Pages

December 14, 2011

MENGAPA SUSU IBU BOLEH KURANG DAN APA YANG PERLU DILAKUKAN



Jom bercerita pasal masalah penyusuan semasa berpantang. Mungkin ada yang merasakan susunya  kurang walaupun semasa berpantang. Sebab itu pentingnya ilmu penyusuan dikutip sejak mengandung lagi. Jadi, kita sudah bersedia dan tidak akan tersilap langkap. Misi penyusuan tetap harus diteruskan demi kesihatan anak kerana susu ibu adalah yang terbaik untuknya.


Konsep asas penyusuan adalah lebih kerap kita menyusukan anak, lebih banyak susu akan dihasilkan. Bagaimana tu?



Contoh : Masalah seorang ibu.
"saya masih dalam pantang, tapi susu saya tak banyak..anak pula asyik nak mengempeng je..hampir setiap jam nak susu, siang malam pagi petang. Bila saya bagi susu formula waktu malam, baru dia tidur lena" 


Credit



Persoalannye..adakah betul tindakan ibu tersebut?? Cuba cari jawapan untuk soalan-soalan ini


1. KENAPA BAYI ASYIK NAK MENGEMPENG?
2. KENAPA BILA BAGI SUSU FORMULA BARU TIDUR LENA?
3. KENAPA SUSU SIKIT?


JAWAPAN :
1. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali. Ada juga yang tak sampai sejam pun.


2. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain - lain penyakit. Jadi mungkin bayi akan jaga untuk menyusu atau telah berak. Susu formula pula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi. Jadi, mungkin sesetengah bayi akan tidur lebih lama kerana tidak segera berak.


3. Susu dihasilkan daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan. 







Sebelum anda gelabah, cuba perhatikan juga beberapa petunjuk lain yang membantu ibu kenal pasti sama ada susunya sudah memadai untuk anaknya.

Kencing dan najis bayi
Secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. So kalau bayi anda ada kencing dan berak..tentunya dia cukup minum dan susu anda cukup untuk anak anda. Lagi pun bayi baru lahir, sikit je dia minum. 

Pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam 
Pembuangan air besar : 3-8 kali dalam tempoh 24jam (semakin berkurang bila usia meningkat) tidak cair, tidak berketul dan berwarna kuning keemasan

Periksa teknik lekapan (latching)
Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu. 



Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan). Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran. Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.


susu.

Pertumbuhan bayi dan fizikal bayi.
Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan, biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari. Berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan - 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

Growth Spurt
Kalau bayi anda sihat, ceria, muka tidak pucat, kulit bersih dan sihat, InsyaAllah, susu anda cukup untuk anak anda.Cuma mungkin ada beberapa ketika bayi anda secara tiba - tiba menangis, tiba - tiba kuat menyusu dari biasa dan kelihatan tidak selesa..itu juga normal. Mungkin bayi anda mengalami growth Spurt. Paling penting ibu kena bertenang dan jangan stress. 


Tak perlu air masak sebelum 6 bulan
Lagi satu, biasanya kalau berpantang dengan orang tua..mereka sering menyuruh anda memberi bayi air masak kan?? Tolong jangan beri apa - apa sahaja air! melainkan susu ibu. Susu ibu mengandungi 80% air, so bayi anda tidak akan sembelit. Susu ibu juga mengandungi fore milk dan hind milk.

Foremilk dan hindmilkJika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:

- susu pertama (foremilk) 




kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.


- susu pertengahan
mengandungi lebih khasiat protein.

- susu akhir (hind milk) 
kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.



Vitamin Shaklee hanya membantu ibu untuk kekal cergas, menguatkan anti bodi, kurang stress dan badan dalam keadaan bersedia untuk penyusuan. Namun, kekerapan penyusuan dan pengambilan air masak oleh ibu tetap diperlukan untuk membantu sepanjang tempoh penyusuan untuk berjaya. Tidak dilupakan, pergantungan pada Allah amat membantu ibu untuk mendapat ketenangan supaya penyusuan berjaya.


credit

Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

 

1 comment:

SILA LER COMMENT YERK DEAR BLOGGER'S... I LOVE YOU