Pages

December 13, 2011

APA YANG PERLU BUAT JIKA RASA SUSU BADAN KURANG?

Untuk menyusukan anak secara eksklusif perlukan komitmen, ilmu dan kesabaran yang tinggi. Jadi lengkapkan diri dengan informasi berguna mengenai keseluruhan proses penyusuan, berada di keliling orang yang support BF dan dapatkan bantuan jika masalah anda tidak dapat diselesaikan sendiri.

Bagi sesetengah ibu, mungkin merasakan susu mulai kurang atau memang yakin susunya kurang kerana ibunya dulu kurang susu atau anak pertama dulu susu kurang. Jadi, cuba semak list ini, mungkin ia membantu anda kenal pasti masalah kenapa susu mulai kurang dan penyelesaiannya

1. Anak tengah mengalami growth spurt

2. Breast tidak dikosongkan dengan sempurna.

  • lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu baru dihasilkan.
  • jadi jika anda kosongkan payudara dengan sempurna, susu baru akan lebih cepat dihasilkan
  • target untuk pam di pejabat, setiap 3 jam dan di rumah pada waktu malam, 20 minit untuk setiap breast untuk setiap sesi.
3. Tekanan
  • emosi ibu mempengaruhi pengeluaran susu. Jadi, cari jalan untuk menghilang stress dan gembira.
4. Sibuk dan tidak mengepam dengan konsisten
  • jika anda tidak mengepam, lama kelamaan susu akan berkurangan.
  • ini kerana, otak menerima signal bahawa permintaan telah berkurangan jadi kurangkan bekalan.


Penyelesaian

1. Jika anak anda mengalami growth spurt, dia memang agak cerewat dan suka menangis. Jadi, teruskan penyusuan dan cuba jangan stress dengan perubahan sikap anak. Ia hanya sementara.

2. Kosongkan payudara dengan sempurna. Cuba untuk meluangkan 20 minit untuk setap breast semasa mengepam. Lebih baik double pumping untuk ibu yang bekerja atau belajar kaedah marmet untuk perah dengan tangan jadi boleh menjimatkan masa memerah kedua-duanya serentak.

Cuba ubah betulkan lekapan breast pump anda selepas beberapa ketika. Jika menyusu direct, cuba ubah posisi anda. Ini bagi memastikan semua susu di semua bahagian dikosongkan sepenuhnya.

Semasa menyusu direct, pastikan bayi menyusu secukupnya di sebelah payudara dahulu. Offer breast sebelah lagi (jika dia masih mahu). Jika tidak, sambung pump untuk 10 minit lagi di payudara yang sama selepas baby menyusu walaupun hanya dapat 1oz. Untuk next session, offer breast yang berlainan dari sesi sebelumnya. Ini bermakna, alternate breast untuk setiap sesi bagi ibu yg direct feeding.

4. Semasa cuti bekerja direct feeding sekerap mungkin. Ini kerana, skin to skin stimulation sangat berkesan. Lakukan power pumping sekali sekala untuk memberi ransangan demi meningkatkan pengeluaran susu.

5. Jangan berikan air suam atau susu formula. Jika anda memperkenalkan susu formula, permintaan terhadap susu ibu semakin berkurangan. Jadi, macam mana nak meningkatkan permintaan dan penghasilan susu anda.

6. Dapatkan rehat secukupnya dan makan makanan berkhasiat untuk tenaga berpanjangan. Ambil supplemen yang semulajadi jika anda berkemampuan dari segi kewangan dan kekangan masa untuk menyediakan makanan sempurna untuk diri sendiri. 

Minum air kosong secukupnya. Jika tidak, darah menjadi lebih pekat dan badan perlu bekerja lebih keras.

7. Pastikan lekapan / latching anak betul supaya breast dapat dikosongkan betul dan anak mendapatkan foremilk dan hindmilk.

8. Penggalak susu atau galagtagogue adalah herba untuk meningkatkan production susu seperti alfalfa. Namun, ia lebih berkesan dengan kekerapan penyusuan atau mengepam. Jika tidak, sebarang penggalak susu hanya memberi kesan sementara atau tidak berkesan kerana asas penyusuan adalah supply vs demand.

9. Anda mungkin tidak merasakan engorgement tapi ini tidak bermakna susu anda sudah kurang. Ini adalah petanda badan sudah adjust dengan demand anak.

10. Jika breast pad dah tak basah atau breast dah tak leaking juga tidak bermakna susu dah tak cukup. Ini hanya petanda badan hanya menghasilkan susu yang cukup untuk permintaan anak. Anda harus sentiasa positif dan yakin dengan kemampuan diri. Breastfeeding is more than just milk.

11. Ada sesetengah ibu yang mempunyai duktus atau gugusan susu yang sedikit berbanding ibu lain. Anda boleh berjumpa Lactation Counselor(LC) untuk mendapatkan nasihat lanjut jika tip di atas telah anda ikuti dan masih tidak berhasil.

  


Boleh email kepada saya di nr_yu86@yahoo.com atau sms kan kepada saya 019-3789778 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.




No comments:

Post a Comment

SILA LER COMMENT YERK DEAR BLOGGER'S... I LOVE YOU