Pages

October 30, 2011

BERITA BAIK!!! SET EU-FOUR PACK KHAS UTK IBU MENGANDUNG,IBU MENYUSU DAN ORANG YANG PRIHATIN DENGAN KESIHATAN DIRI...

Ayu dan group Euphoria ada berita hebat untuk semua customers dan bakal customers setia kami!

Dimaklumkan, bermula 24 Oktober hingga 30 Oktober 2011, group Euphoria akan melancarkan set terkini kami yang diberi nama SET EU-FOUR PACK! Yeay!

Kandungan Set Eu-Four Pack :
  • Multivitamin with Iron | VitaLea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
Set ini diberi nama Eu-Four Pack kerana ia mengandungi 4 vitamin asas yang penting untuk tubuh.

Keistimewaan Set Eu-Four Pack

Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.
Harga

RM296 (Harga WM). Untuk promo pelancaran, kami ada menyediakan special offer. So, sila hubungi saya sekarang ya!

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.



October 26, 2011

EBM JULY DAN AUGUST 2011

EBM 0711 hasil perahan rajin dan malas ku heheehhehe





macam biasaler ayu baru nak update gambar2 ebm yg basi sudah heheheh.. walau apa2 pun sikit ke banyak ke ebm yg dikumpul yg penting bersyukur.. alhamdulillah sehingga ari nie ayu still dapat lagi menyusukan si iman... diploma dah dapat pada 05/02/2011 ari tue.. dan ayu pun baru jerk lepas terima ijazah breastfeed pada 05/09/2011.. semoga dapat diteruskan lagi ke master pulark... amin...


EBM 0811 nie jerk hasil utk bulan lapan...
seronok tau biler kiter menyusu kan anak nie, sekarang nie ramai dah yang buka minda bahawa susu ibu the best .. dan biler keluar jejalan mesti dapat kenalan baru.. susu ibu ini buatkan ayu bertambah ramai kawan lagi... hehehhe tahniah buat semua ibu yang menyusu...semoga  kiter semua berjaya dalam penyusuan susu ibu... amin..

October 25, 2011

MACAMMANA NAK DAPAT SUSU DENGAN BANYAK???

 Bila lihat gambar ini, pasti ramai ibu2 diluar sana yang teruja.




Ini ialah hasil perahan susu ibu kepada saidatulnissa iman sumaiyyah

Bila melihat hasilnya soalan yang lazimnya orang tanya....

" Wah banyaknya. Makan apa boleh dapat banyak ni?"

Pada sesetengah  ibu baru yang belum faham konsep penyusuan, mereka mengandaikan susuibu itu banyak seperti air paip ...terus mencurah-curah begitu sahaja dengan melalui pemakanan.

Si ibu yang makan seperti orang lain juga akan menjawab..."saya makan macam biasa sama macam kalian juga cuma saya amalkan makan vitamin."

Maka si ibu baru tadi pun terus membeli apa jua jenis vitamin si ibu ini makan tanpa banyak tanya. Tapi selepas 4 minggu makan, hasil susunya masih sama. Maka si ibu baru ini terus menyalahkan produk vitamin tersebut dengan mengatakan produk ini tidak bagus dan tidak berkesan. Walhal puncanya adalah si ibu baru ini tidak bertanya dengan selanjutnya.............


Sepatutnya soalan yang seharusnya ditanya :

" Wah banyaknya. Bagaimana nak dapat hasil sebegini ya?"

Jawapan yang tepat yang perlu diberi ialah :


1. Saya membuat perahan dengan konsisten terutama bila anak saya tidur dan tidak menyusu secara langsung dari saya. 
2. Jika saya sibuk ditempat kerja, maka saya akan "counter back" dengan power pumping.
3. Saya menjaga pemakanan dan minuman saya...ditambah saya ambil vitamin demi memastikan kesihatan saya ditahap optimum dan saya dapat meneruskan penyusuan dengan baik.
4. Saya memastikan pengisian rohani supaya saya dapat mengatasi apa jua tekanan yang saya lalui;
5. Istiqamah

*Tidak dinafikan pengambilan supplement yang mengandungi protien dan kalsium membantu penghasilan susuibu dengan cepat dengan syarat si ibu kerap mengosongkan payudara melalui menyusu secara langsung atau sesi perahan yang konsisten. Ini kerana komposisi besar dalam susuibu ialah protien dan kalsium selain zat-zat lain untuk melengkapkan pembesaran dan pertumbuhan anak.




NAMUN , VITAMIN TIDAK BANYAKKAN SUSU. Makan mana-mana pihak yang cuba manupulasi kenyataan saya, saya berdoa moga ALLAH berikan taufik hidayah untuk golongan ini sebelum berkata-kata.

Rata-rata manusia hari ini hanya makan untuk dua sebab :
1. untuk memastikan perut kenyang
2. yang menjimatkan



Rata-rata kita hanya pentingnya kualiti makanan dan taraf kesihatan bila diuji dengan penyakit. Waktu ini supplement yang mahal pun menjadi murah. Berapa ramai yang amalkan pemakanan yang mengikut piramid pemakanan serta menyediakan sekurang-kurangnya sepotong buah dalam menu harian? Jika anda tergolong dalam golongan yang sangat prihatin atas kesihatan, tahniah, kerana anda tergolong dalam manusia yang beringat tentang 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara itu.


Ini pengalaman saya sendiri yang amalkan vitamin sejak mengandung, menyusukan anak dan sehingga ke hari ini...saya makan untuk tujuan kesihatan. Walaubagaimanapun sepanjang menjayakan penyusuan, vitamin membantu saya tidak keletihan terutama bila pulang kerja, saya masih mampu melaksanakan tugas dan rutin harian saya, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada suami, anak saya tidur lena kerana kekenyangan dengan susuibu dan tidak banyak karenah. Memang susu lebih pekat dari biasa (beza jika terlupa / tertinggal  makan vitamin)...so ianya sebagai satu hasil yang saya lalui sendiri. Apa yang ibu2 dah lalui itulah kenyataan dan tidak dapat diubah. Namun setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza.


Apapun sekali lagi : VITAMIN TIDAK BANYAKKAN SUSU. Ia hanya membantu si ibu sihat dan terus dapat membekalkan susuibu dengan lebih BAIK dari banyak sudut. Sesiapa yang dah lalui mereka akan tahu apa yang saya maksudkan :)

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

credit:-www.anakkuwiraku.com




October 24, 2011

ALFAFA BUKAN BOOSTER TERBAIK UNTUK IBU...

Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume  halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan  harian diet yang kaya dengan protien.


Tahukah anda?

Protien

Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Kalsium

Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml  susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.

Air.
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.


credit entry:- www.anakkuwiraku.com

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

 

October 21, 2011

BERKAMPUNG DI HOSPITAL SELAMA SEMINGGU ....


Biasaler, entry basi... iman kena tahan ward sebab kahak dan batuk dan demam hampir 2minggu.. Iman kena tahan  kat Hospital Pantai, Klang pada 19/09/2011 to 25/09/2011.. hmmm seminggu makan lauk dan berkampung di hospital hehhehe...so kiter layan gambar jerk ler yerk...

nie gbr iman sementara nak tunggu masuk ward... xde mood jerk mak cik nie....  
aski kak umairah yg suke sakat adik die... tue bunga raya hospital dibuat main hehhehehehe iman no respon pun...
syukur alhamdulillah after dah dapat bilik, iman terus menyusu dan tido...
tp yg kesian iman makin kurus coz xlalu mkn, tp nasib baik susu nak....
kat hospital xde buat apa, jadi tido jerkler...
dan nie gambar malam terakhir berkampung di hospital... hehe kesian kat baba penat...


 dan sekarang syukur alhamdulillah, iman dah pulih seperti sediakala, dan gembira... mama pun happy.. korang tahu wad kanak2 penuh.. sebab sekrang nie musim budak-budak sakit... anyway kiter sebagai ibubapa harus lah cepat bertindak.. sekarang banyak penyakit2 yg menakutkan.. kata org mencegah lebih baik dari merawat...






October 20, 2011

SHAKLEE BREASTFEEDING SET AND ESP


Buat yang masih  baru dalam penyusuan dan baru mengenali Shaklee, sudah pasti Shaklee breastfeeding set iaitu set B menjadi permintaan utama. Apa yang terkandung dalam breastfeeding set sebenarnya ?

Multivitamin- asas keperluan semua vitamin
B complex-untuk memastikan mood ibu happy dan tidak mudah letih
Vitamin C- untuk peningkatan imunisasi badan
Alfalfa-menggalakkan penghasilan susuibu.

Namun bagi yang mempunyai lebih rezeki, ibu galakkan mendapatkan ESP Shaklee. Ianya sangat membantu semasa ibu melalui perjalanan penyusuan

Ada yang berkata : Oh saya memang amalkan minum soya tapi brand XXXX.

Jawab ibu : Kalau begitu boleh teruskan jika ianya memberi kesan yang optimum pada ibu dan bayi.

Bagi yang belum pernah atau memang mahu mencuba ESP Shaklee sangat di alu-alukan.


Adakah benar pengambilan set B bersama ESP akan mendapat lebih umpphhhhh?

Secara peribadi melalui pembacaan dan pengalaman penyusuan ibu untuk Addin dan Nasa, pengambilan vitamin bersama ESP sangat membantu.


  • Susuibu akan lebih cepat dihasilkan.
  • Payudara cepat berat jika anak lambat disusukan ataupun sesi perahan tertunda.
  • Payudara mudah tegang dan tidak kendur/lembik
  • Perkembangan pembesaran anak yang berumur 1-6 bulan dimana si ibu mengambil ESP dan set B sebagai makanan tambahan akan melihat perkembangan anaknya yang cepat dan sihat. ( Ini ibu lalui sendiri di mana Addin dan Nasa mencecah berat 10kg sebelum usia mereka mencecah 6 bulan).

Apa sebenarnya fungsi ESP dalam bahasa yang lebih mudah difahami?

ESP atau nama penuhnya ialah Energizing Soy Protien adalah protien yang dibuat dari soya yang berkualiti. Protien hakikatnya boleh di dapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protien ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protien yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dati tisu membentuk organ.  Dari organ membentuk sistem.
Protien merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protien ditambah dengan protien yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protien sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protien. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protien dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak mati (air kosong)/ sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....ELAKKAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protien mudah musnah pada suhu yang tinggi.

Minumlah ESP 1 -3 kali sehari : antara dua waktu makan utama. 
Sebagai contoh  waktu selepas sarapan dan makan tengahari. Jika kita sarapan jam 8 pagi, amiklah ESP pada jam 10 pagi supaya perut kita tak lapar sementara nak menunggu masa makan tengahari jam 1pm.




Namun  sayugia di ingatkan 3 perkara ini tidak boleh sama sekali diabaikan bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Jika salah satu perkara ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna, hasilnya juga mungkin tidak memberansangkan.

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu memerah dan menyusukan anak sekerap mungkin.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu menjaga pemakanan dan berusaha meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu mendekatkan diri kepada YANG MAHA PEMBERI iaitu ALLAH.
 
Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

credit:-http://www.anakkuwiraku.com/search/label/vitalea
 





October 19, 2011

ZAT BESI,SUSU IBU DAN BERAT ANAK YANG IDEAL

Masih teringat 4 tahun dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nenas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi  beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.

Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai. Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab
1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah....beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.

Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah...selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.

Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling di minati ramai!


Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Perbezaan Shaklee
Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
Kualiti yang luar biasa

  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.







Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


credit:-http://www.anakkuwiraku.com/2011/09/zat-besi-susuibu-dan-berat-anak-yang.html





October 18, 2011

OSTERMATRIX MEMBANTU ATASI MASALH SUKAR BANGUN TIDUR DAN SUSU MERUNDUM


Beberapa kenalan alam siber saya menegur di laman web sosial facebook bertanyakan apakah vitamin yang sangat bagus untuk diambil untuk masalah sakit belakang dan keletihan. Maka saya hanya teringatkan  vitamin favourite saya iaitu Ostematrix. Bila diberitahu, mereka terus bertanya, adakah satu telah mencukupi? Saya menjawab jika berkemampuan, dapatkan set optimum. Jika tak berkemampuan nak beli original pack, dapatkan Euphoria Trial Pack dengan harga yang sangat berpatutan.


Ramai yang mengambil remeh tentang keperluan kalsium dalam diet harian ditambah ramai yang alah dengan minuman tenusu terutamanya susu. Apatah lagi kalsium banyak terdapat dalam keju, sayuran hijau sepert brokoli, kekacang, soya , ikan bilis dan sardin. Namun cara pengamalan kita memasak makanan tersebut hakikatnya telah sedikit sebanyak mengganggu khasiat kandungan bahan tersebut. Ini antara sebab saya memilih Ostematrix Shaklee.

Bagaimana untuk anda ketahui adakah anda perlu mencuba Ostematrix Shaklee? Cuba muhasabah diri anda dengan keadaan ini ;


  1. sering keletihan
  2. sering mengalami sakit belakang
  3. anggota badan sering cramp
  4. sakit bahagian leher dan tengkuk
  5. tumit kaki pecah dan kasar
  6. susah bangun tidur
  7. sakit kepala yang kerap @ migraine
  8. sering sakit gigi
  9. Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
  10. Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun


Jika anda mengalami mana-mana simptom yang dinyatakan, adalah sangat baik anda memberi peluang diri anda mendapatkan Ostematrix Shaklee. Saya boleh beri jaminan anda akan berpuashati dengan hasil yang anda lalui dengan pengambilan Ostematrix.

Bulan Oktober ini, blog AnakkuWiraku.com akan menyediakan sebotol Vitalea Percuma bagi mereka yang memenangi cabutan bertuah. Siapa yang layak dapat cabutan bertuah ini? Sekiranya anda membeli Euphoria Trial Pack set E [ termasuk sebotol Ostematrix] dari blog AnakkuWiraku.com maka anda layak untuk menyertainya secara automatik.

Last but not least , makanlah dengan ilmu supaya anda rasa kepuasan atas rezeki [ duit] yang anda belanjakan untuk kesihatan anda!


Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.



credit:-http://www.anakkuwiraku.com/2011/10/ostematrix-membantu-atasi-masalah-sukar.html








October 17, 2011

JOM BELAJAR CARA MENYIMPAN EBM DENGAN BETUL

Entry ulangkaji... Buat yang bertanya... secebis info ~ Panduan untuk menyimpan EBM.. berapa lama ia bertahan untuk suhu yg tertentu dan apa yg ibu harus lakukan kat baki EBM yang dah digunakan..jom rujuk jadual ni

Reminder: Use clean containers, and wash your hands with soap and water before expressing. or pumping.

Panduan untuk menyimpan EBM..

Tempat simpanan
Suhu tempat penyimpanan susu
(Fahrenheit)
Suhu tempat penyimpanan susu
(degrees Celcius)
Berapa lama EBM boleh bertahan
Suhu bilik
60 degrees F
15 degrees C
24 jam
Suhu bilik
66-72 degrees F
19-22 degrees C
10 jam
Suhu bilik
79 degrees F
25 degrees C
4-6 jam
Dalam peti sejuk
32-39 degrees F
0-4 degrees C
8 hari
Dalam freezer *yg peti sejuk jenis satu pintu)


2 minggu
Dalam tempat beku (compartment asing..ie peti sejuk dua tiga pintu tu)


3-4 bulan
In a separate deep freeze with a constant temperature(ini yang deep freezer)
0 degrees F
-19 degrees C
6 bulan ke atas


Bagaimana dengan EBM yang dah dibuka atau dipanaskan? selebihnya nak disimpan atau dibuang?.. rujuk jadual ni yer

Type of Milk
Simpan atau buang?
Why
Baki susu (EBM) didalam botol yang dah diminum
Guna untuk next feeding (tapi dalam tempoh masa yang x terlalu lama), otherwise discard(buang)
Bacteria from the baby's mouth may have entered the milk during the feeding. This may lead to bacterial contamination if it sets too long
Susu yang dah dipanaskan
Save in the refrigerator for 24 hours after thawing, then discard. Jangan dibekukan semula
Milk that has been frozen has lost some of the immune properties that inhibit bacterial growth in fresh refrigerated milk.
Susu didalam peti sejuk yang dah berada selama 8hari
Transfer to storage in the freezer, or buang saja
Mungkin masalah pertumbuhan bakteria bukan isunya.. tapi susu tu dah angkut bau2 dan perasa2 luaran dlm petisejuk tu jadi efek kat rasa susu tu.





SAIDATULNISSA AINA UMAIRAH 4 TAHUN SUDAH..........

Syukur alhamdulillah tanggal 5/10/2011 puteri sulung mama dan baba nie dah genap empat tahun...





ALLAH SELAMAT KAN KAMU,
ALLAH SELAMAT KAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN AINA UMAIRAH MAMA DAN BABA,
ALLAH SELAMAT KAN KAMU,
 



mama dan baba nak umairah jadi anak yang solehah,cerdik pandai, taat pada mama dan baba dan yang paling penting taat pada ALLAH S.W.T. dan semoga menjadi contoh yang baik kepada adik-adik umairah kerap yerk yang.





HARGA YANG BERPATUTAN DAN BERBALOI DIBAYAR

Euphoria Breastfeeding Trial Pack mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia diperkenalkan 3 tahun dulu oleh saya dan semua rakan Euphoria.


Breastfeeding Set [ fullpack] untuk ibu yang tiada masalah penyusuan.


Apa yang terdapat di dalamnya? Semuanya vitamin yang diperlukan oleh seorang ibu yang menyusu. Kami membekalkan panduan makan, panduan pam, penghantaran percuma beserta beberapa hadiah menarik yang berubah setiap bulan mengikut promo yang diberi.

Saya galakkan anda membaca ENTRY ini terlebih dahulu sebelum membuat belian. Hanya anda yang mengetahui diri anda.

 Harga yang kami tetapkan ialah harga produk beserta konsultasi.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, sila emailkan kepada saya terutama untuk promo terkini.

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.







BILA VITAMIN C TIDAK MEMBERI KESAN PADA IMUNITI TUBUH

 " Doktor, saya dah makan panadol tapi sakit kepala ni tak hilang-hilang'  kata Malik pada Dr Lim.

' Kalau begitu, saya bekalkan ponstant, sebab ia kuat sedikit dari panadol' jawab Dr Lim sebelum mengakhiri perjumpaan Malik di Klinik Dr Lim.

Situasi ini sering berlaku apa badan kita sudah immune dengan sesuatu maka badan perlukan yang lebih kuat....

Sama dengan dunia supplement, jika kita masih kerap demam, batuk mahupun selsema [ berlarutan lebih 4 hari] dan pengambilan vitamin C tidak mujarab maka Nutriferon adalah jawapan terbaik terutama pengamal tegar vitamin Shaklee.

Bagi yang baru mengenali Shaklee, Nutriferon adalah ciptaan Dr Kojima dari Jepun....ia adalah immune booster. Sangat bagus diambil oleh mereka yang punya masalah antibodi yang lemah, senang sakit dan sakit yang lambat recover.

Setiap orang mempunyai sistem imun yang berbeza. Sistem imun kita ialah bagaimana kita melawan jangkitan kuman dan penyakit. Kadang kala sistem imun tidak berfungsi dengan baik dan dengan itu kita perlu tambahan sistem imun untuk meningkatkan imuniti kita .Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang di bawah tekanan yang kronik juga boleh mempunyai sistem ketahanan yang rendah. Diet yang tidak seimbang juga satu lagi faktor yang boleh membawa kepada sistem imun yang rendah. Diet yang sempurna dan pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan manusia.

Shaklee dengan produk eksklusif , NutriFeron adalah campuran yang dipatenkan, terbukti secara klinikal ekstrak tumbuhan imun-pengukuhan. Boleh diiambil setiap hari, NutriFeron menguatkan tindak balas imun dengan meningkatkan interferon semulajadi badan .* Ini adalah mengapa Nutriferon tambahan sistem imun terbaik di pasaran!

Golongan saintifik dan perubatan telah mengenal pasti interferon sebagai unit penting untuk fungsi imun yang kuat dan sihat.
Dr. Kojima, immunologist terkenal di seluruh dunia yang menemui interferon pada tahun 1954, selama 40 tahun mencari booster interferon semulajadi. Hasil kerja Dr. Kojima telah menemui campuran proprietari botani dalam NutriFeron, yang secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon dalam badan .*
Formula NutriFeron dibuktikan oleh empat kajian klinikal manusia yang diterbitkan .Hanya Shaklee mempunyai hak pemasaran eksklusif di seluruh dunia formula dan hak ini dipatenkan untuk kegunaan tambahan diet manusia.



Ianya dalam bentuk serbuk dan disimpan dalam bentuk sachet. Mudah dibawa ke mana-mana. Ia antara vitamin yang kami akan bawa bila travel dan boleh disimpan di dalam handbag sahaja.



Siapakah yang perlu makan Nutriferon?


1. Mereka yang sering sakit dan lambat sembuh.

2. Ibu yang menyusukan anaknya.

3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

4. Mereka yang kerap travel dan kerap ke luar negara.

5. Mereka yang sering stress.

6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

7. Mereka yang tidak boleh telan pil. Nutriferon dalam bentuk serbuk.

8. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.

9. Mereka yang ada masalah allergi .


Setiap kali demam saya berlarutan lebih 3 hari, saya akan pastikan saya makan Nutriferon, ini kerana saya yakin badan saya perlukan immune booster. Saya tak amalkan setiap hari kecuali waktu tidak sihat dan travel sahaja. Namun ia antara vitamin yang wajib ada dalam rumah. Saya bekalkan pada anak-anak saya suku dari sechet itu seminggu sekali untuk boost immune mereka, maklumlah mereka ke sekolah, bergaul dengan pelbagai jenis orang, terdedah dengan bakteria dan kuman. Maka saya dah mula berikan mereka sedikit baru-baru ini. Alhamdulillah mereka sangat menyukainya. Saya tak beri banyak sebab khuatir bila kurang air akan buatkan mereka dapat ulser mulut kemudian hari.

Jika anda mahu mencuba Nutriferon, boleh hubungi saya dan akan saya berikan harga istimewa ditambah penghantaran percuma dari AnakkuWiraku.Com untuk tawaran bulan Oktober sahaja.

Adakala kita rasa seperti tidak perlu tetapi bila dalam keadaan perlu, kita rasa menyesal sebab tak sediakan dari awal. Maka elakkan rasa menyesal kemudian hari, amiklah tindakan hari ini kerana kos mencegah lebih murah dari kos merawat.

Testimoni :
Seorang guru yang anaknya mendapat selsema sehingga hampir 2 minggu berturut-turut, selepas hampir putus asa dengan Vitamin C, beliau mahu mencuba Nutriferon. Alhamdulillah, anaknya tidak lagi jarang sakit...dan jika selsema tidak lagi berlarutan sehingga berminggu-minggu seperti keadaannya sebelum mengambil Nutriferon. Kini beliau merupakan pengamal tegar vitamin Shaklee.- Terima kasih kepada Cikgu Nani dari Ulu Klang.


Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


credit:-http://www.anakkuwiraku.com/2011/10/bila-vitamin-c-tidak-memberi-kesan-pada.html





VITAMIN E MENINGKATKAN RISIKO KANSER PROSTAT ???

" Saya memang amalkan makan vitamin E sejak dulu lagi, sebab saya tahu kebaikannya. Vitamin E Shaklee mahal la dan pada saya semua vitamin E sama sahaja"  ...ini adalah antara jawapan ringkas salah seorang customer saya baru-baru ini apabila saya mencadangkan mencuba pengambilan Vitamin E Shaklee.

Bila baca tajuk atas entry tersebut pasti pengamal Vitamin E terutama para suami akan jadi gundah gulana memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Memang ada kebenaran pada kata-kata itu dan saya tidak menafikannya. Ini kerana ada bermacam jenis vitamin E dalam pasaran.

Melalui bahan bacaan saya dari penulisan Dr Bruce Miller, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin  E yang selamat diambil bukan dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka panjang.


Saya cuba scan buku yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu demi memudahkan pembacaan kalian.


 

dan PALING PENTING PERLU TAHU KEPENTINGAN LABEL PADA BOTOL

* Sila klik pada gambar untuk besarkan imej.

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?  

Renung -renungkan...... 

Jangan lupa cuba belek vitamin E yang ada di rumah anda! 




Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.


cerdit:- http://www.anakkuwiraku.com/2011/10/vitamin-e-meningkatkan-risiko-kanser.html







October 13, 2011

SHAKLEE SET BREASTFEEDING YG GLAMER

shaklee set breastfeeding

A:- SET B
B:- SET E
C:- SET TRIPPLE M (3M)

Set B -  untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

Set E -  lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix. Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M - Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
* Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan
* Si ibu yang nak mula menyimpan stok
* Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
* Si ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

* Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.. maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.