September 08, 2015

SHAKLEE: SEPTEMBER 2015 BULAN ESP, JOM DAPATKAN LEBIH PENJIMATAN DAN HADIAH BILA MENJADI AHLI


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

September 2015 bulan hot product yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Bulan ESP, Shaklee menawarkan beberapa promosi:-




PROMOSI ESP 

Anda akan dapat manfaat dari promosi ini iaitu:


  • Beli 6 percuma 1
  • Beli 2 diskaun lagi 5 %
  • Keahlian percuma
  • Vita-Lea percuma
  • Rebat tunai



Jika anda membeli set di atas dan menjadi ahli Shaklee, anda turun menerima sebotol vitalea secara percuma.

Berita baik buat bakal ibu dan dan ibu yang berada di dalam pantang, Ini lah masa dan peluang untuk anda para ibu mencuba set bersalin dan set hamil dari Shaklee. In Sha Allah setiap set ini, boleh membantu para ibu consume lebih dari 3 bulan. Jom kiter berikhtiar dengan Shaklee.

Bagi saya ,buat bakal-bakal ibu baru, janganlah nak berkira nak melabur untuk diri sendiri. Sekarang anda mungkin tak rasa kepentingan makan vitamin masa dalam hari, bila dah mengalaminya sendiri nanti barulah nak menyesal!

Masa tu badan dah sakit2, baby dah meragam2.. luka tak baik2.. susu tak keluar2, emosi tak betul, angin meroyan dah naik.. nauzubillah...

Mama ayu masih ingat lagi awal kehamilan mama ayu simpan kan sikit dana sebab semata-mata nak beli Shaklee. Kenangan terindah, bila beli dan In Sha Allah jika kiter istiqamh dapat hasil yang superb.

KENANGAN EBM DAHULU KALA


Tapi perlu di ingat SILA JANGAN LUPA KONSEP PENYUSUAN SUDAH , " SUPPLY ON DEMAND" makanan tambahan ini hanya pelengkap sahaja.

Perlu konsultasi Set Bersalin yg terbaik untuk anda?



*statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, DLL
#codshakleeklang

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee

[atau]

pembelian produk Shaklee

[atau]

menjana pendapatan dengan Shaklee dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
GMAIL : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-378-9778

#sharing
#shakleeklang
#codshakleeklang
#eijamsfamilyteam
#eijamsfamilyblog
#shakleebest
#shakleemalaysia
#ayushaklee
#ayusupermom
#wahm
#shakleebyeijamsfamily
#shakleeeffect
#testimoni
#testimonishaklee
#sharingshaklee












JEMPUT LIKE PAGE FACEBOOK " EIJAM'S FAMILY BLOG"


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera








Mama ayu, baru jerk create page di facebook untuk  " EIJAM'S FAMILY BLOG" 
Jika kalian berkelapangan , boleh lah jemput like page tersebut..

Kalian hanya perlu klik pada link dibawah sahaja..



Terima kasih buat merek yng sudi like page mama ayu.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA BLOG EIJAM'S FAMILY.. SAYANG KORANG

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAMA AYU , DHIA ZULAIKHA KE 2 TAHUN DAN IMAN SUMAIYYAH 5 TAHUN


Assalammualaikum dan Sejahtera


Entry kali ini, kiter lupakn seketika cerita kes kemalangan suami. Masih ingat lagi sesi bercerita dengan suami pada akhir tahun lepas..

SUAMI:- YANG, TAHUN 2015 TAHUN YANG PENUH MENCABAR.
MAMA AYU:- KENAPA, YERK LAH KOS HIDUP MAKIN TINGGI, APRIL 2015 ADA GST   LAGI 
SUAMI: HARAP KITER MAMPU DAN KUAT HADAPI CABARAN SAMA-SAMA...
MAMA AYU: IN SHA ALLAH, ALLAH S.W.T KAN ADA BERSAMA KITER ..

Bulan January kami lakukan rutin macam biasa, Tup..Tup..Tup bulan February suami terlibat dalam kemalangan. Dan memang betul jangkaan suami yang tahun 2015 memang mencabar bagi kami sekeluarga.

Kiter lupakan kisah kemalangan, nanti mama ayu akan sambung di entry yang akan datang, macam-macam nak di sharekan kepada pembaca setia blog EIJAM'S FAMILY ini.

Bulan March 2015 
mama ayu punya bulan kelahiran, tiada apa yang menarik, tiada sambutan sebab kami sekeluarga berada di PUSRAWI teman kan suami tercinta.. lama kan suami tinggal di wad dari hari kemalangan 4 February 2015 -  4 March 2015 sebulan di tahan dalam wad. Cuma pada 1 March 2015, mak mertua, adik ipar dan isteri beliau datang melawat suami .. Tanpa disangka mak mertua punya lah baik hati, masakkan kami sekeluarga  pulut kuning, kari ayam dan rendang daging. Terharu sangat masa ini, menangis dibuat nya. 

Mama ayu saja turun lobby beli rainbow cake nie kat bakery PUSRAWI, saja bagi anak2 gembira.

oklah dah abis cerita birthday mama ayu, so sekarang kiter sambung ke birthday puteri-puteri mama ayu..

Bulan May 2015
20 May 2015, hari  kelahiran puteri ketiga mama ayu , biasa jugak tiada sambutan yang meriah jugak sebab keadaan suami yang terhad. So kami anak beranak sangat memahami, mama just belikan #saidatulnissadhiazulikha cake sahaja makan kat rumah.. mama ayu sempat lah update status di facebook ..


ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN DHIA ZULAIKHA
ALLAH SELAMAT KAN KAMU 


Bulan September 2015   
5 September 2015, hari kelahiran puteri kedua mama ayu pulark,  Tahun ini #saidatulnissaimansumaiyyah diberi kesempatan buat majlis potong cake di tadika beliau. Mama ayu cuba tunaikan kehendak anak sebab masa zaman puteri yang pertama #saidtulnissaainaumairah pun zaman kak long tadika buat majlis di tadika untuk 5 dan 6 tahun. Kali ini, giliran kak ngah pulark. 

Bukan apa, bagi anak-anak rasa gembira dan kawan mereka pun tumpang gembira sekali. Majlis potong cake di sekolah ini bukan acara wajib pun, cuma jika kiter sebagai ibu bapa ini berkemampuan tak salah sekali sekala nak ada kan majlis tersebut. Apa yang penting keikhlasan. 


ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN IMAN SUMAIYYAH
ALLAH SELAMAT KAN KAMU 


Jom kiter layan gambar sekitar majlis potong cake di tadika, mama ayu terlupa nak bagi mualimah camera, so gambar 2 di tadika atas ihsan dari mualimah #saidatulnissaimansumaiyyah.. kemain lagi anak mama ayu tersenyum

Sebenar nya xde tema pun , cuma cake tue #saidatulnissaimansumaiyyah nak tema frozen, mama ayu order cake rainbow dan deko frozen jerk.. Mama ayu order dengan kak rosilawati, kebetulan mama ayu teringin jugak makan cake cheese leleh tsunami kak ros nie buat, terus order jerk sekali cake anak ..



Untuk mereka yang ingin atau sangat cintakan cake cheese leleh tsunami  , mama ayu cadangkan kalian boleh lah membuat tempahan ngan kak ros nie. Tapi kalian kena kena pick up sendiri lah, sebab kak ros ini xde buat delivery service. Cake yang dibuat oleh kak ros ini memang cantik dan sedap. Gerenti kalian puas hati..




Oh ya, kak ros ini baker yang berada di klang, area beliau tepi sungai.. senang jerk nak cari rumah beliau masa mama ayu nak pick up cake hari tue.. Jadi jika anda warga klang dan sukakan kan cake cepat..cepat contact kak ros okay... Rugi kalau tak cuba, In Sha Allah nanti mama ayu nak ulang order lagi cheese leleh tsunami yang lemak sedap berkrim tue.. nikmat di makan ketika sejuk okay..

TERLELEH KAN

Cerita tentang cake kiter tutup, kang asyik ingat nak makan jerk.. Jom kiter cerita tentang goodie bag. Mama ayu sediakan 100 pax goodies bag untUk kekawan #saidatulnissaimansumaiyyah untuk sesi pagi, sebab #saidatulnissaimansumaiyyah sesi pagi dan 10pax  goodies bag  untuk mualimah-mualimah. 

Seronok budak2, senyum memanjang dapat goodies bag.. dalam goodies bag tue mama ayu sediakan seperti gambar dibawah, sekali sekala boleh lah makan jajan kalau selalu tak boleh tak bagus untuk budak.. ada corntoz, air tin, cake roll, lolipop dan bola ..
Alhamdulillah dapatkan laksana majlis potong cake di sekolah #saidatulnissaimansumaiyyah , harap mereka yang terlibat berpuas hati.

Tiada apa yang mama ayu harapkan, cuma sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan cahaya mata mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat.

Besar dah anak-anak mama ayu.. Sedihnya sekejap jerk dah membesar..

Tamat sudah entry kali ini..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA BLOG EIJAM'S FAMILY.. SAYANG KORANG





September 07, 2015

THROWBACK KEMALANGAN PART 1:- SUAMI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA 4 FEBRUARY 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya, tak tahu bagaimana nak mula cerita tentang kemalangan ini. Tapi yang pasti amat panjang dan akan ada ber entry-entry.

Entry pertama ini, mama ayu just update bagaimana mama ayu tahu yang suami terlibat dalam kemalangan..Rata-rata kawan di facebook dan Instagram tahu tentang kemalangan ini, sebab mama ayu update from time to time. Cuma hari ini baru berkesempatan nak ceritakan di blog EIJAM'S FAMILY..

4 February 2015  - KEMALANGAN BERLAKU
hari ini macam hari-hari yang lain, mama ayu , suami dan anak2 bangun pagi tunaikan solat subuh dan bersiap. Suami siap2 nak ke tempat keja , jarak perjalanan rumah ke tempat bekerja ialah KLANG-KUALA LUMPUR. Sebelum pergi bekerja, memang xtvt harian suami akan hantar puteri-puteri kesayangan ke sekolah dahulu. Selesai semua baru bergerak ke tempat kerja.

Nak dijadikan cerita, macam biasa kalau suami selamat spai office , suami akan whatsapp mama ayu. hari ini mama ayu pun sibuk, suami pun sibuk sebab cuti lama bersambung cuti hujung minggu dan di sambung dengan public holiday hari wilayah dan lagi satu public holiday tak ingat apa ke nama nya cuti tue..

Mama ayu pun lakukkan macam rutin biasa pukul 1 petang keluar ambil anak kedua #saidatulnissaimansumaiyyah balik sekolah ... sementara nak on da way pergi amik anak pertama #saidtulnissaainaumairah balik pukul 4 petang, mama ayu terima call dari nombor yang tak dikenali. Biasa mama ayu memang jenis jarang angkat nombor tak kenal, walaupun mama ayu jual shaklee, biasa client baru mereka akan whatsapp dahulu. Entah kenapa hari tue tergerak nak jawap call.. dan masih tak boleh lupa sesuatu situasi jawap call tersebut.

HAMBA ALLAH: ASSALAMMUALAIKUM, NIE PUAN HIDAYU KE?
MAMA AYU: YERK SAYA..
HAMBA ALLAH: SAYA KAWAN SUAMI PUAN, HARAP PUAN BERSABAR..
MAMA AYU: KENAPA YERK..
HAMBA ALLAH: SUAMI PUAN ACCIDENT. KAKI SUAMI PUAN YANG TERUK..
MAMA AYU: TERDIAM,TERKELU.. ADA DIHOSPITAL MANA.. (sambil menangis)
HAMBA ALLH:- PUSRAWI


STATUS YANG DI UPDATE SELEPAS TAHU TENTANG KEMALANGAN SI SUAMI

 Lepas jerk  jawab call tue, terus cuba call suami banyak kali tapi tak dapat.. memandangkan anak pertama #saidtulnissaainaumairah hampir balik sekolah, mama ayu tunggu dalam kereta tepi jalan sekolah menangis dan tak putus2 doakan suami tercinta. Masa nie dalam kereta ada anak kedua #saidatulnissaimansumaiyyah dan anak ketiga #saidtulnissadhiazulikha sama-sama menangis.. Anak pertama #saidtulnissaainaumairah pun masuk kereta tercenggang kenapa mama dan adik2 nangis, die pun turun sama nangis selepas mama ayu bagi tahu apa yang berlaku pada baba mereka. 

Mama ayu terus drive cepat-cepat balik rumah pack apa yang patut, sebab KLANG-KL bukan dekat jarak nya. Masa tengah pack barang adik ipar sampai di rumah. Adik ipar risau dan takut mama ayu drive macam orang giler dengan anak-anak, adik ipar drive kan untuk kami berempat. Memandang dah petang kami bertolak dari klang. Orang mula balik kerja, jalan pun bertambah jem. Pukul 8 malam baru kami spai PUSRAWI.

Masa mama ayu jumpe suami tengok keadaan suami hanya Allah S.W.T tahu perasaan mama. Luluh hati seorang isteri dengan keadaan anak-anak menangis tak henti2. Masa sampai PUSRAWI nasib ada kawan suami teman kan beliau. Mama ayu xsempat tengok keadaan sebenar luka yang suami alami. Tapi mama ayu cuba terangkan apa yang doktor explain.

TEMPAT KEJADIAN:- 
BELAKANG OFFICE SUAMI, SUAMI BARU BALIK DARI BANK DAN NAK PERGI LUNCH, TAPI SAYANG SUAMI TAK SEMPAT MAKAN.

BAGAIMANA BERLAKU:-
SUAMI DILANGGAR OLEH PEMANDU VAN DAN TERSEPIT TENGAH2 DI ANTARA VAN DAN ESTIMA.

KECEDERAAN:- 
KAKI KANAN AGAK TERUK, TUMIT KAKI TERKOYAK, SALUR DARAH DAN NADI ROSAK, DUA JARI KAKI TULANG PATAH DAN DUKU LALI TERLARI DARI KEDUDUKAN ASAL.

Pada mulanya doktor nak tolak kes suami ke gomen hospital, sebab atas nasihat doktor kos rawatan suami  tinggi dan suami akan keluar masuk OT beberapa kali kalau suami di rawat di PUSRAWI dan GL kelulusan yang lambat approval nya, itu yang merisaukan doktor. Tapi mama ayu berkeras  bayar deposit dahulu dalam angaran 2k untuk pihak PUSRAWI bagi meneruskan rawatan pada suami, sebab kenapa mama ayu berkeras sebab mama ayu yakin semua akan dipermudahkan dan insurance biasalah untuk perlepasan GL memang lambat. Mama ayu cakap ngan doktor xpe, mohon doktor  proceed jerk rawatan di PUSRAWI. Selepas selesai perbincangan ngan doktor, suami di tolak masuk Opertion Room. 





Perasan tak selepas ambil anak2 balik sekolah terus ke PUSRAWI, baru mama ayu teringat anak-anak belum jamah sedikit pun makanan, kami anak- beranak jamah apa sahaja yang berada di koperasi PUSRAWI. Sementara tunggu suami di dalam OT, mama ayu melayan anak2 yang menangis kat lobby. Pihak PUSRAWI minta mama ayu dan anak2 tunggu di wad. Tapi hari tersebut wad bilik single penuh, jadi suami dapat wad 4 katil jadi takkan mama ayu nak biar anak-anak mama ayu menangis2 ganggu pesakit lain. Maka kami tunggu di lobby sahaja.

Alhamdulillah operation pertama selesai, memandang kan suami dapat wad 4 katil atas faktor wad penuh, mama ayu dan anak-anak tidak di benarkan tunggu suami. Nasib baik adik ipar ambil mak mertua di banting, untuk teman kan suami. Suami perlu di teman seseorang walaupun beliau berada sementara di wad 4 katil, sebab doktor nk pantau sama ada kaki suami masih berfungsi atau tidak.

Suami kelihatan amat pucat sebab kehilangan banyak darah dan tak sempt jamah apa-apa pun sebab tak sempat nk lunch terus terlibat dalam kemlangan. Suami minta mama ayu balik bawa anak-anak rehat, sempat suami suruh mama ayu kuat demi suami dan anak2. Mama Ayu dan anak-anak spai rumah pukul 3 pagi... anak2 tido panggil baba mereka sahaja, bertambah sedih dibuat nya.

Oklah panjang nya entry part 1 ini, mama ayu rasa cukup sampi sinie dulu entry PART 1:- SUAMI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA 4 FEBRUARY 2015 , nantikan entry seterusnya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA BLOG EIJAM'S FAMILY.. SAYANG KORANG




 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...