Pages

March 28, 2011

PART 3:- PROBLEM PENYUSUAN SUSU IBU DAN BAGAIMANA HENDAK MENGATASINYA

MASALAH BERHUBUNG BABY

“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”
Yang penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan bayi anda tidak sakitatau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang. Susukanlah bayidi dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuhperhatian kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara penyusuan.Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara.

“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”
Bayi mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Diamungkin meragam pada sebelah payudara keranasusu lebih banyak pada sebelah payudara sahaja.Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar mahumenghisap.Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda. Adakah anda mengambilmakanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik.Bayi meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan.

“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”
Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan.Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit.Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikitdaripada kebiasaannya (setelah dia kenyang).Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana iniboleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi.Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda.

“Bayi saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba menyusukannya?”
Sakit tekak atau jangkitan telinga bolehmenyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih enggan menyusu, cubaberikannya perahan susu menggunakan sudu.

“Bagaimana saya boleh tahu jika bayisaya mengalami cirit-birit?”
Bayi anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengankekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami ciritbirit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawabayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa doktor.

“Bayi saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?”
Tentu boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.
 
Sumber:Breastfeeding made simple(initiate by NUtrition Society Malaysia)
 
 
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh emailkan kepada saya nr_yu86@yahoo.com di sini atau sms kan kepada saya 013-6772007.




No comments:

Post a Comment

SILA LER COMMENT YERK DEAR BLOGGER'S... I LOVE YOU