February 23, 2012

YANG BARU BERGELAR IBU

 Buat tatapan wanita yang baru bergelar ibu serta mereka yang bakal menjadi ibu.....

Penghasilan Susuibu

Payudara adalah kelenjar yang terdiri dari jaringan ikatan dan lemak yang menyokong dan melindungi kawasan-kawasan pengeluaran susu dari payudara. Susu ini dihasilkan dalam kumpulan kecil sel yang disebut alveolus. Susu bergerak ke bawah saluran ke puting.

Kejayaan pemberian ASI tidak ada hubungannya dengan saiz payudara atau puting. saiz payudara adalah sifat yang diturunkan dan ditentukan oleh jumlah sel-sel lemak yang anda miliki. Payudara akan membesar dengan kehamilan dan menyusui. Penyusuan adalah proses tawaran dan permintaan. Oleh kerana itu, semakin banyak/kerap anda menyusu@ mengepam, lebih banyak susu yang dihasilkan!





Kolostrum


Kolostrum, susu awal yang dibuat oleh payudara si ibu, biasanya ini hadir selepas bulan kelima atau keenam dari kehamilan. Setelah bayi anda lahir, kolostrum hadir dalam jumlah kecil bagi tiga hari pertama sesuai dengan saiz kecil perut bayi anda. Kebanyakan bayi tidak perlu nutrisi tambahan selama waktu ini. Mulailah menyusui secepat mungkin setelah melahirkan. Menyusui sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali pada 24 jam sehingga bayi anda menerima ini susu berharga. Kolostrum dan susu matang direka untuk memenuhi keperluan khusus bayi yang baru lahir. Kolostrum mempunyai warna kuning, kental dalam konsistensi, dan tinggi protein dan rendah lemak dan gula. Kandungan protein adalah tiga kali lebih tinggi dari susu matang, kerana kaya dengan antibodi yang  disalurkan dari si ibu. Antibodi ini melindungi bayi  dan ia bertindak sebagai laxative, membantu bayi membuang najis pertama yang dikenali sebagai mekonium.
 

Lagi info tentang susuibu

Susuibu akan mengalami perubahan dan peningkatan jumlah sekitar 48 sampai 72 jam selepas melahirkan anak. Perlu masa yang lebih lama bergantung pada masa anda mula menyusui dan seberapa kerap bayi disusukan. Perubahan dalam kuantiti susu berlaku sedikit lebih awal jika terdapat sesi perahan sebelumnya.

    
* Foremilk
      
Ketika pertama kali mulai menyusui, susu pertama bayi menerima disebut foremilk. Susu ini nipis dan cair dengan seakan-akan biru muda. Foremilk mengandungi sebahagian besar air yang diperlukan untuk menghilangkan rasa dahaga bayi.


    
* Hind-Milk
      
Hind-milk dilepaskan selepas beberapa minit menyusui. Susu ini serupa dalam tekstur krim dan mempunyai konsentrasi tertinggi lemak. Hind milk ini mempunyai kesan relaksasi pada bayi anda. Hind-milk membantu bayi anda merasa puas dan menaikkan berat badan bayi. Susukan bayi anda sehingga anda melihat pada wajahnya, seakan-akan mengantuk dan kekenyangan.



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778






DULU MAKAN SEBAB NIAT NAK SUSU ANAK, KINI DAH JADI PENGEDAR DAN INGIN BERKONGSI KEBAIKAN BERSAMA PARA IBU YANG LAIN.

Pengakuan Puan Norli Azreen sejak amalkan SHAKLEE.

Nama beliau Norli Azreen, Seorang isteri, ibu dan seorang guru di SMK Segambut. Pada mulanya beliau hanya menjadi pembeli atau customer mama sahaja. Lama-kelamaan  setelah beliau berjaya buktikan yang pengammbilan makanan tambahan nie sangat membantu dalam proses pengeluaran atau erti kata lain penghasilan susu ibu. Beliau amik keputusan untuk berkongsi kebaikan ini dengan ibu-ibu yang lain, memula tue  beliau just kenalkan rakan2 beliau  kepada mama. Tidak lama selepas itu beliau menjadi pengedar shaklee sendiri, dan beliau sendiri yang kenalkan kepada rakan beliau yang lain. 

Namun perlu diingatkan....

Syukur pada Allah berkat kesabaran beliau....mengamalkan 3 perkara ini :

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.


...... hasilnya :

Dan anda semua boleh lihat gambar-gambar EBM yg berjaya dikumpulkan beliau. Kagum kan???.




Bagi mereka yang berapa berdekatan RAWANG,SEGAMBUT,BATU CAVES,GOMBAK DAN SELAYANG BOLEH DAPATKAN SHAKLEE DARIPADA BELIAU . PUAN NORLI AZREEN (012-938-0414) dan anda jugak boleh add beliau di Facebook NORLI AZREEN





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778




BERUNTUNG YERK SAPA JADI KAKAK,ISTERI DAN INSAN SPECIAL DIHATI SI DIA NIE....

Selama mama jadi blogger ini, mama xde lah rasa hebat sangat pun blog ini. Tapi bila ade insan yg bergelar lelaki yang belum mendirikan rumahtangga, teruja dengan sharing mama pasal penyusuan susu ibu ini rasa terharu sebab mamat ini belum pun berkahwin tapi tepat menyokong penyusuan susu ibu secara exclusive...


Beliau adalah seorang guru yang mengajar di negeri Sabah, tetapi berasal dari negeri Perak. Jauh beliau merantau... Perkenalan mama dengan beliau baru sahaja bermula di bulan Januari tahun ini, walaupun beliau dah lama menjadi silent reader mama, memula tue rasa takut jugak sebab lelaki yg telefon kan.. heheheheh..



Sekali biler beliau cakap cam nie " saya dah khatam dah blog akak, sebab saya nak dapat anak buah yang pertama, so saya teruja.." terus mama rasa hebat seketika hahahah, xdelah bergurau sahaja... Beruntung dan bertuah kakak beliau ade adik yang macam beliau. Dan mama dan beliau  sejak tue keep on calling until now, if nak double confirm something pasal penyusuan susu ibu. So pengajaran yerk adalah jeng..jeng..jeng para suami perlulah menyokong isteri anda yerk. Sedangkan beliau yang bujang nie sokong niekan pulark lelaki yg dah mendirikan rumahtangga kan...


Kepada Syed:- 
Terima kasih  banyak-banyak sebab adik sudi membaca perkongsian akak yang tak seberapa ini yerk.. hope teruskan membaca disinie...


February 20, 2012

SHAKLEE OMEGA BANTU SAYA DALAM PROSES KURUS!!!


Hari nie saya nak berkongsikan tentang SHAKLEE  OMEGA, saya tertarik dengan group tertutup tentang seorang customer kak n, beliau makan omega utk membakar lemak. Memandang saya nie berbadan gempal alah2 cute2 gitue..(alah stok perasan yg lebih,hehehe) .. Jadi saya pun buat lah uji kaji pada diri sendiri.. jom baca sampai abis jom…


Setelah  seminggu saya buat uji kaji atas diri sendiri.. Mmg tidak dinafikan pemgambilan Omega sangat membantu dalam penurunan berat badan. Baru seminggu saya cuba saya dah nampak hasilnya. Memang lah penurunang tue bukan secara mendadak tapi sekurang-kurang yerk turun jugak. Sekarang saya dah kurang satu kg dah… yipeee suke sgt… jom kite review apakah itu Omega..



OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA. EPA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak.*

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega-3 yang bermanfaat & semulajadi, di samping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*


Kebaikan Omega:-
Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?



EPA MENCEGAH

  • Kanser
  • Pembekuan Darah
  • Pembekuan Lemak dalam Darah
  • Kadar Kolestrol berlebihan
  • Penyakit Jantung
  • Tekanan Perasaan
  • Tekanan Darah Tinggi

TUGAS DHA

  • Mencegah Radang Sendi
  • Mencegah Asma
  • Meningkatkan Daya Seks
  • Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
  • Mencegah Penyakit Kulit
  • Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Sumber OMEGA3 ?

  • Telur
  • Ikan salmon
  • Ikan Tuna
  • Ikan sardin
  • Ikan bilis
  • Ikan makarel
So lepas ini saya akan pastikan lagi saya ambil omega dalam proses penurunan berat badan saya.. Omega tidak semestinya utk kurus.. ada banyak lagi kebaikan minyak ikan nie tau..Namun perlu diingatkan pengambilan Omega membuatkan saya berasa sangat dahaga. Jadi pengambilan Omega kena selari dengan pengambilan air. 

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.
Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!. Oh ya, jika untuk saya berasa kenyang saya akan amalkan Performance Drinks, Mealshake dan ESP… cedap tau..jom cuba

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nr_yu86@yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp : 019-3789778







February 15, 2012

SUSU IBU OH SUSU IBU

KENAPA SAYA SIBUK-SIBUK PASAL PENYUSUAN SUSUIBU?


Saya tertarik untuk menulis mengenai susu ibu memandangkan saya juga seorang ibu yang menyusukan bayi saya. Saya tahu kini setiap wanita yang bakal mahupun telah bergelar ibu pastinya sedar betapa pentingnya susu ibu kepada bayi.

Bagi wanita yang bekerjaya, sudah pastinya golongan ini berlumba-lumba untuk menyediakan stok susu yang mencukupi bagi bayi bagi menampung keperluan bayi semasa ibu bekerja. Namun kita perlu sedar bahawa bukan sekadar KUANTITI yang kita perlukan tetapi adalah penting untuk kita pastikan bahawa susu kita BERKUALITI!

Persoalannya, bagaimana nak pastikan susu kita BERKUALITI? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan yang ideal namun kita boleh mengetahuinya melalui hasil yang kita perolehi… seorang bayi yang sihat dan membesar seperti JUARA!!

Adalah penting bagi seorang ibu itu mengamalkan diet dan pemakanan yang seimbang dan sihat. Bagi saya, saya mengamalkan pemakanan asas iaitu meminum 2 cawan protein setiap hari, dua biji vitamin C ( pelepasan mengikut masa atau sustained release), 2 biji b kompleks dan beberapa biji kalsium. Pada dasarnya kita boleh memperolehi zat ini dari apa yang kita masak tetapi cara penyediaan masakan itu pada hakikatnya telah menjejaskan zat yang sepatutnya kita perolehi.
Bagi saya biar kita berbelanja untuk kebaikan dan manfaat anak-anak kerana anak- anaklah pelaburan kita bagi jangka panjang. Apa yang kita beri hari ini ialah apa yang akan kita perolehi pada masa akan datang.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Yahoo : nr_yu86yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp/SMS  : 019-378-9778





February 14, 2012

SUSU IBU: KUANTITI , KUALITI DAN PAM

Orang selalu kata, kalau nak jimat, masak di rumah. Beras kalau tidak ditanak manakan bertukar menjadi nasi. Berapa banyak nasi yang kita mahu maka tahu lah kita mengagak berapa sukat beras yang perlu. Saiz periuk itu juga, bukannya boleh mengembang dan menguncup sesuka kita. Maka jika perlu nasi yang banyak.... jika saiz periuk kita kecil maka perlu lebih kerap beras yang perlu ditanak.

Beras pula, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Bagi yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras ini akan tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.

Periuk...bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna. Periuk ini selain memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana, periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu mahukan beras bertukar menjadi nasi.
Ini cerita mereka yang masak di rumah.

Bagi yang nak cepat dan duit lebih, mereka rasa makan diluar lagi mudah. Dapur tak bersepah dan hidup lebih mudah. Namun ada juga yang sekadar beli lauk di luar dan tanak nasi di rumah. Lebih jimat katanya.

Namun hari ini setelah kesedaran dalam diri timbul, apabila berlaku macam-macam gelagat peniaga seperti meludah dalam nasi sebagai petua pelaris, bayar harga nasi mahal walhal hanya beras biasa....sudah pasti menanak nasi di rumah menjadi pilihan.

Apa yang ibu cuba sampaikan di sini ialah menanak nasi untuk keperluan ialah ibarat menyusukan anak dengan susuibu. Jika kita tidak menanak beras , masakan beras akan bertukar menjadi nasi. Sama dengan keadaan seorang ibu, masakan boleh air dalam tubuh ibu itu akan memancut dengan sendirinya menjadi susu jika tidak dihisap atau diperah? Bila bayi menghisap atau diperah barulah susu akan mengalir keluar. Lebih kerap beras ditanak menjadi nasi maka lebih banyak nasi yang dapat di makan. Maka samalah gambaran apabila lebih kerap bayi disusukan atau lebih banyak sesi perahan,maka  lebih banyak susu dihasilkan.

Bercerita tentang jenis beras....beras sendiri mempunyai gred yang tersendiri. Namun mengikut kemampuan individu masing-masing memilih jenis beras apa yang hendak ditukarkan kepada nasi.
Masih ingat zaman ibu kecil....memandangkan kami orang susah ditambah adik beradik saya ramai, adakala beras hancur pilihan terbaik. Namun bila dah besar dan dah ada keluarga, mak saya selalu pesan...jika mampu, belilah beras mahal....belilah sebab sendiri yang nak makan. Jangan berkira kecuali macam mak dulu....tak berkemampuan nak bagi beras yang bagus. Sayu juga bila ingat kata-kata mak....namun memang ada kebenarannya.
Sama dengan susuibu...apa yang ibu makan akan menghasilkan kualiti susu itu sendiri. Memang ada pihak yang menafikan dengan mengatakan susuibu itu semua sama....hakikatnya tidak. Susuibu itu khasiatnya sama. Macam nasi tadi, khasiatnya sama. Namun samakah nasi dari beras mahal dan beras biasa? Tepuk dada tanya selera. Nak hasil yang baik maka perlu beri yang baik. Jaga pemakanan selalu ditekankan supaya susu yang terhasil itu penuh dengan zat khasiat yang diperlukan tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Makanlah yang bagus2 agar hasilnya juga bagus.

Pam, adakah beza pam yang mahal atau yang murah? Saya tukarkan dalam konteks tanak nasi tadi....periuk. Adakah sama periuk yang multi-function ,periuk nasi elektrik biasa dan periuk biasa yang ditanak di atas dapur? Kalau yang mampu, pam yang hebat harganya setanding dengan fungsinya pasti menjadi keutamaan. Bagi golongan sederhana, memadai pam yang biasa asal boleh berfungsi. Namun saya cuba gambarkan teknik marmet itu adalah ibarat periuk biasa yang digunakan di atas api untuk menanak nasi. Memang nampak macam sedikit leceh namun hasilnya juga tidak mengecewakan cuma perlukan lebih usaha dan perhatian. Saya beri contoh jika tanak nasi atas dapur api, kita kena selalu berjaga dan beri lebih perhatian supaya nasi tidak hangit. Namun jika kena dengan cara, nasi ini lebih nikmat kerana ada tambahan kasih sayang yang dibubuh tanpa disedari.
Begitulah dengan teknik marmet....nampak macam leceh, tapi bila kena dengan cara yang betul....susu akan mengalir dan LEBIH HEBAT ditambah penuh kasih sayang kerana si ibu tadi memberi lebih perhatian dalam memastikan susu yang keluar masuk ke dalam botol tanpa menitik dan jatuh ke tempat lain.

Bagi mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi dari luar. Tidak salah sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Setiap orang mendapat taufik hidayah yang berbeza. Bagi yang menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang keemasan itu. Maka jangan sesekali kita menghina dan mengkritik ibu yang tidak menyusukan anaknya dengan susuibu. Kita mampu berdoa agar mereka ini diberi taufik hidayah untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.


Saya masih ingat sesi pembelajaran bersama arwah abah dulu. Abah suka mengajar dan memberi anologi supaya saya lebih faham atas perkara dan pelajaran baru yang diajarnya. Saya juga setiap hari cuba memikirkan apakah anologi yang dapat saya hasilkan agar teman seperjuangan saya dalam penyusuan lebih berjaya dalam perjuangan mereka. Namun alhamdulillah, makin hari makin ramai yang sedar tentang kebaikan susuibu. Kebaikan susuibu itu ibarat kebaikan menanak nasi dengan tangan sendiri. Pastinya lebih enak dan lebih sihat dan lebih selamat.

Maka harapan saya, penulisan saya ini membantu lebih ramai ibu yang menyusukan anaknya. Ingatlah, masakan mampu kita tukarkan beras kepada nasi jika tidak ditanak? Lebih kerap kita tanak, lebih banyak nasi yang dapat dihasilkan. Kesimpulannya, lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susuibu dihasilkan .

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya.

credit



February 13, 2012

JOM PARA AWEKS ATAU ISTERI HADIAH INI UTK SI JEJAKA & SUAMI TERCINTA

Siapa kata vitamin hanya perlu untuk wanita hamil atau ibu menyusu sahaja? Sebenarnya mereka yang hidup dalam tekanan, pemakanan dan cara hidup yang tidak sembang, mereka yang tidak sihat malah mereka yang ingin kekal sihat perlukan vitamin demi memastikan tubuh mendapat semua zat dan nutrisi yang diperlukan untuk atasi kekangan yang dihadapi termasuklah untuk mereka yang ingin terus sihat.

Ada yang bertanya dengan saya, adakah Shaklee hanya untuk para isteri? Adakah apa2 vitamin yang sesuai untuk para suami?

Jawapannya ialah semua vitamin Shaklee sesuai untuk para wanita mahupun lelaki. Namun saya tahu encik yang bernama lelaki ini biasanya tidak suka dengan pengambilan vitamin yang banyak....maka saya sarankan hanya dua ini sahaja dan ia sangat bagus untuk insan bernama lelaki....iaitu Ostematrix dan Vitamin E.

Jika anda mampu untuk membeli set penuh dan mengamalkan secara istiqamah...alhamdulillah. Namun pada saya 2 vitamin ini sebagai permulaan sudah memadai.


Apa kebaikan Ostematrix?
Ostematrix adalah kalsium, magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. Suami saya sangat menyukai ostematrix....masih ingat lagi apabila beliau mudah mengalami jetlag yang berpanjangan apabila pulang dari outstation....tetapi kini dengan ostematrix, suami saya mudah rasa cergas walaupun pulang dari perjalanan yang jauh.


Apa pula kepentingan Vitamin E?
Kita biasa dengar Vitamin E sebagai anti penuaan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin awet muda kerana vitamin E dikatakan membantu melambatkan proses penuaan. Namun vitamin E yang bagus adalah vitamin E asli yang boleh dilihat pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol. Ia juga akan lebih berkesan apabila ianya dilengkapi dengan selenium yang bertindak senergi apabila diambil bersama. Pengambilan vitamin E dikatakan dapat membantu kesihatan prostat*, Membantu mengekalkan tekanan darah* , membantu menurunkan trigliceride, serta membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda*.
Pada saya, vitamin E ini ibarat tonik untuk para lelaki. Ada juga pendapat yang mengatakan suami mereka lebih bertenaga selepas pengambilan vitamin ini....ianya balik pada diri masing-masing ....selepas mengambilnya baru dapat tahu kesannya :)



Memang ada yang menyarankan 3 ini ...iaitu Omega - bagus untuk kesihatan jantung, Zinc- kesuburan dan kestabilan hormon, serta Vitamin E- seperti yang ditulis di atas....namun pada saya balik kepada budget individu.

Bagi para isteri yang ingin mencari supplement untuk suami tercinta, sebagai permulaan boleh mencuba Ostematrix dan Vitamin E. Boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


credit

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Yahoo : nr_yu86yahoo.com
Gmail : nhmi2011@gmail.com
Call/Whatsapp/SMS  : 019-378-9778





February 12, 2012

4 SET PENYUSUAN YG GLAMER & SGT POPULAR

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


credit

Bagi mereka yang baru mengenali dunia penyusuan.
Ingin saya kongsikan 4 set penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Empat set itu ialah


1. Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
     
2. Set Eu Four Pack
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3M
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”. 









Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian  dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.








Contact Me:-
Yahoo : nr_yu86[@]yahoo.com
Gmail : nhmi2011[@]gmail.com
Call/ Whatsapp /SMS : 019-378-9778
 




February 11, 2012

TQVM COZ SUDI MEMBACA




syukur ada yang ade hargai blog yg tak seberapa nie... hope continue reading lagi.. saya sekadar berkongsi utk kebaikan bersama sahaja.

KENDURI KAHWIN PAK SU UMAIRAH & IMAN


wah lama betul pn ayu berehatkan, hmm maklumlah sibuk skrg nie.. plus ade masalah keluarga yg perlu diuruskan.. so entry nie kiter layang gambar2  kenduri kawin ler yerk...syukur alhamdulillah dah lepas dah mak mertua ayu.. nie kenduri kawin pak su umairah and iman... 


tema pink + ungu....



mak mertua tgh tunggu tetamu bersalam-salaman


sepupu2 baba + mak cik & pak cik baba


 iman now suke sgt mamam.. heheheh susu pun kuat jugak...



sepupu baba nyayi2...




 Pn Ayu & En Niezam... hehehhe


Minah nie anak baba....


 oh i dah anak dua? bila lah nak ade boy nie...



 pengantin spai hehehhehe


Pn Ayu amik berkat baby boy

ngada2 time with en niezam hehhehe

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...