MASALAH BERHUBUNG IBU
“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”
Penyusuan susu ibu ada kalanyamemerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi.Beri perhatiankepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda danbayi. Ramai ibu yang berpendapat menyususambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, eraerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi. Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(boleh cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal bertenaga... good for mothers and babies too....saya dah amalkan 10 tahun dan sangat berpuashati!)Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik.Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.
“Saya terlalu murung untuk menyusukanbayi. Kenapa dengan diri saya?”
Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepasbersalin. Rasa kecewa bukanlah petandakelemahan atau kegagalan dan ia tidakmenjejaskan kemampuan anda untuk menjagabayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan seseorang yanganda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanyatidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu.
Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin
Sumber:Breastfeeding made simple(initiate by NUtrition Society Malaysia)
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com di sini atau sms kan kepada saya 013-6772007.