semua zat keperluan yang diperlukan oleh tubuh manusia. Bak kata orang tua, ukur baju di badan sendiri. Jika kita tahu bahawa kita tidak mampu untuk memasak yang dapat memenuhi semua zat keperluan harian kita, tidak salah mengambil supplement. Dan bukan semua badan ibu itu sama. Kita bukannya robot tetapi manusia biasa maka tindakan  penghasilan susuibu antara cepat atau lambat pada setiap ibu adalah berbeza. Ada ibu memang tidak perlukan milk booster tetapi ada juga  ibu yang perlukan milk  booster seperti alfalfa. Ada ibu yang mana pengambilan 2 bj alfalfa sehari memberi impak yang besar ke atas penghasilan susuibu namun tidak kurang juga ibu2 yang perlukan sehingga 6 bj sehari alfalfa untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.Balik kepada realiti dan diri kita sendiri.
Seterusnya statement dari kawan Aini iaitu tak perlu beli pam yang mahal, just guna pam biasa atau guna tangan aje. Betul. Namun jika berkemampuan, tidak salah mengeluarkan belanja untuk membeli pam yang selesa dan memudahkan kerja. Boleh guna tangan sahaja jika si ibu mampu melakukannya. Bagi yang bekerjaya sudah tentulah tidak boleh nak menular lama sangat jika sekadar nak solat dan mengepam...pasti hilang keberkatan rezeki pendapatan yang kita terima. Pam mahal atau murah tidak menjadi persoalan. Balik kepada keselesaan si pemakai. Pendapat akak secara peribadi...tepuk dada tanya selera. Memang ada yang berjaya membuat stok dengan hanya mengepam menggunakan tangan tetapi SEMANGAT memang kena kuat kerana tekad.
Perumpamaan yang dapat akak berikan ialah... seorang pejalan kaki , seorang yang menaiki kereta manual dan seorang yang memandu kereta automatik.Jika pejalan kaki itu memang seorang yang punyai kekuatan langkah jangkauan yang besar, sudah pasti berjalan laju itu menjadi kelazimannya. Bagi yang berkemampuan, mereka boleh memilih sama ada hendak memilih memiliki kereta manual atau kereta automatik. Sudah pasti semuanya balik pada diri individu itu sendiri.
Kesimpulannya hanya Aini yang tahu kekuatan diri Aini.
Yang penting penyusuan ini akan berjaya jika
  • sentiasa menjaga pemakanan
  • sentiasa mengepam dengan konsisten
  • minum air mengikut keperluan badan. Jika mengambil supplement perlukan lebih air.
  • sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan Allah.
  • istiqamah dalam segala urusan.
Apapun , balik kepada realiti diri kita. Memang akak boleh bagi cadangan, dan memang ramai yang boleh bagi nasihat namun sama ada boleh diaplikasi atau tidak balik kepada diri kita sendiri.



credit

July 19, 2011

DEDAHKAN RAHSIA DAPAT SUSU BANYAK

Kisah benar ...mari baca.


First of all sorry sangat sbb x sempat nk share kemujaraban produk shaklee tu..suka ati je nk guna word 'kemujaraban' tu kn..actually nk show betapa baik n bagus nya produk shaklee.. 1st time ida jmpe produk yg dpt selesaikn masalah sy selama ni di samping membantu para ibu2 yg berpantang. ida akn story ape je yg shaklee ni dh bantu body ida:


Masa bpantang (BF Set) - Jaundice:
Shaklee produk yg best cz x perlu la ida nk telan produk2 bsalin tradisional cm ubat periuk or jamu..ida lak jenis yg mmg susah nk mkn ubat sket la. most important , ida dpt solution utk elak mkn jamu. my 1st baby dulu jaundice n sy x dbenarkn oleh pakar utk ambil jamu. Adam (1st baby) almost kne tukar darah n pecah rekod kt HSA (hospital sultanah aminah, JB) sbb reading jaundice plg tinggi..smpi doktor tny apa yg sy mkn msa preggy..sdih sgt ..so 4 my 2nd baby (Adeeb) , shaklee is alternative x pyh mkn jamu..Yg bestnya, even adeeb ade gak jaundice but only 1 week je..abg dia dulu 1mnth...superb kn? alhamdulillah..thx sgt Iffa sbb introduce this produk kt sy..
Migrain / Sembelit :
 

Ida ni mmg pesakit Migrain yg tegar since form 3 lg..this produk really help me especially msa dlm pantang..even x ckup tdo, migrain x dtg menyerang pon..alhamdulillah...body x rsa letih spnjng pantang, luka jahitan pon cepat sgt baik..tu plg best.. lagi 1 psl sembelit or buasir..mmg ida ade sakit gak..so far alfalfa sgt membantu..smooth je aktiviti kt tandas..syukur sgt..klu x mmg perit n menyakitkan..
 

Milk Booster:
Shaklee is one of the best product yg i jmpe as milk bosster.. Alfalfa n ESP sgt best..susu makin meriah je..plg menakjubkn is sekali perah dpt 14oz..ida pon cm x caya..within 30 minit je tau, pkai manual pam (avent) jek..caya x?

so kt cni ade skit tips yg ida nk share bout my schedule pumping session..klu rsa sesuai leh la follow..pemakanan pon kne gak jga ..cam ida mmg x mkn ikan..so khasiat protein mmg dah ilang..so ESP help me gak to cover back my protein.. 


- 3 or 4 sesi pumping/day (ni kt opis je tau) ..balik umah kne pump gak + df
- consume 3M set (jgn skip makan yek)
- mkn 2 biji alfalfa every time lps sesi pumping
- mnum Susu Anmum (apa2 brand pon x pe) yg dicampur ESP : 2x/day (pagi/mlm)
- Mnum fresh soya + tempe (ari2 sy makan..sy suke sgt tempe..:) = as protein sbb sy x mkn ikn..


Jadi, apakah perkara utama yang harus anda lakukan? Dapatkan cukup stimulasi dari direct feeding dan breastpumping. Masih ingat 3 Perkara Utama yang Iffah selalu tekankan? Yang Pertama yang wajib anda patuhi ialah “Supply Vs Demand” konsep. Minimum 8-12 kali sesi perahan/direct feeding dalam masa 24 jam adalah wajib untuk anda lakukan dengan istiqamah.
Shaklee suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda. Ya, betul Alfalfa dan ESP sangat membantu melancarkan penghasilan susu tetapi ia adalah tindakan yang berbentuk gabungan:

  1. Tubuh yang sihat
  2. Supply Vs Demand
  3. Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak.
  4. Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
  5. Istiqamah iaitu konsisten.
Shaklee Supplement ialah “Ia bukan sekadar Milk Booster”. Manfaat yang diperoleh terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dll) Senang cerita it repair, rejuvenate, and nourish tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran. Terasa rugi bukan kerana anda masih belum mencubanya?


Testimonial_Shaklee_Confinement_Breastfeeding_Set_Milk Booster_SayaMahuSihat_June 28
Testimonial_Shaklee_Confinement_Breastfeeding_Set_Milk Booster_SayaMahuSihat_June 27
Wahidah juga turut berkongsi pengalaman beliau di blog peribadi beliau. Anda bolehlah membaca kisah beliau di link berikut:






Petikan di ambil dari : sayamahusihat.com.
dan better you better world

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com  atau nhmi2011@gmail.com sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma.

EUPHORIA TRIAL PACK

 Bagi mendapatkan senarai penuh Euphoria Trial Pack beserta senarai harga, sila hantarkan email kepada

1)  nr_yu86@yahoo.com

ATAU

2) nhmi2011@gmail.com

dengan TAJUK EMAIL :   Euphoria Trial Packs.

Anda akan mendapat balasan email dalam kadar segera.




Boleh email kepada saya atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma.

SAYA MINUM SOYA BUATAN SENDIRI SETIAP HARI...LEBIH ASLI

"Beza ke kalau saya amik ESP dan minum air soya yang saya masak sendiri setiap hari? Saya rasa sama sahaja malah air yang saya masak lebih sedap lagi dan lebih asli."
Hmmmm... pada saya memang berbeza, malah sangat berbeza! Mengapa sangat berbeza yer???!!   

credit.

Saya cuba selongkar semua buku koleksi saya tentang pemakanan untuk mencari kebenaran tentang protien. Akhirnya saya bertemu juga satu buku yang bertajuk Five Basics by Dr. Bruce B. Miller.


Apa yang saya faham... protien terbentuk melalui gabungan 9 molekul asid amino. Ianya sangat sensitif dan mudah terurai jika suhu tinggi. Shaklee menghasilkan ESP melalui proses pengewapan dengan suhu yang dikawal demi menjaga kualiti protien itu sendiri.


Tetapi jika kita sedar
...apabila kita memasak air soya, kita akan masak sehingga mendidih. Suhu atau takat didih asasnya melebihi 100 darjah celcius. Kebarangkalian untuk 9 amino asid terurai sangat tinggi...maka protien mungkin terdiri daripada amino asid yang tidak lengkap.

Saya mengambil petikan dari buku yang saya baca...

High quality protien contains the nine essential amino acids in balanced amounts. Low quality protien does not contain these nine essential amino acids in proper amounts. If one essentials acid is missing, the protien is incomplete and it cannot be utilized effectively (by itself) in the body.
A complete low fat protien supplement can provide you with all the nine amino acids in proper balance. At the same time as you reduce the cholesterol and saturated fat in your diet, you can ensure an optimal intake of high quality protien.
Selain itu tertulis dalam buku tersebut, ahli sains mendapati kekurangan protien yang berpanjangan boleh menjurus kepada beberapa penyakit seperti anemia, kidney disease, liver disease, high cholesterol, low blood preassure, low blood sugar, nerve instability, peptic ulcers, poor wound healing, lack of resistance to infection, poor circulation, poor vision, irritability,fatigue, weakness and water retention. A child who consumes too little protien over a prolonged period of time can even suffer mental retardation.
Sebab itu saya dengan yakin mengesyorkan ibu-ibu yang mengandung mahupun menyusukan anak mengambil ESP jika mempunyai kemampuan sebagai makanan tambahan harian kita agar tubuh kita tidak membesar seiring dengan pembesaran anak . Ini kerana ramai teman saya yang menyusukan anak mereka akan kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum melahirkan anak atas alasan mereka perlu makan lebih banyak agar lebih banyak susu diperolehi.
Protien Shaklee adalah non GMO soy :  soya Shaklee adalah soya yang dicuci dengan air, BUKAN dicuci dengan alkohol dan punya banyak khasiatnya.
Cara penyediaan & Dos Cadangan
  • Bancuhkan 1-2 sudu besar Energizing Soy Protein mudah larut ini ke dalam segelas susu, jus, air atau apa sahaja minuman kegemaran anda. Goncang sebati.  
  • Pengambilan soy protien perlulah diambil dengan air sejuk, air masak biasa atau suam tetapi TIDAK BOLEH dengan air panas kerana akan menyebabkan zat dan enzim protien itu mati. 
  • Boleh buat 2-3 kali sehari, selepas breakfast, lunch dan dinner.
Last but not least, using a protien supplement can help us insure we get adequate quality protien each day and still avoid the dangers of too much saturated fat, calories and cholesterol.
 
credit
Jom kita ber"ESP"...  Boleh email kepada saya di nhmi2011@gmail.com atau nr_yu86@yahoo.com sms kan kepada saya 019-3789778 untuk pertanyaan/rundingan/belian...  
Berita baik!!!
Promo ESP @ RM?? with FREE SHIPPING 
will be extended until 31 July. 
Offer while stock last.

July 18, 2011

BILA TERLAMBAT BANGUN SAHUR, APA YANG MEMBANTU?

Bulan Ramadhan bakal tiba, pasti ramai yang tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa. Suasana Ramadhan dirindui setiap tahun. Puasa itu sendiri melatih jiwa menjadi sabar, membantu membersihkan perut serta melatih kita bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH beri kepada kita.

Sudah pasti kehadiran Ramadhan ini , persediaan awalnya kita menyediakan kurma di rumah untuk berbuka dan bersahur. Apakah kebaikan kurma?
  • 1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  • 2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
  • 3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
  • 4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  • 5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
  • 6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
  • 7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.




ikuti rahsia keluarga Kak N berpuasa bersama ESP & Performance drink...
Selain kurma, kami memastikan rumah kami lengkap dengan beberapa supplement terutamanya Energizing Soy Protien (ESP) dan Performance Drink. Sudah menjadi amalan kami sekeluarga , sebelum tidur saya akan membancuhkan satu tumbler ESP bersama Performance Drink untuk di minum seisi keluarga. Ini untuk mengelakkan anak-anak mengalami hidrasi dan bagus untuk kelembapan kulit. Selama bertahun juga kami menjadikan amalan, menyediakan segelas ESP dan Performance Drink bersama kurma sebagai pelengkap sahur dan berbuka.

Apa sebenarnya rasa ESP dan Performance bila dicampurkan?
Rasa seperti air lasi (ala-ala vitagen) dan Addin & Nasa menggelarkan air ini ialah air aiskrim.

Boleh juga diamalkan bersama kurma diblend dan dicampurkan sekali dan ia menjadi rasa yang sangat lemak.


Benarkah kenyang dan bertenaga ? Alhamdulillah memang rasa perbezaan yang ketara bila kami terlepas langsung waktu sahur yang mana bangun sahaja sudah azan subuh :( sudah pasti tidak sempat untuk bersahur.


Jika bangun di saat akhir waktu imsak, kami hanya amalkan makan kurma 5-7 biji beserta segelas campuran ESP dan Performance.
  Ia juga sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anaknya.

credit

BERMINAT? ? Nak order boleh email nr_yu86@yahoo.com atau nhmi2011@gmail.com or sms ke 019-3789778 DAN JANGAN LUPA UNTUK  KONSULTASI PERCUMA
 
 

July 16, 2011

JENG..JENG..JENG UTK ANDA .......JULY 2011




NAK TAHU CAM NER UTK DAPATKAN YERK JOM ADD AYU DI FACEBOOK.. TQ

EBM APRIL,MAY DAN JUNE 2011


wow busy yerkkan mama ayu spai berkurun lama xberupdate pasal ebm hehhehe.. okies malas jugak nak type panjnag lebar so tgk jerk collection ebm ayu yg xseberapa nie.. ok gbr yg diatas tue ebm utk April 2011. mase nie kire ditahap rajin lagi coz xde banyak sgt skip sesi mengepam ketika di office.. heheheheh


nie pulark ebm May 2011, start may mmg busy giler dan memandangkan mama tinggal sorang jerk kat office nak handle dan cover keja org yg dah berhenti. kepala berserabut asyik tengok number2 jerk.... so jgn ckplah sesi mengepam mmg asyik skip jerk.. apa2 pun still bersyukur... 

 

dan last sekali utk jun 2011, pun sama banyak skip waktu pam dan banyak bekalan fresh ebm to iman... so setakat nie jerk citer ebm... nantikan collection ebm seterus yerk.. mama doa sgt supaya rezeki susu mama sentiasa melimpah ruah amin...




BILER IMAN DAH ADA KAKI!!!!!!!!!!!!


Syukur alhamdulillah iman berusia 9 bulan dah dapat kaki, so sekarang nie nie die tgh giler berjalan.. hehehhe cepat dan pantas masa berlalu.. lepas nie cepat cakap tau iman sayang...

MISI GERAK GEMPUR RAMADHAN BUAT IBU MENYUSU DAN MENGANDUNG

Di sini saya mencadangkan suplemen Shaklee yang bersesuaian untuk anda.

Untuk ibu yang menyusukan anak
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. Alfalfa
  5. ESP
  6. Performance Drinks
Untuk ibu yang sedang hamil
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. ESP/ Mealshake
  5. Ostematrix
  6. Performance Drinks
Untuk ibu yang sedang hamil dan menyusukan
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. ESP/ Mealshake
  5. Ostematrix
  6. Performance Drinks

  • Saya menyediakan pek kecil kepada mereka yang mempunyai kekangan untuk membeli vitamin. 
  • Namun anda perlulah menghantar email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com ATAU nhmi2011@gmail.com atau  boleh juga sms kepada saya di 019-3789778 untuk mendapatkannya. 
Harap Maklum

SUSU IBU TIDAK AKAN KERING

Susu ibu tidak akan kering

Oleh NURUL IZZA ROSLY (kosmo)

UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.

Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang. Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.

"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.

"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.

Elak tertekan

Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.

"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.

Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.

Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.

"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.

Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya 


Jangan putus asa

Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.

Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.

"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.

"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.

FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?

FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.

Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.

"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.

"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.

Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.

Berlatih sejak Syaaban
Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.

"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.

"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.

Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.

"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.

Para ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan2 biasa.. 

Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.




credit

CEGAH DEHYDRATION KETIKA BERPUASA

Hari ini saya ceritakan tentang Performance Drink (PD). Ia adalah minuman Isotonik tanpa Karbonat. PD ni adalah HOT PRODUCT ketika musim berpuasa.Sebabnya???

Ada antara ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak mudah rasa sakit kepala, pening2 semasa berpuasa. Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tido, stress dan banyak lagi. Dalam kes ini, ibu akan suggest mereka ini mencuba mengambil performance drink during sahur dan berbuka, demi memastikan kandungan gula dalam darah seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi.

"Seronoknya berpuasa dengan Performance drink." Seorang majistreet mengakui kebenaran kata-kata ibu ini. Beliau sendiri dapat merasakan yang tekak tidak rasa kering dan dahaga sepanjang seharian berpuasa. Seronok tau...sesiapa yang belum mencuba , bolehlah mencuba dengan harga hanya RM67 untuk semenanjung manakala RM70 untuk sabah Sarawak. (tidak termasuk pos)

Fakta hebat mengenai Performance Drink (PD): credit to MommyLina

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Ia berperasa oren ...ala2 oren tang. Sedap. Boleh dibancuh dengan ESP untuk dapatkan rasa lebih sedap. Cara bancuhannya tambahkan 1-2 sudu besar ke dalam 250ml air. Namun PD perlu disimpan ke dalam peti air demi memastikan ianya berada pada suhu sejuk.

Ibu memang sentiasa memastikan ianya berada dalam peti ais dalam rumah. Ibu akan menyimpan stoknya sekali. Bukan apa, ia sangat bagus diminum pada hari panas terik dan tika demam agar badan tidak kekeringan akibat demam panas.
 
      Testimoni yang mengamalkan performance drink :
Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang.. ~Mommy Lyna
Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga. ~genki Momma
Testimony saya? – saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore. pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun. ~kak cery
zaza (mom of syaura, baby dia baru 5 mons ++, so fully breasfeed) - "rupanya penat berpuasa masa breastfeed baby adalah lapan kali penat puasa time pregnant ok.saya pun cuak juga before puasa, takut2 kalau bekalan susu merudumtakut letih sangat2 ke jadi saya pun membeli performance drink dari kak laila..saya start minum masa hari kedua yang saya tak puasa tu la sebab saya rasa masa tu saya dehydrate kot tu yang pening2mane taknye, lepas berbuka pukul 8 malam terus tidur sampai sahur,memang tak sempat nak minum air banyak2 alhamdulillah sejak tu saya rasa ok, dah tak berapa letih yang penting bertenaga sepanjang hari, boleh meeting sana sini, jalan sana sinitak macam first day puasa, pucat lesi, pening, nak tumbang la. hoh lembik macam sotong" (dicopy dari her blog). note : zaza beli Performance drink hari ke-2 puasa, so mmg rasa perbezaannya."
Puan Saadiah (berniaga dibulan Ramadhan) - "Alhamdulillah lain rasanya, lebih bertenaga selepas minum Performance Drink. Saya minum waktu sahur & berbuka. Beginilah berniaga, selalu terdedah tengah panas. Tak lah rasa kering sgt tekak & kepala pun tak pening. Alhamdulillah. Semua keluarga minum Performance Drink. Saya juga cadangkan pada kawan2"
Kunaz (mom of Irfan 3 mons - fully breastfeed baby)
Ok, sebelum bulan puasa saya dah try puasa sehari, puasa ganti time awal2 pregnant dulu (morning sickness teruk dowh). Dulu kan jadual pumping saya start kul 7 pagi lepas punch card. Before pam, saya bese minum malt drinks dulu, and after pam minum air masak. So masa 1st time pam masa puasa, abih pam jek saya rasa resah. Resah sebab tak dapat nak minum air. Dah berkali2 decide nak berbuka, dari kul 7 pagi sampai kul 11 pagi, dok sibuk cakap kat ofismate nak berbuka. Pastu Kak Laila introduce performance drink dari Shaklee. Mende alah tue bukan untuk banyakkan susu yer, tapi untuk keep us hydrated (ala2 100 plus) so that kite takdela haus yang melampau atau mati terjelir lepas pam. So 1st 3 days puasa memang mantap abih ah.
Hubby pun kesian gak. Terpaksa puasa 8 hari kat offshore. Penat ok kontraktor wireline puasa kat offshore, kalau client leh tahan lagi, setakat coordinate contractor. Hubby pun minum performance drink hari2 and alhamdulillah penuh jek puasa dia kat offshore tue. (dicopy dari her blog)
credit
 
BERMINAT? ? Nak order boleh email nr_yu86@yahoo.com atau nhmi2011@gmail.com or sms ke 019-3789778 DAN JANGAN LUPA UNTUK  KONSULTASI PERCUMA